Friday, March 30, 2012

Medan Part 3

Meh sambung part 3, dah alang-alang malam ni kerja aku mengadap blog orang je for hourss. Banyak pulak jumpa blog best malam ni. Itulah, bila dh jumpa blog-blog best ni, aku jadi lupa dgn dunia luar. Kerja siang tadi je buat, malam terus stop.


Ada tak ex-student SESMA kt sini?

Okeh third day, pagi tu lepas breakfast kitorang ke Berastagi. Plan ke Berastagi awal-awal dh plan dan dah book kt Malaysia lagi. With the help of ex-student Universitas Sumatera Utara (USU), kitorang dapat contact number person yg ada sediakan day trip ke Berastagi. Berastagi ni kawasan tanah tinggi. Harganya Rp600ribu, termasuk mobil + supir + fuel semua. Dia datang pick up kt hotel and hantar balik hotel. Perjalanan dari Medan ke Berastagi ambil masa lebih dua jam. Bad traffic, memang menggerunkan. Nasib baik pak supirnya memang cekap memandu. Actually harga Rp600ribu considered as mahal lah jugak, sebab ada agent lain yg bagi harga Rp 400ribu je. Tapi memandangkan kitorang bertujuh, kami berlima + Pakcik & Makcik, so bila bahagi kira bolehlah, sorang tak sampai Rp100ribu pon. Mobilnya Innova, selesa aircond pon okay. Pak Supir pon okay.



On our way to Berastagi ni, kita akan nampak banyaknya kedai b*** panggang kat tepi jalan. Aku nak type binatang tu pon rasa lain macam, sorry ye diskriminasi sungguh! Memang banyak kot. So sepanjang perjalanan tu, better lah jangan bukak tingkap. Hirup udara aircond sudah. Majoriti penduduk kt Berastagi ni Kaum Batak & beragama kristian. Kt tepi rumah orang Batak ni jugak ada kubur ahli keluarga dorang.


Bila dah sampai atas ni, Themepark pon ada.


'Teruja' lah jugak tengok view ni.


Kitorang singgah kejap for Jagung Manis ni, harganya Rp5000. Kalau tanya aku, aku akan cakap jagung kat pasar malam kita lagi sedap.


Tong gas dorang, i wonder lah berapa lama je tuh boleh tahan. Comel je

Our 'ibu' kitorang sepanjang di Medan.

Then, teruskan perjalanan ke Puncak Gundaling. Kawasan paling tinggi kt Berastagi ni. Kat sini ramai local yg berpicnic bersantai dengan family memasing.






Okay lah jugak, dengan udaranya yg sejuk suam-suam kuku. Shaf dah feeling-feeling Korea dah tu. HAHA.


Tikar-tikar tu pon ada yg buat bisness tau?


Ni yang paling best! Gunung Sibayak. Gunung berapi yg masih aktif. Kita boleh nampak asap-asap larva tu keluar. Sesapa nk hiking pon boleh. Lepas sejam ronda-ronda situ, kitorang pun turun, pergi Pasar Buah. This is why Me & Shaf excited nak pergi Berastagi actually, sebabnya nk pergi Pasar Buah. We both like fruitsss so much. Tapi hampehs je pengalaman kat sini. Tak best , peniaga suka paksa-paksa beli. Harganya lebih kurang sama je dgn Malaysia, yg bezanya ada few buah yg jarang kita jumpa kat Malaysia, contoh macam buah Markisa + Buah Pepilon. Tapi kitorang tak beli pon, just beli Salak + Limau + Manggis. Buat bekal, makan dalam kereta. Semua tak lunch, memasing kenyang makan buah je. Rose & Becca dh siap shopping baju dah kt sini. Harga boleh tahan murah.



Then, dalam pukul 2 lebih gerak balik ke Medan. Perjalanan was about 3 jam kot. Kitorang mintak Pak Supir hantar kitorang ke Pajak (Pasar) Ikan dan Pakcik & Makcik balik hotel, Pakcik pon tak berapa sihat. Pukul 5 lebih sampai Pajak Ikan, cari surau dulu pastu baru jenjalan kat kawasan situ.


Tapi kebanyakan semua kedai dh tutup, so kitorang pergi la Restoren Garuda, dah memasing memang dah lapar gle dah. Restoren ni aku pernah baca review dari blogger, so ajaklah dorang semua try kat situ memandangkan dekat je dengan Pajak Ikan . Pajak Ikan ni bukan tempat jual ikan, tapi jual kain baju semua . Harga memang gle murah , macam-macam ada kain ela,baju-baju telekung semua.


Konsep makan kat sini, dorang akan letak semua dishes atas meja then kita bayar apa yg kita makan shj. Restoren pun cantik, ber-aircond lagi, pekerja perempuan semua berhijab. Makanan for sure memang semua sedap lah, memang semua lauk-lauk dorang pedas tapi aku suka je.


Dah memasing memang betul-betul lapar time tu, banyak jgk lah yg kitorang makan. Harganya boleh tahan . Bila dh bahagi 5 standard je. Tapi agak mahal lah esp for the locals. Lauk yg dalam daun pisang tu sedap. Pucuk ubi kalau tak silap, aku yg tak makan pucuk ubi ni pon boleh telan plak bila kat sana. Memang sedap and for sure pedas. Bila dh kenyang, lebih kurang pukul 7 lebih kitorang balik hotel naik becak, Rp10ribu. Dekat je rupanya, tak sampai 5 minit pon. First time ni kitorang naik becak, kitorang bertiga satu becak, Rose & Becca satu becak. Awal-awal naik tu, memasing pegang tangan. Gerun kot. HAHA.  

Okeh dah habis hari ketiga. Balik hotel mandi layan HBO pastu tido. Sebelum masuk bilik kitorang bincang utk plan esoknya, kitorang mintak hotel book-kan mobil satu hari utk bawak kitorang ronda satu Kota Medan. Dorang semua sempat lagi online. Blackberry aku dh kenapa dh tak boleh nk connect wireless kt situ. Kecewa betul.

1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.