Wednesday, March 28, 2012

Medan Part 1

Hello.

Lebih kurang seminggu kitorang plan untuk trip ni, eh actually tiket dah book dari tahun lepas lagi. Plan details trip je yang seminggu, akhirnya berjaya jugak kitorang pergi ke Medan tanpa menggunakan memana tour agent. Sebabnye nak jimat kos, al-maklum lah pakej tour agent untuk 5D4N ni agak tinggi lah, tambah kitorang semua ni student lagi. Student yang dah ada income sendiri. Banyak kali jugak lah plan bertukar especially bab-bab hotel penginapan ni. Plan asal memang kitorang gamble je nak pergi sana tapi memandangkan kitorang cuma berlima je dan bukan senang kami semua nak dapatkan permission dari parents memasing, lebih-lebih lagi semua perempuan, nak pergi pulak Medan. Bahaya kot! Plan asal-seasalnya kitorang pergi bertujuh tapi disebabkan beberapa perkara, lagi dua orang terpaksa tarik diri. So, kitorang pergi berlima aje lah. Lepas discuss buat research semua, kitorang plan untuk bermalam di Medan 2 malam, 1 malam di Danau Toba dan satu malam lagi di Berastagi. Tapi disebabkan beberapa factor i.e keselamatan/pengangkutan/penginapan di Berastagi agak mahal so lebih kurang 2 hari sebelum terbang kitorang tukar plan, stay kat Medan je semua dan cancel pegi Danau Toba sebab jauh. Just pergi Berastagi je balik hari tapi everynights tukar hotel.

So, Jumaat 16hb aku,Iffah & Shaf bertolak ke KL naik bas. Plan asal kitorang nak naik keta Rose je dari JB-KL. Tapi haritu plak Rose ada game, dapat masuk final untuk UTM Games. So kitorang bertiga naik bas ke KL. Sampai KL dalam pukul 4.30 pm, then makan dulu kat TBS pastu terus bertolak ke LCCT dengan ERL (KLIA Transit), BTS ke Salak Tinggi pastu shuttle bas ke LCCT, kosnya RM10.80/person. Dalam pukul 6 lebih sampai LCCT. Check in counter dah bukak, so kitorang drop luggage dulu. Check in kitorang awal-awal lagi dah web check in, dah jimat RM10. Flight pukul 9.00 pm, masih ada banyak masa lagi so kitorang pun ronda-ronda lah kawasan situ, buat apa-apa yang patut. Duit Rupiah dah awal-awal tukar kat Skudai, sampai sana takde la kalut-kalut nak tukar duit lagi. Tengok jugak nilai tukaran duit tu kat LCCT, lagi untung tukar kat Skudai, Nasib baik. Sementara Iffah lepaking kat Surau untuk tunggu Maghrib, aku and Shaf yg tengah bercuti time tu duduk lepaking kat tepi surau aje la, tengok kapal terbang. Actually kitorang ada dua trip, first trip kitorang bertiga; Aku, Iffah dan Shaf dan lagi satu trip, Rose dan Becca. Flight dorang pagi keesokannya. Time book tiket tu asing-asing, sebab tu lah flight lain-lain. Balik pun sama, kitorang balik pagi Rose & Becca balik malam tu. Actually ni first time aku sampai LCCT, sebelum ni naik MAS kat KLIA je *HAHA*, so aku & Shaf sesaje lah ronda jalan-jalan dalam tu tengok apa yang ada. Terasa nak makan cake Secret Recipe, tapi sampai sudah kitorang tak jumpa Secret Recipe. Aku pun tak tahu ada ke tak SR kat situ.





Then, dalam pukul 8 lebih-lebih cket, kitorang dah gerak untuk masuk. And time tengah jalan nak ke Departure Hall tu, tetiba ada orang tegur aku. Rupanya my old buddy! Kawan sekolah rendah, dia kerja kat situ. What a surprise, dah lebih 10 tahun kot tak jumpa. Nasib baik dia kenal aku lagi. Kalau dia tak tegur dulu, aku mungkin tak perasan. Tak sangka jumpa dia kat situ sebab yang aku tahu dia kerja di KLIA. Sembang-sembang kejap then kitorang terus ke depart hall. I was really excited sebenarnye even dalam hati tu takut jugak. Bertiga je pergi Medan, rasa macam susah nak percaya je. HAHA. Beraninya kitorang ambil risiko ni. Dalam flight, seat kitorang semua jauh-jauh. But dua seat sebelah aku kosong, supposedly for the other two yang cancel the trip. So ajak Shaf & Iffah duduk sama. Tapi Iffah tengah seronok berbual bersembang dengan pakcik sebelah dia. Pakcik tu memang baik, every month dia akan ke Medan atas urusan bisness. So Iffah ambil peluang untuk tanya semua benda kat pakcik tu. Then, kebetulan seat belakang Iffah ada couple pakcik makcik ni, bila kitorang dah sampai Medan, dorang datang tegur kitorang. Actually couple pakcik makcik ni gamble je pergi Medan, hotel pon takde book lagi. So dorang join kitorang sekali, nak join hotel yang kitorang dah book. Kitorang lagi suka, at least ada jugak orang tua dalam trip ni. Rasa a bit selamat la. Sweet je tengok pakcik & makcik ni, dorang memang dah selalu travel berdua, tua-tua pergi honeymoon. Dorang sangat baik, sepanjang kitorang kat sana memang dorang ambil berat pasal kitorang. Syukur. Makcik tu memang sangat-sangat menampakkan cirri-ciri keibuan dia.Makcik Maimun & Pakcik Rashid, Alhamdulillah jumpa dorang dalam flight.

KL ke Medan dalam 55 minit je, dalam pukul 8.55 pm waktu Medan kitorang sampai di Polonia Airport. Airport tu veryyy the keciknye. Lepas check immigration semua, kitorang semua terus cari beg. Immigration officer dia tu punye lah muka so annoyingggggg gle! Ish memang annoying lah. Pastu luggage beg semua dorang duk main campak macam tu je, keluar-keluar tengok beg bertaburan atas lantai. Time tu memang dah rasa, ish. Then, aku punya bagpack pulak yg hilang! Memang dah risau gelabah semua lah time tu, mintak tolong pegawai yang kat situ carikan. Dia cari kat bahagian beg-beg lalu pon takde, kot-kot tersekat kat memana ke. Last-last aku ternampak kat dalam tempat Lost & Found. Terus aku masuk dalam tu dan grab the beg. Then tak pasal-pasal kena sound dengan officer kat situ, ‘Mahu diambil beg nya harus diminta izin dulu mbak’. Dah aku nampak beg tu kat situ, terus masuk dan ambil aje lah. Aku ambil beg , say sorry then terus blah. Aku dah lah bengang dengan dorang punya pengurusan. Kitorang keluar dari situ dan supir hotel Wisma Sederhana dah tunggu kat luar. Keluar-keluar je dari Arrival Hall tu, tengok orang-orang kat situ memang mengerunkan jugaklah. Ramai betul yang nak meng-offerkan servise, kiranya kitorang selamat lah sebab supir hotel tu dah jemput kitorang. Free of charge je.


Dari Polonia Airprt ke Wisma Sederhana lebih kurang 15 minit je naik Innova. Kenal-kenal dengan pak supir, namanya Ahmad, baik jugaklah. Sampai hotel terus check-in. Pakcik & Makcik ambil bilik yang mahal cket. Kitorang ambil yang paling murah je, satu bilik kongsi 3 orang. Receptionist kat hotel tu really nice. The room is just nice, toilet bersih, ada TV ada aircond ada telefon, TV siap ada HBO, Cartoon Network, Discovery lagi. Yang penting ada wireless. Free shj. Dalam bilik pon boleh online. Sebelum memasing masuk hotel untuk rest, kitorang bincang-bincang dengan makcik & pakcik untuk plan esoknya. Pakcik & makcik nak ronda-ronda Kota Medan tapi kitorang takleh ikut sebab nak tunggu Rose & Becca sampai esok pagi. So, malam tu kitorang bincang dan ambil keputusan utk stay kat Wisma ni lagi untuk second night, cancel Menara Lexus. Then, kitorang mintak pihak hotel pick up kan Rose & Becca kat airport and guess what? Dorang suruh kitorang ikut sekali pegi airport untuk pick up Rose & Becca. Katanye, kitorang lebih kenal kawan kitorang sendiri. Serius baik dorang ni. Service memang tiptop. Macam tak padan je dengan harga yang kitorang bayar. Tanya breakfast pon, dorang cakap free. Biasanya hotel dia bagi free breakfast utk dua orang je kan, kalo bertiga sorang tu kena bayar, tapi yang ni dia cakap semua free. Makcik & Pakcik pun berpuas hati dengan bilik dorang dan plan nak stay kat hotel ni terus je sampai balik. Malam tu semua penat dan semua masuk tido awal. Tapi as usual lah, tempat asing aku susah nak tido. Kelip sana kelip sini last-last tertido jugak, tapi kejap-kejap terjaga kejap-kejap terjaga.

Okeh dh selamat utk hari pertama, nanti sambung.

No comments: