Hai im back! After a long time, hihi.
Okay sambung untuk second day, disebabkan takde planned itinerary pon so malam sebelum tu sebenarnya baru fikir nak pergi mana dan pagi baru betul-betul decide apa nak buat untuk hari tu. Aktiviti pertama hari tu, lepas breakfast ambik tren untuk ke Roppongi. Seperti biasa lah, guna Ginza line, tapi sebelum ke Roppongi, singgah ke Ueno station untuk beli 3 Days Tokyo Subway pass. Dekat station Asakusa takde, kena pergi ke station yang besar, boleh beli di Tourist Information Center.
3 Days subway pass 1500 yen.
Valid untuk Tokyo Metro dan Toei Subway
Memang berbaloi ambik pass ni semua majoriti tempat yg pergi boleh cover guna pass ni
Cuma ada sikit lah kena beli tiket untuk JR line.
Okay dah beli subway pass tu then terus gerak ke Roppongi sebab plannya nak ke Roppongi Hills. Kata orang Roppongi ni tempat orang-orang kaya, macam Gangnam lah kalau kat Korea. Seperti biasa lah guna Google Maps so boleh tau turun kat station mana dan kat mana kena tukar line. Memang senang complete semua ada kat Google Maps tu; masa fee berapa semua so follow je yang tu insyaallah memang takkan salah naik train. Sampai ke station untuk ke Roppongi Hills tu boleh cari signboard untuk tau exit berapa. Iols dah tak ingat lah exit berapa, lama sudah. HAHA. Tapi nak sampai ke Roppongi Hills ni tak susah pon, ikut je signboard. Jalan lebih kurang 10 - 15 minit kotnya baru sampai. Yang aku ingat kawasan dia berbukit sikit dan kena naik tangga untuk sampai ke spider gergasi ni.
Spider ni lah tanda yang menunjukkan uols berada di Roppongi Hills.
=p
Tulips ni dekat je dengan kawasan spider tu.
First time tengok real Tulip, hiks.
Excited lah jugak sebab cantik.
Lepas dah ambik gambar spider dengan tulips tu naik kawasan atas untuk tengok view. Cantik lah jugak kot. Kawasan situ ada satu museum lupa dah museum apa. Tapi tak masuk pon dok lepak kat luar je. Dari atas tu boleh nampak Asahi TV building. Kalau uols peminat cite Jepun mesti tau TV Asahi ni.
TV Asahi
Lepas dah ronda-ronda kawasan ni terus gerak ke tempat seterusnya. Masa ni boleh tahan lah jauh jalan sebab kena naik train line lain, bukannya yang tadi tu. So jenuh jugak lah mencari tu. Sempat singgah supermarket beli strawberry sebab iols lapar. Cari yang paling murah 299yen kalau tak silap. Tu exclude tax, tambah tax 375yen. Okay lepas Roppongi terus pergi ke Shibuya. Well, the famous Shibuya crossing tu. Kat area situ jugak ada Hachiko statue.
Sebelum ke crossing akan jumpa patung Hachiko ni dulu.
Aku tak tau lah sejarah anjing ni tapi dengarnya dia setia tunggu tuannya yang dah meninggal
Something like that lah kot.
Sampai sini ramai gila lah tunggu turn nak bergambar, penuh kawasan situ
So bila tengah takde orang untuk few seconds tu terus lah snap gambar
Then gerak ke crossing ni, ramai gle manusia. Shibuya crossing ni the most busiest crossing in the world kalau tak silap. Masa crossing ni selama 2 minit. Aku pon heran macam mana tempat ni sentiasa penuh manusia, bersesak-sesak. Tapi aku rasa kat Tokyo ni sangat ramai manusia, semua tempat bersesak-sesak. Working days pon ramai gila orang, and majoriti nya memang local people. Sampai aku fikir dorang ni tak kerja ke, bahaha.
Jalan-jalan area Shibuya ni, sapa jenis kaki shopping memang sesuai sangat lah datang sini
Macam-macam ada.
Tapi aku jalan-jalan tengok orang je, bahaha.
Nampak Burger King, "sedapnya kalau boleh makan burger king ni"
Dah la tengah lapar time tu kan
Bila dah rasa kaki lenguh jalan, gerak ke Shibuya station untuk balik
Masa ni dah petang sebenarnya
View dari Shibuya Station
Orang kata nak view cantik dok kat Starbucks boleh nampak lagi dekat, tapi iols tak masuk pon situ
Lepas dah balik ke Asakusa semula tu baru cari makan, lapar kot. Malas nak pergi jauh-jauh so makan tempat malam tadi je, Kebab factory ke amenda ntah. Order doner plate. Menu yang sama dgn semalam, tapi bagitau dia taknak salad, so dia tukar fries, iols lagi sukee. HIHI.
Dapat banyak fries, gula pon dia bagi banyak sebab semalam tu aku mintak gula banyak
HAHAHA
Kebab factory ni pon ada sediakan surau ye.
Sebelum balik tu aku pi lepak kat Sumida Park kejap lepas tu baru balik ke guesthouse
Toilet pon boleh selfie. :D
Malam tu keluar kejap jalan-jalan.
Kawasan sini dah tak ramai orang mungkin dah agak lewat 9 lebih masa tu.
Okay dah habis untuk hari tu, tak banyak tempat pon rupanya aku pergi.
Ok chaw, till next time.
Mungkin sambung bulan depan pulok, lepas tu lagi lah banyak yg tak ingat. BAHAHHA.
Nak buat macam mana iols takde masa, busyy wey.
No comments:
Post a Comment