Sunday, June 4, 2017

Tokyo, Japan Part 3


Okay sambung.
Hari yang ke berapa dah ye? 3?4?


Okay third day, hari tu banyak tempat jgk la iols cover. 
Sebelum keluar pagi tu, dah check out siap-siap sebab aku akan tukar tempat penginapan. Pindah ke Hotel Wasao Asakusa. Bagpack boleh tinggal je situ dulu nanti petang baru ambik. 

First, Shinjuku. Dari Asakusa Stn ke Shibuya Stn, lepas tu ke amik JR YamanoteLine ke Shinjuku Stn. Plan ke Shinjuku sebab nak cari tiket bas ke Mount Fuji, nak pergi petang tu. Tapi sampai Shinjuku Stn tu, nak mencari tempat jual tiket bas tu mak aih berpusing-pusing iols. Shinjuku Stn ni besar, banyak line ada. So memang boleh sesat lah dalam tu. Lepas tu bila dah jumpa tempat jual tiket bas tu, tiket semua dah habis untuk hari tu so terpaksa lah beli untuk esok pagi. Tempat beli tiket bas dekat Tourist Info Center. Boleh pilih sama ada untuk naik bas di Shibuya ataupon Shinjuku. So iols pilih Shibuya je, sebab lebih dekat. Lagipon rasa mcm dah agak familiar dgn Shibuya berbanding Shinjuku yang confirm akan sesat nak cari mana tempat nak depart tu. kahkah. Tokyo -Kawaguchiko, tiket return 3600 yen (1800y one way). Depart pukul 7 a.m dari Shibuya Stn, Gerak balik pukul 2.30 pm. Tanya staf jual tiket tu snowing tak esok dekat kawaguchiko, katanya weather forecast snowing pukul 3.00 pm. Tak sempat nak tunggu. Tapi kawasan situ still ada snow lagi. Okay lah tu. Okay settle beli tiket, decide untuk ke Harajuku, dah alang-alang dekat kan. Satu station je dari Shinjuku ni. Dekat Harajuku yang famous nya mesti lah Takeshita street. Crowded shopping street yang bila weekend je akan ada ramai golongan muda-mudi yang pakai costume pelik-pelik. Sebab masa aku pergi tu weekdays so takde jumpa yang pelik pon. Tapi weekday pon still crowded, ramai gle manusia. Tempat tu mmg heaven lah bagi kaki shopping, macam-macam ada kot. 


Takeshita Street

Jalan-jalan area sini, rasanya aku beli souvenir kat sini. Murah lah jugak 100y seketul. So beli 10 ketul 1000y untuk benda gantung mcm keychain tu. Lepas dah abis jalan-jalan sini, aku ke Yoyogi park untuk Sakura hunting. Jalan kaki saje, ada lah dalam 20 minit kot cari jalan berenti kejap bagi kaki rest. kahkah. Untuk direction seperti biasa follow Google Maps shj, insyaallah tak sesat. Sebelum sampai Yoyogi Park ni, akan lalu kawasan Yoyogi Stadium. Dari jauh macam cantik je, so pergi lah dekar kawasan situ untuk ambik gambar. 


Stadium ni bertentangan dengan Yoyogi Park, untuk ke park kena guna jejantas untuk ke seberang jalan. 


White brown cherry blossom 



Yoyogi Park.

Yoyogi Park banyak pokok sakura, tapi tak semua nya dah blooming. Tapi still, park ni cantikkk. Suhu time tu dalam 16c, suhu paling panas sepanjang aku kt Tokyo. Suhu 16c pon dah rasa mcm panas sangat je dah, bahaha. Ye lah, dah jalan jauh-jauh kan berpeluh tu yg rasa panas je. Dok lepak dekat area water fountain kejap sambil makan roti gardenia coklat. Jalan-jalan kawasan park tu untuk cari sakura. Yang aku perasan kawasan sini tak seramai Ueno park yang memang crowded gila. Sini ramai jugak yang ber-hanami tapi tak seramai sana lah. Lepas Yoyogi Park terus ke Meiji Shrine, sebelah je dengan Yoyogi Park ni. Tapi kan, dari main pintu gerbang meiji shrine nak ke tempat shrine tu mak aih, gilaaa jauh. Sampai sakit dah kaki iols jalan banyak sangat. 

Pintu gerbang utama

Sake barrel.
Bila lalu kawasan ni kan, ada macam satu bau ni which is bagi aku boleh tahan busuk nya. Taktau bau apa mungkin sake kot entah lah. 

Sesapa nak buat wish boleh beli kayu tu 500 yen kalau tak silap lepas tu gantung kt sini.

Antara kawasan dalam Meiji Shrine.
Masa aku pergi tu, ada tempat tengah buat construction, so dorang close banyak tempat
Tak banyak tempat boleh tengok so bagi aku sini tak best sgt
Tak berbaloi dgn jauh kau berjalan. =p

Okay lepas tu terus gerak keluar dari Meiji Shrine, lepas tu tak tau nak pergi mana dah. Aku tanya sorang senior sekolah ni yang baru berpindah ke Tokyo ikut suami dia kerja sana, tanya dia mana lagi park untuk sakura viewing. Dia bagi cadangan pergi ke Shinjuku Gyoen national park atau Imperial garden. Disebabkan shinjuku gyoen tu lebih dekat so aku pilik shinjuku gyoen je. Dari yoyogi park, ambil subway turun di Shinjuku-Sanchome Stn. Jalan sikit and sampai lah ke Park ni. 

Bagi aku, park ni paling banyak sakura blooming
Lawo gle aih
Park ni pon boleh tahan besar jugak


Pink cherry blossom

Lepak sekejap. Hiks.
Kat sini ada jumpa 3 malaysian dari group RTJ
Suka iols jumpa orang peramah.

Lupa nak cite, dekat Yoyogi Park tu ada ternampak sorang perempuan Malaysia
sorang-sorang jugak, macam iols
Baru ingat nak pi tegur ke
Tapi bila terpandang kita, baru nak senyum dia buat-buat tak nampak je
Sedih iols.

Dok melepak kt shinjuku gyoen tu sampai petang, lepas tu balik ke Asakusa. As usual lah sampai Asakusa, cari makan. Iols kebuluq! Kali ni makan tempat lain plak. Lepas makan ambik backpack lepas tu cari hotel wasao tu. Malam baru sampai hotel. Kali ni pilih dok single room, japanese traditional single room. Bilik dia yg ada tilam atas lantai tu. Bilik oka lah selesa siap ada tv and fridge lagi. 

Okay habis, nanti ada lagi satu je, last part. 




No comments: