Thursday, December 10, 2009

Bangkok part 2


Day 2. 

"Hello, good morning. Have you already wake up?"
" Oh haa yes yes"

Morning call seawal 5 am, dengan mamai mengantuknya lagi entah apa yang aku cakap. Malam tu dah lah susah nak terlelap, al-maklum lah tempat asing. Walaupon syok ada aircond tilam sedap. Lepas jawab call tu, aku sambung tidur balik. Tengok ezzaty seronok aje tidur. hihi. Second wake up call adalah pukul 7 am. Memasing bangun kelam kabut lah mandi solat semua.  Lepas dah siap, turun breakfast. Menu semua walaupun a bit pelik tapi semua sedap dan banyak pilihan. So pagi tu aku ambil nasi kukus + ayam amenda ntah, telur mata, sosej, roti bakar, fruits dan orange juice. 


Pukul 9 a.m, semua dah kumpul untuk briefing first activity. Aktiviti kitorang hari ni adalah trip ke Art of Kingdom & Thailand Science Part. Art of Kingdom tempat bersejarah jugak lah. Art of Kingdom ni dibuka untuk pameran pada December 2007, semua barang-barang kebesaran Raja Thai ada dipamerkan kat dalam AOK ni. Tapi nak masuk dalam ni, perempuan kena pakai skirt sebagai tanda menghormati dorang punya tempat. Skirt tu ada je jual kat kawasan situ, 40 baht untuk satu skirt, nasib baik murah je.

 
 
 






 
 

Then, kitorang ke Mak Yah restaurant untuk Lunch. Kat Bangkok ni restoren halal tak banyak sangat dan Mak Yah ni memang boleh di katakan popular among the muslim tourist. Makanan semua sedap.







Lepas perut kenyang kitorang ke Thailand Science Park. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam Technology Park Bukit Jalil lah kot. 


 
They welcomed us!

Boleh tahan lama menunggu orang penting nya sampai. Masing-masing muka dah bosan. Ketua pengarah dah pegang kepala. HAHA.
 
 

 
 
Group photo

Lepas dah habis academic visit hari tu, kitorang berlima ( aku ezzaty myra mut dan amel) pergi Platinum Shopping Mall untuk bershopping. Dekat aje, kitorang jalan kaki je. Mall dia boleh tahan besar lah, few hours jalan kat situ pon tak habis ronda satu aras. Macam-macam fesyen yang jumpa kat situ. Memang berbaloi-baloi sebab harganya pon boleh tahan murah. Aku sempat la beli selai dua baju kat sini.

Bila mall dah nak tutup baru kitorang balik. Mall ni memang tutup awal, lebih kurang 8 pm. Balik bilik then just lepaking kat bilik Myra, Amel and Mut, makan megi + main Uno beramai-ramai. bila mengantuk balik bilik tido. Tengok handphone ada misscalled dari Zul, dari jauh dia call ni mesti ada benda penting nak bagitahu.but then fikir-fikir mungkin dia ada call shaf kot, so sambung baca novel sekejap and tidooo.

No comments: