Penang.
Baru nak update, hihi. Kemalasan untuk menulis sangatlah tinggi.
Bell, sudah jadi ister shahrol.
Kitorang gerak dari UTM elok-elok je time maghrib. Kelam kabut betul, habis VIVA pukul 6 lebih terus balik bilik packing, end up memang banyak lah benda yang tertinggal. Singgah Dengkil untuk solat pastu tak berhenti mana-mana dah. Sampai homestay lebih kurang pukul 4 pagi, sempat lah sesat sekejap. Kitorang pergi berlima; aban (driver) n wife, sari ema dan aku.
Sampai ke Sungai Petani kitorang pergi, pergi kampung Nad. Tangkap gambar tengahari buta panas-panas tu.
Kat belakang tu Gunung Jerai.
Lepas habis majlis Bell & Shahrol, petang tu masuk pulau. Check-in Tune Hotel. Malam tu lepas dinner kitorang pi makan pasemboq kat Persiaran Gurney. Asalnya nak pergi kat Padang Kota Lama tapi kebetulan time tu ada #Black505, so pergi Gurney sajo. Pasemboq kat Gurney jauh lagi murah dari PKL. Tapi sebab time tu dah agak kenyang so makan tak habis. Sayangnya ketam aku! HAHA. Banyak kot tak habis, bila tapau ingat nak makan esok pagi tapi jangan harap esok tu memang terus buang.
Then, esoknya terus check out dan jenjalan.
Cendoi Pasar Chowrasta.
Manis sangat, aku minum tak sampai setengah.
Then, singgah lunch di KAPITAN. Jiha (wife Aban) yang perkenalkan. Dia ex-student USM so tahu lah mana tempat makan yang best.
Knowing me, aku memang jenis yang tak berapa gemar dengan mamak ni. Kalau nasi kandaq memang aku tolak tepi. Tapi bila first time makan ayam Kapitan ni terus ai terjatuh hati. Sangat sedap hokay! Siap tapau lagi sebungkus. Kah kah.
Sapa nak pergi Penang, aku nak kirim ayam ni.
Lepas lunch, terus keluar pulau then bertolak balik ke Johor. On the way balik, Aban ajak singgah kolam air panas ni. Kuala Wok, dekat Tapah. Betul-betul bawah Cameron Highlands. Kawasan air terjun tapi ada kolam air panas. Semua tak mandi sebab malas nak tukar baju, tapi kalau dapat mandi mesti best ni.
Takde gunung berapi tersembunyi pong, jangan risau.
Kat celah-celah batu tu la kawasan air panas, sebelah panas sebelah sejuk. Subhanallah.
Makan ayam kapitan sambil tenagok orang mandi. Syok.
Dalam pukul 6 petang kitorang keluar dari tempat ni, singgah RnR Tapah untuk solat jamak. Then Singgah Klang untuk makan malam pastu singgah rumah Jiha untuk solat pastu terus gerak balik Skudai. Pukul 2 lebih (pagi) sampai UTM. Veryyy nice journey. Sangat seronok, lebih-lebih lagi baru je lepas VIVA masa tu. HIHI.
Dah. Itu sahaja. Pemalas betul.
1 comment:
pemalas pon panjang gak entry ni , heee
Post a Comment