Sunday, February 3, 2013

Langkawi Lagi


Ini adalah entry Pulau Langkawi lagi, mungkin boleh jadi part ke-empat. hihi. 

 

Touched down Langkawi International Airport around 2215 gitu kot, then ambil teksi terus ke tempat penginapan. I've chose homestay kat Chenang, dua bilik ( dua double & dua single bed), RM200 per night. Tapi tuan empuanya homestay tu sangat baik hati so dia bagi discount RM50. Bilik dua-dua air-conditioned,  free wifi, dapur lengkap, toilet okay ada air panas, Overall, memang sangat berpuas hati lah semua.


Aku pergi Langkawi bukan sebab aku nak berholiday or jalan-jalan tapi hanya untuk family je. Bawak dorang jalan-jalan. Ticket book dua bulan yg lepas, planning nya pergi dan balik sama lah kan, but then di sebabkan masalah thesis tak settle-settle lagi & masa tu tengah critical time sebab dah dekat sangat dgn due date submission, so kurang sebulan dari tu aku kena beli tiket lain, kena balik awal sehari. Bila dah lambat, no promo fare lah, terpaksa jugak beli harga biasa. Nak naik bas macam malas, hikhik. 12 jam tu dari Langkawi ke Johor, penat oi penat. Dah la sejak dua menjak ni aku memang sentiasa kepenatan, no rest at all! So beli aje lah tiket lain, LGK-KL, KL-JHB. Yang nasib baik nya ticket ke Johor dapat murah :) Almost buy MAS punya dah masa tu, tapi nasib baik sabar dulu, last-last dapat jugak AirAsia murah.

I've spent more than RM600 for the flight tickets saja.

Sepanjang kt Langkawi, aku yang organized semua, aku arrange kan semua benda. itinerary dah siapkan awal-awal. Senang, baru teratur macam tu. Tapi semua aktiviti excluded myself lah. Aku stay kat bilik buat thesis hokay! 
Lagi pun dah pernah pergi semua tu, buat apa nak pergi lagi. Once is enough.

 Little sister and mommy 





Bila dorang balik, tengok gambar dorang "kamera penuh dengan gambar nori je ni"  Fine, adik aku tu memang pantang dengan kamera.


"se ni je ke gambar angah sorang?"
*se = satu 
ceit.
Itu adik aku cakap.
Nak lompat tak jadi, kahkah. 

Masa ni otak dah tepu, the whole day mengadap thesis sampaikan aku rasa macam aku nak menangis je sorang-sorang tu. Sampai satu tahap, aku harap laptop aku rosak terus je sebab dah fed up nak buat kerja. Then, dalam pukul 6 lebih tu, bila dorang dah balik semua, aku ajak dorang pi jalan-jalan pantai tengok matahari terbenam, tengok orang mandi.
* Nampak sorang matsaleh ni handsome gilaaaaaaaa*
sangat-sangat lah handsome. serious memang hensem. 
HIHI

Dah, itu je gambar. Gambar next-next day nya tak sempat nk transfer lagi. Kamera ada kat rumah. Insyaallah minggu depan aku dah boleh balik rumah yeay!!! Insyaallah. Cuti lah lama mana nak cuti, sampai bosan duk rumah pon boleh. Tapi aku rasa aku takleh stay lama-lama tanpa buat pape. Mungkin sebulan je kot. Tengok lah camana nanti.

p/s : pergi kali ini puas hati lah sebab dapat beli coklat banyak-banyak. hihi.