Sunday, April 1, 2012

Medan Part 4

Our 4th day.
Kitorang cakap pukul 9.30 am, tapi pukul 8.30 am Pak Supirnya sudah sampai, nasib lah sapa suruh datang awal-awal. So sementara tunggu kitorang siap, hotel jemput pak supirnya breakfast dulu. Kitorang rental untuk 12 jam untuk ronda satu Kota Medan, harganya Rp400 ribu. Ni pihak hotel yg tolong carikan sebabnya Pak Ahmad, supirnye hotel itu kena standby utk airport transfer. Pak Ahmad ni baik dgn kitorang. Dia orang pertama kitorang kenal bila sampai Medan, so kalau ada pape kitorang akan tanya dia dulu. Lepas breakfast, teapt 9.30 am kitorang gerak. Pakcik & Makcik tak ikut sebab dorang dah nak balik Malaysia malamnya tu, so tak sempatlah. Before gerak kitorang jumpa salam-salam dulu.


First tempat yg kitorang pergi, Masjid Raya. Depan Masjid Raya ni Hotel Madani, pandang dari luar aje lah. Plan asal kitorang kan nk stay kat hotel ni, tapi memandangkan hotel Wisma Sederhana tu service nya sangat bagus dan senang kitorang nk gerak, so stay je la situ sampai balik.

Mesjid Raya Al -Mashun ni peninggalan Sultan Deli. Awal-awal masuk kawasan masjid ni memang rasa seronok tapi bila dh masuk dalam tu, habis spoil mood aku. Sampai sudah spoil mood. Malas lah nk ingat balik buat sakit hati je.




Lepas habis melawat Masjid Raya, kitorang ke Istana Maimum. Tapi sebelum tu singgah money changer dulu. Uangnya sudah kekurangan. Kat Malaysia semua tukar Rp1 juta je.






Disebabkan ke-spoil-an mood aku time ni, aku malas nk masuk Istana Maimum ni. Pak Supir sibuk je tanya kenapa taknak masuk, suka hati aku lah. Tak rugi pon kalau tak masuk. Tapi takdelah cakap macam tu kt dia.


Semetara tunggu dorang, aku duk luar tengok dorang ni main muzik, ada pertunjukan muzik traditional Melayu. Handsome yg berbaju purple tu. HAHA.

Then, bila dorang dah habis ronda kawasan sini, kitorang nk pergi berbelanja (shopping) untuk dibawa pulang. Pak Supir kononnya cakap nk bawak pergi kilang, tempat tu murah lah banyak pilihan lah. Last-last dia bawak pergi satu kedai ni, as i thought tu kedai kenalan dia kt. Itulah 'kilangnya'. Lagi-lagi lah spoil mood aku. Kedai tu mahal kot. Iffah & Rose je beli kt situ. Lepas tu kitorang cakap kt Pak Supir tu, nak pergi Pasar Ikan. So dia bawak lah. Kat situ barulah aku beli semua benda yg aku nak bawak balik, baju keychain semua tu. Tak tahulah berapa jam spent kt situ tapi for sure memang lamaaaa gle! Kesian Pak Supir lama tunggu, sampai tertido-tido dalam mobil. Tapi bila masuk kawasan Pasar Ikan tu, memang amat-amat menguji kesabaran kita lah. Memang akan ada orang-orang yg duk mengekor kita suruh beli barang dorang, tp pandai-pandai lah bawak diri haha. Told you, harga kain-kain sana memang murah gle lah! Tp memandangkan niat sebenar pegi Medan bkn utk bershopping, so just beli apa yg di-aim shj. Checklist barang-barang utk sesapa tu dh awal-awal lg siapkan. Senang.


Lepas Pasar Ikan, kitorang mintak Pak Supirnya hantar ke kedai Bika Ambon Zulaikha. Reviews from bloggers, bika tu sedap. Mesti try. But then bila aku try, rasa pelik semacam. Tekak takleh nk terima langsung tapi beli lah jugak utk bawak balik memandangkan bika tu femes kat Medan. For sure kena bawak balik jgk.



Lepas dh beli bika + kerepek-kerepek kt kedai si Zulaikha tu, kitorang dh taktahu nk pergi mana dah. Mintak Pak Supir bawak je memana tempat yg best. So dia bawak kitorang ke kawasan perumahan Cemara Asri, pinggir Kota Medan la. Situ kawasan orang-orang kaya. Rumahnya memasing gebadak besar. Pastu dgn tokongnya tu ha paling besar kt Asia Tenggara. Taktahu lah betul ke tak, pak supir yg cakap. Tapi tokong tu memang gle besar lah. Macam-macam ada dalam tu.





Lepas ronda sekejap area situ, kitorang balik ke Medan balik. Singgah Masjid dulu. Cantik masjidnya, tapi kawasan sekelilingnya sgt kotor. Dorang ni sesuka hati je buang sampah merata-rata.



Balik Kota Medan ikut highway, macam ni je highway dorang.


Tol

Lepas tu, Pak Supir bawak ronda-ronda masuk kampung dorang. Wuih memang dasyat la. Budak-budak kecik dh bawak motor. Lalu jalan-jalan kampung boleh tengok lah life dorang macam mana, jauh bezanya dgn Malaysia. Syukur dilahirnya sbg rakyat Malaysia, heh. Dalam pukul 7 lebih sampai Kota Medan pastu singgah makan. Restoren apa ntah. Sedap jugakla. I chose Nasi Ayam Penyet tp lainnya dgn Nasi Ayam Penyet yg ada kt Johor ni. For sure Johor lagi sedap. Airnya yg sedap + murah. Air semangka (Tembikai) aku dalam seringgit lebih je kot. Cappuccino Shaf RM2! Lepas habis minum kt situ dia tapau lagi sebungkus bawak balik HAHA. Lepas habis makan pukul 8 lebih balik hotel. Balik hotel dorang semua pergi spa urut kaki, aku tak ikut la. Geli. Lagipon ongkosnya sudah kehabisan. Haha. Lepak kt bilik layan HBO je. Lepas dorang dh balik baru kemas-kemas barang then Rose & Becca datang bilik lepak sampai pukul 1 pagi sambil makan Maggi bawak dr Malaysia. Iffah awal-awal lagi dah tidur, kitorang sembang gelak-gelak pun dia steady je tidur HAHA.

Kemas-kemas barang sebab esok pagi dh balik Malaysia.

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

asal ambe baca entry ni ada slang slang indon jah.

kakek sihat?

cikbelang said...

haha,nk wt gane,lidah ada lg ni bau-bau indo..

oit kakek tu datuk la..hahaa