Day 3.
Harini takde morning call, so pagi tu semua lewat. HAHA. Aktiviti hari ini adalah academic trip ke Ramkhamheng University dan juga Gems Manufacturing. Dan selepas itu adalah shopping!
Besar jugak kampus dorang
Univesity of Ramkhamhaeng, Bangkok.
Then, lunch di salah satu restoren muslim dekat Bangkok. Tak tahu nama apa, tapi dia dekat dengan masjid.
Setelah beberapa hari kat Bangkok ni, baru jumpa masjid.
Solat dekat surau restoren ni aje
Sian pengarah program, masa ni dia sakit perut. Lepas makan kitorang gerak ke Gems Gallery
Manufacturing. Salah satu company terbesar yang menghasilkan barang-barang kemas. Sume jewels yg ade kt situ cntik. Tapi spoil betul la, kaki aku dah melecet sebab pakai kasut putih tu. Nak jalan-jalan banyak pun dah tak best, so beli je la sevenier cket kat situ bawak balik untuk orang Malaysia. Sapa yang banyak duit tu boleh la beli barang kemas kat situ, harga dia mungkin murah cket kot.
Besar jugak la kawasan dia. Kat sini juga ada jual semua barang kemas and kita boleh tengok sendiri macam mana orang buat jewelery tu. Sapa yang ada duit lebih boleh lah beli barang kemas kat sini.
Then, around 5 pm lebih kitorang gerak untuk shopping kat MBK Avenue.
Dari MBK terus ke Suan Lum Night Bazar atau bagi aku RUDE-seller-bazar. Macam pasar malam biasa-biasa je, takbest lah tempat ni. Barang-barang dah la mahal pastu penjual nya plak main-main paksa beli.. Kesian zakir jadi mangsa .haha. i bought nothing pun situ, jalan-jalan je, Zaty beli lampu perhiasan bulat-bulat tu, cantik jugak. Then dari Suan Lam kitorang terus ke satu restoren ni untuk dinner. Kali ni satu meja with Ezzaty, Wani and Anis. Good to Wani, kali ni baru nak tambah nasi biasanya kalau dengan orang lain, esp lelaki la takde nya dia nak tambah-tambah, pemalu. Kalau aku takde nya nak malu-malu, nak tambah, tambah je buat muka tak malu.
Suam Lum night bazar, not recommended. Harga takde lah murah pon. Mahal jugak lepastu paksa-paksa kita suruh beli.
Menu makan malam. sedap!
No comments:
Post a Comment