Sunday, May 6, 2012

Sentosa Island, Singapore!


 Selepas 4 tahun lebih tinggal di Johor, tahun ni baru berpeluang ke Singapore, pity you. It comes after Thailand and Indonesia trip, haha. Padahal Singapore lah yang paling dekat yet palingggg jimat sebenarnya. Tak perlu naik kapal terbang pon. Tapi kalo ada duit berlebihan dengan banyaknya tu, bolehlah naik kapal terbang dari JHB ke Changi tu. Takde plan pape pon, sehari sebelum pergi, Iffah asked me nak join ke tak, Sari & Shaf takdapat join, so aku aje lah yang join. Lagipun si budak berdua tu dah pernah pegi, aku sorang je yg tak berkesempatan pergi lagi, soooo im on aje lah! Lagipun bosan takde buat pape.

Tiket bas dari Sri Puteri (Skudai) ke Sentosa Island pukul 9.00 am, tapi 9.45 am bas baru muncul. Dalam bas, i've google-ed surau kat Singapore dulu sebab Iffah cakap susah nak cari surau kat sana. Nasib baik kat Sentosa tu ada surau.

After dua kali stop kat Immigration, sampailah kami after 2 hours bus ride. 


 Tempat wajib bergambar. Universal Studio Singapore. Al-maklum lah nak masuk tak mampu lagi
HAHA

Then, naik train ( monorel) ke Beach Station untuk ke Siloso Beach. Free of charge!











Lompat tak jadi, Lompat tak jadi. kahkah.

Pantainya sangat cantik. Lepas dah berkelah-kelah di bawah pokok tepi pantai ni dan main-main tepi pantai ni, kitorang ke surau di Basement Beach Station untuk solat Zuhur. Pastu terus jalan ke Imbiah Station.

Merlion

Imbiah station untuk balik ke Waterfront Station

Mr Jelly Bellyy!

 
There's a storyyy. See my jeans, my blouse?? Tak sedar kena minyak kat mana, mungkin masa bersesak-sesak naik tren ke Siloso Beach tu, adoyaiiii! Minyak tuh. Habis semua kena, jeans beli Medan dulu tu, baru kali ketiga pakai, baju pulak baru first time pakai, cardigan pink+peach plak kali kedua pakai. Sob sob! Last-last masa nak balik, terpaksA ikat cardigan kat pinggang sebab nak tutup kotoran minyak tu, style baru lah konon. 


Overal budget ke Singapore kali ni = tiket bas pergi balik RM15, breakfast roti canai + teh o + tapau-ed nasi goreng dan ikan goreng as lunch kt Singapore RM5.80 + Mineral water besar RM2.10. So total cost RM22.90 shj! Keychain-keychain semua ni tak kuasa lah nak beli, mahal kot. 

Inilah trip ke luar negara yang paling murah dan sangat menjimatkan. Mungkin lain kali aku taknak pergi dah Sentosa Island ni, even USS sekalipon. Once is enough. Mungkin boleh cuba tempat lain pulak, Orchard road ke Arab street ke Marina Bay Sands ke.

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

wish could be there someday.

menarik kot!

cikbelang said...

kalo dpt msk USS cnfirm lagi menarik.