Correction proposal tak siap lagi, hewhewhew. Memang lah takkan siap, kalau sehari buat satu ayat ye Bagilah banyak mana pon, sebulan ke dua bulan ke. Memang takde bezanya pon, sebab species macam aku ni, suka bebenor buat kerja last minute .Esok nak hantar, tp harini baru bertungkus lumus tak tidur malam sebab nk settle-kan kerja. Ish. Tapi masalahnya, due date nya esok kena hantar ni. Tapi harini cket pon aku tak sentuh langsung proposal. Aku dah berpakat dgn Aban nak hantar senin minggu depan. Suka hati kitorang aje kan.
Tapi serious, lepas habis presentation utk first assessment. Mood untuk mengadap kerja memang totally zero, ZERO. Dah sebulan dah pon, maknanya dah sebulan jgk tinggalkan data-data aku. Sighh. Sebulan aku habiskan masa dgn sia-sia, sebulan weh! gila kau. Mungkin sem ni aku punya target, all out utk presentation defense proposal je, then bila dah habis dalam kepala ni macam dah kosong. Habis lah kalau supervisor aku tahu ni. Research work memang takleh tinggal lelama, nanti lupa. Pergi lab macam biasa, entah apalah yg aku buat kat lab tu .Kadang-kadang tu tak pergi langsung. Teruk kan. Fine lah, weekend ni aku start buat kerja #paksarela. Okay okay bukan next week tapi esok. Target aku nak grad awal, so buat kerja kena cepat-cepat.
Baru timbul kesedaran nk membaca buku ni, padahal dah setahun jadi hak milik. Dapat free masa kat Skali dulu.
Few weeks back, aku baru fikir yang aku dah cukup besar( dan mungkin matang) utk menguruskan kewangan sendiri secara berhemah. Secara berhemah ye, selama ni memang uruskan sendiri tapi secara hentam keromo kau je. Aku ada fikir utk menyimpan secara serious, sebab selama ini simpan aje pastu tarik balik simpan tarik balik. Pastu bilanya nak bertambah dgn konsisten kan? I've plan utk simpan kat asb, tapi bila buat review kaji selidik dan tanya orang-orang yg berkaitan aku cancel nak menyimpan di asb( kalau tak silap, fatwa selangor ada keluarkan yg asb haram), eventhou i do have asb account tapi biar aje, dah buat lama dulu nak deactivate kat post office tak boleh. So biar ajelah.
Then, ada sorang kawan recommended utk buat simpanan emas, interesting tapi entahlah. Bila bab emas-emas secara online ni aku susah cket. Aku susah nak percaya orang satu hal, then termasuk semua aspek lah, barang itu betul ke tak, then barang tu dihantar dgn selamat ke tak, orang yg hantar barang tu boleh percaya ke tak. Sebab itu barang berharga, bukan beg kasut baju. Yang tu aku takde hal beli online. Haha. Kalau kena tipu pon takde lah terasa sentap sangat. Aku tanya banyak orang, apa pro and cons dia and ramai yg suggestkan kalau nak beli emas, pergi kedai emas. Nanti lah aku fikir lagi. Cuma buat masa sekarang paling selamat, nak menyimpan ni transfer je duit dalam different accounts. I do have several bank account. Dari montly income tu, i've divided the money into 3 parts, 35% savings, 50% responsibility and 15% miscellaneous. Responsibility termasuklah bayar hutang ptptn, bagi mak, duit makan, topup and etc. Miscellaneous tu utk entertainment, shoppings and etc. Tapi itu lah, nak menyimpan ni memang kena komitment yang tinggi.Kadang-kadang bajet shopping nya berlebih, kadang-kadang duit jalan-jalannya berlebih, kadang-kadang duit makannya berlebih. Tapi pandai-pandailah cover balik.
Aku serious nak menyimpan sekarang pon bersebab, hewhew. Bukan sebab nak nikah nak kawen ke semua, itu semua takde dalam list hidup aku lagi setakat ni. Betul. Kalau ada target ada benda yg aku nak, komitment & disiplin tu insyaallah la tinggi cket. Haha.
Tapi, bulan ni saja dah beli 2 bags, camano tu hah? Tu tak termasuk baju-baju yg beli awal bulan haritu. T__T
Bagpack ni mungkin boleh masuk dalam budget responsibility kot, sebabnya keperluan.
Memang keperluan lah kan, menggalas beg ni pergi fakulti hari-hari bawak laptop, kan? haha.
Yang ni baru boleh masuk dalam budget shopping. Nasib baik satu bag lagi tu colour merah yg aku nak out of stock kalau tak confirm beli jgk, ish.
Semalam si Shaf ada tunjuk satu baju ni, online shop jugak. Cantik dan memang berkenan lah tapi fikir dulu betul-betul nak ke tak.
Lagi satu masalahnya, tiap-tiap bulan aku nak balik rumah. Oh homesick! sepatutnya minggu ni aku nak balik tapi bila fikirkan kerja tak siap, pospon lah next week ke. Kalau jadi balik minggu ni, tak ke bulan ni dua kali aku balik? #laribajet oit. Oh next week kitorang bebudak lab nak buat farewell party utk Pomt, 1/6 ni dia dah nak balik Bangkok. Bye Bye Pomt.
p/s : Masalah susah nak tido awal tu datang balik, tak kisah lah aku tido petang ke tak tido petang ke end up memalam 3-4 pagi jugak terlena.