Thursday, March 29, 2012

Medan Part 2

So second day,lepas dah pick up Rose & Becca kt airport pepagi tu, kitorang mintak Pak Ahmad stop kt memana kedai untuk beli local simkad, sempat la Pak Ahmad bawak kitorang ronda-ronda sekejap, tengok Kota Medan ni. Bila dh dapat local simkad baru lah dapat nak contact family kat Malaysia.


Pelik aku tengok flowerboard ni. Kalau kt sana kalau ada orang kahwin ke naik pangkat ke so dorang akan letak board-board ni di sepanjang jalan. Berseni tu.


Tangki Air ni mercu tanda Kota Medan. Betul-betul simpang nk ke hotel kami.

Pastu balik hotel Rose & Becca rest sekejap, siap room service lagi dorang ni utk lunch. Then dalam lepas Zohor kitorang keluar jalan-jalan. Tanya receptionist hotel mana tempat yg best dan paling dekat so dia bagi cadangan pergi Medan Mall, jalan kaki dalam 10 minit je. Gerun aku tengok jalan & trafic kat Medan ni, hon takyah nak cakap lah, tak pernah stop. Memanjang je ada orang hon. Itu normal bagi dorang.


Medan Mall ni kecik je, lebih kurang macam Skudai Parade je.

Tak best sangat lah, hehe. Sesampai je terus cari port untuk lunch, kitorang bertiga belum lunch lagi. So tengahari tu kitorang makan kat Texas Chicken, ala-ala KFC la. Yang penting halal. Kalau kat Medan ni, before masuk kedai makan tu make sure kena tanya dulu halal ke tak.

Aku punya, special fried rice with fried chicken + Orange juice. Aku suka, nasi tu pedas + sedap. Harganya agak murah lah, dalam RM 6 lebih kot *lupa*.


Shaf punya, teh botol tu kalau datang Indo tak cuba rugi lah korang, haha. Aku try tapi tekak takleh nak terima cket.
Lepas perut dah kenyang kita jalan-jalan.


Love at the first sight dgn jeans ni kat Matahari, colour dia memang aku dh lama berkenan. Then tengok ada sale, apa lagi terus lah grab ke fitting room. Sekali memang muat. Harga dari Rp 278k dapat la Rp 121k. Gila murah. Kualiti macam okay je.


Getah rambut pon aku beli kat Medan Mall, harga Rp 3000. Dalam RM1 shj. Yang penting colour merah.

Dalam Medan Mall ni kena hati-hati cket, selalu je local & pak guard kt situ tegur kitorang 'hati-hati dengan tas nya' . Bahaya, banyak penyeluk saku. Alhamdulillah kitorang semua selamat takde pape berlaku. Cuma, ada satu situation ni yg buatkan kitorang gerun + takut. Masa nak balik tu, kitorang plan nak ke Istana Maimum memandangkan masa tu awal lagi, balik hotel pun takde buat pape. So kitorang tanya lah pak guard camane nak ke Istana Maimum. Dia cadangkan naik becak (beca) je, hargaya dalam Rp 10 ribu. Then kitorang pergi lah ke tempat hentian becak tu, sekali dorang mintak Rp50 ribu. Mahal kot. So bila kitorang cakap taknak and nak blah dari situ, dorang reramai datang kerumum kitorang nak deal harga. Dah reramai datang kitorang semua dh takut lah, dorang sedaya upaya nk suruh kitorang naik becak dorang tu. Last-last kitorang lari je dari situ terus balik hotel. Nasib baik ada dua pak guard yg baik hati.

Balik hotel rehat, then malam tu kitorang keluar dinner kat Merdeka Walk. Merdeka Walk tu tempat golongan muda-mudi berhibur. The happening night life kat situ lah tempatnya. Lagi-lagi malam tu malam libur (weekend), memang crowded gle lah! Kitorang mintak hotel call-kan teksi, Teksi Blue Bird harganya Rp20ribu dari hotel ke Merdeka Walk. Kitorang pergi berlima je, pakcik & makcik tak ikut. Sebelum keluar, makcik pesan suruh hati-hati. Bahaya jgk lah kitorang berlima keluar memalam ni. Sebelum keluar, kitorang bagi phone number kat receptionist, then cakap kat dorang kalau pukul 11 malam kitorang tak balik, suruh dorang contact kitorang, as a precaution je. Kalau lah terjadi pape ke. Niat kami ke Merdeka Walk hanyalah untuk makan ikan bakar shj sebenarnya. Nelayan Seafood Restaurant.


Sebelum makan nasi, makan Dimsum dulu. Sedap.


Ikan Bakar + Tomyam campur + Pancake durian, semua sedap kecuali air langsung tak sedap. Tomyam tu pon kureng cket lah, dia campur dgn bihun sekali. Pelik. Tapi ikan bakar tu terbaik lah, garing + sos pun sangatlah sedap. Pedas. Harga keseluruhannya dalam Rp 200ribu lebih kot. BTW, makanan orang-orang Indo ni biasanya semua pedas-pedas. Nasib lah kalau ada yg tak boleh makan pedas. Lepas makan jenjalan tengok orang-orang kat situ kejap pastu terus balik hotel dalam pukul 10 mlm. Aku tak berkenan sgt dengan tempat ni, crowded sesangat. Dengan semuanya campur.

Selesai untuk second day. Balik hotel tengok ada bantal extra atas katil, kitorang tak de lah pulak mintak. Baik betul dorang ni. Bilik pun dah cantik dorang kemas.

No comments: