Monday, July 30, 2012

Iftar Kami


Harini kitorang masak, lagi. Jangan ingat mentang-mentang duk asrama tapi takleh makan masakan sendiri ye. Pandai-pandai lah nak hidup kan. Bosan kot tiap-tiap hari mengadap makanan bazar, sama aje. Makanan bazar takde lah sedap mana pon. Redha aje lah. Aku suka masak, puasa lepas kat rumah sewa kl pon selalu juga masak dgn housemate. Tapi sekarang kt asrama ni terbatas cket lah. 

So, we decided untuk masak. First haritu kitorang masak daging paprik, sup ayam, kerang kebus, ayam goreng, dan coslow. Puas hati kot bila masak sendiri. Daging paprik tu first time buat, tapi alhamdulillah menjadi jugak. Then harini, menu kitorang sambal udang, labu masak lemak, ikan goreng rangup + ikan masin, cendawan goreng dan ikan kunyit Sarawak. Nak masak sayur campur, tapi dah tak sempat dah. Kitorang bertujuh masak sesama, shaf sari iffah ema wani & fat. 

  Sebelum tu harus lah pergi JJ dulu beli bahan mentah.

 
 Menu 1 : Labu Masak Lemak

Ni first time jugak aku masak benda ni sebenarnya, selama ni tengok orang masak je. Walaupon aku tak makan pon labu, tapi tetap excited nak masak benda ni. Senang aje nak masak benda ni, campak-campak aje, kuah tu bila dah mendidih baru masukkan labu, cuma make sure kena kacau tiap masa sebelum mendidih sebab taknak jadi ketul-ketul santan tu. Kuah dia tambahkan isi ikan yg direbus, boleh juga ganti dengan ikan bilis atau udang kering. 

 Menu 2: Sambal Udang

Sambal Udang ni permintaan dari Sari sebenarnya. So kita buatlah sambal udang, sambal ni tak letak belacan pon sebab Shaf tak makan belacan. Tapi tetap sedap juga. Dah takde sapa nak puji, kita puji aje lah sendiri kan.

Menu 3: Ikan Kunyit, dont know nama sebenar dia 

Ikan ni Shaf yang masak, original recipe dari Sarawak ni. Ikan tongkol, ditumis dengan bawang & cili kisar pastu masukkan hirisan daun kunyit. Sedap bau dia, rasa pon ofcoz sedap. Menu lain, ikan selar kuning goreng garing-garing, ikan masin dan cendawan goreng tepung.Sebabnya ada satu dapur aje, maka masak gilir-gilir lah. Last-last nak masak sayur campur goreng dah tak sempat, so takpe lah. Boleh masak untuk sahur sayur tu.

Segan jugak nak tayang-tayang masakan sebab kita bukannya pandai masak sangat pon. Campak-campak aje. Selami ni belajar masak pon bila tengok orang masak. HIHI. Jangan bandingkan kitorang punya dengan korang punya, sebab masing-masing ada cara masakan yg sendiri. Lagipon kitorang semua ni amatur je, bukan professional pon.

p/s : Dua minggu lagi nak balik kampung, yeay. Tapi sebelum balik, kita shopping dulu kat KL, double yeay!

2 comments:

doc said...

belacan=resdung=aaaachuummmm !!!

cikbelang said...

Tu yg sedap tu dr, hehe