Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts
Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts

Saturday, April 8, 2017

Jogja Feb 2017 - Part 2

Hari ke-3.


Hari ketiga pon kitorang ada sunrise, kali ni ke Kebun Buah Mangunan, macam biasa gerak pukul 3.00 am. Bangun ofcoz lah lagi awal kan. Pagi ni kitorang terus check out, bawak semua barang sebab nak check in tempat lain - Edu Hostel. Check out pagi tu just drop kunci je sebab dah bagitau dengan staf malamnya tu, dia dah bagi deposit siap-siap. Lepas settle kitorang gerak. Kitorang singgah untuk solat Subuh kat Masjid. masa tu kitorang sampai masjid tu gelap takde orang lagi, so tunggu je lah kat luar kejap sebelum imam/bilal sampai. Locals kat sini kurang peramah dari masjid semalam yang kitorang pergi. Lepas dah selesai solat kitorang gerak naik atas. 



Bagi aku sunrise sini lebih okay dari Puthuk Setumbu. 
Tiket masuk Kebun Buah Mangunan Rp5000 sorang


Bila dah cerah tu, slow-slow boleh nampak bawah.
Bila dah lama-lama sikit, kabus makin banyak. Suasana kat atas tu pon makin cantik.
(Time ni kan, tengah tunggu sunrise tetiba ada bunyi orang kentut kuat pulak, group laki kat depan tu, pastu geng-geng dorang boleh gelakkan sekali. tapi kitorang pon join gelak sekali. HAHAHA. 
Dah la semua tengah diam je kan, tetiba bunyi orang kentut kuat, ofcoz lah semua gelak. Kesian dia. HAHA. 


Kalau tengok kat bawah tu cantik sebenarnya. 
Depends pada cuaca jugak lah. 

=p

Lepas dah habis bergambar kat area sini, kitorang ke sebelah kanan untuk bergambar lagi. Tempat tu pon cantik.
Bila dah habis kitorang ke Jurang Tembelan Kanigoro. Masuk sini free je. Kawasan sini pon cantik.
Ada banyak photo spot - sampan, rama-rama, bentuk love.




Okay dah habis bergambar sini, kitorang gerak ke Hutan Pinus. Tiket masuk Rp2000 sorang.
Dulu free je tempat ni sekarang dah kena bayar. 



Kitorang spent kat sini dekat 2 jam rasanya, tak boleh lama-lama sebab nak ke Pantai Timang plak.
Jarak Hutan Pinus ke Timang boleh tahan jugak lah jauhnya.

Akan lalu kawasan kampung untuk ke Pantai Timang. 
Kitorang plan nak makan lobster bila balik dari Timang, so kena singgah untuk order dulu sebelum gerak ke pantai sebab nanti mungkin akan habis lobster nya. 

Kitorang makan lobster kat sini. 
Lepas dah lalu jalan kampung ni, mula lah jalan batu-batu yang agak teruk.
Jalan tu sebenarnya tak boleh lalu dengan kereta pon, kena sewa ojek (motor) untuk ke pantai,
tapi Mas Eko redah je dengan van, hihi.
Selamat Rp50k kitorang.
Ojek tu kena bayar Rp50k, dah la kena naik motor dengan laki kan ofcoz lah kita yang perempuan ni tak selesa, rasa bersyukur gila bila Mas Eko redah dengan van. 

Bila dah sampai kawasan pantai nampak view macam ni. Kagum weols.

Kena jalan sikit untuk ke Gondola. 


Nak naik gondola ni kena bayar Rp200k sorang, boleh naik sorang atau berdua. 
Bayaran tu kira ok lah berbaloi sebab dorang tarik manual je. Enam orang sekali tarik tau. Perjalanan ke pulau belah sana sekejap sangat dalam 30 saat je kot. 

Cantik kan view? Hihi.

Kitorang dok area pulau tu boleh tahan lama jugak. Bergambar dalam panas. 
Time ni panasss gle, elok-elok je time tengahari. Lepas tu makin burn lah muka weols. 
Bila dah agak lama kat situ, so kitorang naik gondola untuk balik ke mainland semula. 


Singgah makan lobster!
Kitorang ambik 2kg lobster + ikan merah ke ape ntah. Set included nasi/ulam/sambal tempe/air. Total harga Rp800k tapi Yani and Nad belanja sikit so kitorang cuma bayak Rp100 je sorang. 
Lobster sorang dapat sekor setengah, puas hati makan.

Nak makan Lobster kena hati-hati jugak, kang tetiba jari boleh luka sebab area kepala dia tu cm tajam-tajam sikit. 
Selama 29 tahun aku hidup, ni kali pertama makan lobster kot, bahaha sian. 
Alhamdulillah. Dorang masak pon sedap. 

Lepas makan kitorang tumpang solat dan salin baju sebab plannya lepas tu nak ke Gunung Kidul. Tapi ada drama kejap kat sini. Kitorang cam berlengah sikit so kitorang ambik masa lama sangat kat sini. Aku rasa cam aku tersilap buat keputusan-tukar baju terus. Sebelum tu aku jenis agak particular dengan masa, berapa lama nak spent kat satu-satu tempat tu pastu ingatkan semua orang pukul berapa nak kena gerak. Tempat nak tukar baju ada satu je so masing-masing ambik turn lah, dengan nak solat lagi so memang lama sangat time ni.  Lepas tu ada sorang group member yg bermasam muka. Bila semua dah settle, masuk van tu rasa macam dah tak best pulak. Semua diam je. Perjalanan ke Gunung Kidul kata Mas Eko dalam 45 minit macam tu, tapi tak sampai setengah jam tetiba hujan turun dengan lebatnya. Maka aktiviti ke gunung kidul kena lah cancel. Sebab ni aktiviti air kan, so bila hujan ofcoz lah tempat tu tutup. Plan cancel, kitorang balik ke Jogja. Rasa frust gila masa ni sebab tak dapat nak ber-caving and water rafting. 

So bila Kidul tak jadi, kitorang mintak Mas Eko hantar ke Malioboro je. Shopping beli souvenir. Sebab jadual kitorang memang pack and takde masa sangat untuk bershopping sgt, so masa tu je lah ada masa ke malioboro. Kitorang spent 2 jam lebih kot kat situ. Masa kat Molioboro tu akhirnya orang yg bermasam muka tu dah okay. Katanya dia marah kejap je, nasib baik. HIHI. Yang kelakarnya, kitorang ke Malioboro memasing dengan t-shirt dengan seluar track je. HAHA. Dah tukar baju kononnya nak main air kan. Redah je lah. =p. Harga t-shirt kat Malioboro banyak je yg murah, boleh tawar jugak. Lepas dah habis shopping, kitorang mintak Mas Eko ke restoren masakan padang untuk dinner. Time ni satu lagi dugaan aku, bila nasi ada sikit lagi tetiba ternampak telur lalat kat sambal udang dalam pinggan aku. Terus terbantut nak habiskan nasi. Bila bagitau staf dorang, dorang mintak maaf and sambal udang tu tak masuk dalam bil. Ni la risiko masakan padang sebab dorang letak semua lauk tu awal-awal dalam pinggan so mesti tak perasan ada telur lalat. 

Lepas dah habis makan, kitorang ke Edu Hostel untuk check in. Edu Hostel ni kitorang ambik dorm jugak. Bilik ok, tandas bersih, cuma wifi cuma boleh connect di lobby je. Dalam bilik memang takde connection. Tu salah satu cara untuk dorang bagi low cost katanya. Edu Hostel ni boleh request untuk early breakfast tapi mesti kena bagitau sebelum 9pm. Disebabkan kitorang nak keluar awal untuk sunrise esok so mintak early breakfast. 



Expenses untuk hari ke-3

Kebun Buah Mangunan : Rp5 000
Hutan Pinus : Rp 2 000
Gondola Timang : Rp200 000
Lobster : Rp 100 000
Malioboro : Rp 119 600
Dinner : Rp 19 600

Total : Rp 459 100

Wednesday, April 5, 2017

Yogyakarta (Jogja) Part 1 - Feb 2017





Hai.

As usual lah, beli tiket masa AirAsia buat free seat promo so dapat lah harga murah, RM60 return. Tapi sebab beli asing-asing, harga dorang semua pon lain, ada yang dapat RM60, Rm120. Ada sorang kawan last minute nak ikut so tiket dia RM300++. Kami pergi dalam 5 hari 4 malam. Sebab kitorang travel dalam group, so memasing ada peranan memasing. Book hotel, book transport/supir, buat itinerary, survey tempat etc etc. Untuk hotel, kitorang pilih stay kat dorm je nak save budget punya pasal. Kitorang dok Bunkbed Bed&Breakfast dgn Edu Hostel. Book dari Booking.Com. Untuk transport, kitorang awal-awal dah book supir sorang ni sebab baca review majoriti kata servis bagus, tapi dalam few weeks sebelum kami pergi tu tetiba muncul satu kes pasal supir ni, famous lah kat group BBM tu kejap. So kitorang terus tukar supir, alhamdulillah dapat yang okay, rate pon kami rasa ok berbaloi. Kami book van Luxio 7-seater. Selesa lah untuk kami berenam. Van pon agak baru jugak lah, bulan 9 tahun lepas baru beli. 

Sunrise KLIA2

Day 1.

Kami bertolak 27 Feb, so aku and Wani gerak dari JB 26hb pukul 10 pm. sampai TBS pukul 2 am, pastu 3.30 am macam tu naik bas ke KLIA2 dengan Jetbus. Sampai airport pukul 4 lebih, dok surau kejap tunggu Subuh. Lepas subuh terus naik atas kt Pelepasan, sempat lah breakfast kat KFC dulu. Time ni perut dah rasa tak selesa sebab masuk angin. Sebab tengah-tengah malam dok luar (bukan indoor), memang akan mudah je masuk angin. Untuk hari pertama, takde buat apa pon sebab flight kami pecah 2 group: 2 orang flight pagi (patutnya bertiga, Shaf lagi sorang tapi Shaf tak dapat join so jadi lah weols berdua je), 4 orang flight petang. Flight aku pukul 9.00 am dengan Apis, flight Wani pukul 3 pm dengan Sari, Yani dgn Nad. 

Kitorang sampai dalam tengahari tu terus ambik teksi ke Bunkbed B&B sebab tak sanggup nak tunggu sampai petang. Supir akan datang pick up kat airport pukul 5 pm sebab tunggu semua dah sampai. Kami ambik je teksi airport bayar dalam Rp 150 000-kereta Avanza. 


Kitorang terus check in untuk semua sekali. Dok 6-bed female dorm, Apis dok sensorang kat male dorm. Bilik okay je, tapi toilet kurang bersih. Wifi laju. Lepas dah settle check in, rehat kejap pastu rasa lapor gle dah. Ajak Apis gi cari makan. Nasib baik tingkat bawah ada kedai makan so makan situ je, sebab dah malas nak pergi tempat lain. Penat kot. 

Tengok harga cam ohh murah makanan sini, sekali dapat apesal ikan/ayam ni kecik benor. kahkah.
tapi okay je, sambal tu pedassss gila tapi memang sedap. 
Lepas makan masuk bilik mandi tidor, dah seharian tak tidur kot. Dalam bas JB-KL tu tak boleh tidur langsung. So sementara tunggu dorang sampai tu boleh lah rehat dulu.

Flight untuk group petang delay, sepatutnya dorang landed pukul 4.50 pm macam tu tapi sekali 6 lebih baru landed. Aku dah risau mana dorang tak sampai-sampai lagi ni. Nak contact tak dapat dah. Dekat pukul 8 la kot dorang sampai dorm, pastu sekali dengan supir kitorang discuss itenerary kitorang. Mana nak pergi semua, so supir akan tenggok sesuai ke tak. Itenerary tu aku buat dan supir kata semua ok, takde perlu ubah pon. Cuma masa tu, kitorang belum betul-betul decide nak pergi Borobudur saje atau nak pergi dua-dua Borobudur+Prambanan. Last-last kitorang pilih pergi dua-dua, beli combine tickeet terus untuk lebih jimat. Supir kitorang Mas Eko dari JogjaAdventure. 




Itinerary yang aku buat based on perbincangan bersama. 
Memang follow yang ni je. 

Lepas dah settle bincang itenerary, Mas Eko tanya nak pergi mana malam tu. Kami plan nak keluar sendiri je malam tu sebab pakej kitorang untuk hari tu cuma airport pick up shj, tour start esok. Tapi Mas Eko cakap boleh je dia hantarkan kalau kitorang nak pergi mana-mana malam tu. So kitorang pergi Alun-alun Kidul pastu dinner di Ayam Penyet Surabaya. 

Naik kereta berhias. Harga differ ikut jenis kereta. Yang ni harga Rp50k, boleh 6 orang masuk sekali. 

Ronda untuk satu pusingan je. Kalau nak pusing lagi kena tambah lah. 
Lepas alun-alun ni dinner lepas tu balik bilik. 

End of day 1.

Expenses untuk hari pertama

Teksi : Rp75 000
Lunch: Rp24 500
Dinner: Rp32 800
Alun-Alun: Rp8 400

Total: Rp73 200. 


Day 2.

Untuk hari kedua, aktiviti kami adalah sunrise Puthuk Setumbu, Borobudur dengan Prambanan. Kitorang gerak pukul 3 am sebab boleh tahan jauh lah nak ke puthuk setumbu tu. Nak gerak pukul 3 am, tapi masing-masing belum pukul 2 am dah bangun. Siap-siap semua tepat 3.00 am bertolak. Dalam pukul 4 lebih tu kitorang singgah masjid untuk solat Subuh. Masa sampai masjid tu belum masuk waktu lagi, so tunggu je lah kejap. Locals kat sini semua peramah, kitorang masuk masjid je ada sorang nenek ni terus hulur tangan salam. Tanya dari mana semua. Lain yang baru sampai pon, masuk masjid salam dengan semua. Lepas tu masuk waktu berjemaah sama then kitorang terus gerak naik ke puthuk setumbu.  

Tiket masuk Rp30k sorang. 
Nak ke puncak puthuk setumbu ni boleh tahan lah kena mendaki sikit. Pagi-pagi buta nak kena hiking, tercungap-cungap iols. Pastu kat sini lah habis kasut kotor. Dah lah kasut tapak putih, so memang akan nampak kotor. 

Sunrise kat sini bagi aku tak best sangat. Cuaca tak okay kot masa tu. Matahari macam malu-malu je nak keluar. 
Dari sini sebenarnya boleh nampak Borobudur tapi kecik je lah. 
Gereja ayam pon boleh nampak. Lokasi AADC katanya. Iols tak tengok pon cite tu. 

Bila dah cerah tu, kitorang pergi ambik gambar kat photo spot ni. Free je. Sebenarnya cantik view dari sini boleh nampak sawah padi kat bawah tu. Tapi cuaca time tu tak berapa ok, so agak terlindung lah. Beratur boleh tahan panjang lah kt sini. Free je nak ambik gambar kat sini, tapi kena cepat-cepat lah kan sian orang lain tunggu ramai. 

Mas Eko tanya nak ke Gereja Ayam tak. 
Kalau nak ke Gereja Ayam, kena hiking lagi dari puthuk setumbu ni. Kena hiking sikit ni pon aku dah tercungap-cungap, so memang dah tak sanggup ler nak kena hiking lagi. 
Bila semua tak nak ke gereja ayam, kitorang turun untuk ke tempat seterusnya;
Borobudur. 


Dalam pukul 8 am kitorang gerak ke Borobudur. Sebelum masuk kitorang breakfast dulu kat area luar. Lepas breakfast beli tiket. Kami beli combine ticket Borobudur + Prambanan. Harga combine ticket USD 36 (bayar in Rp). Tapi untuk student bayar separuh harga je USD18 (Rp 208 000). Tapi syaratnya kena tunjukkan kad matrik kita, dorang akan check dulu betul-betul valid ke tak. So kitorang 3 harga student, lagi 3 yang dah bekerja tu standard price. Borobudur and Prambanan ni Unesco World Heritage site, sebab tu lah harga dia mahal cket. Harga untuk local kalau tak silap Rp30k je kot. Tapi jangan lah pulak menipu kata kita ni local ye. 



Dari pintu masuk ke candi nya boleh tahan jauh lah. 


 Excited jugak lah bila dah sampai sini, selama ni tengok gambar je kan. 


Kalau nak pergi Borobudur/Prambanan better pergi pagi-pagi. Orang tak ramai sangat masa tu, pastu nak jalan takde lah panas sangat. 



Time ni dah penat, malas nak jalan dah. Lepak sambil tunggu orang lain habis bergambar. 



 Kitorang spent kat sini lebih kurang 4 jam. Lepas keluar dari kawasan candi tu akan ada pasar-pasar jual souvenir. Boleh beli kat situ, harga ok lah boleh tawar. 

Then kitorang ke Prambanan. Jauh kot Borobudur ke Prambanan ni, dekat 2 jam kot. 

Group photo

Kat sini panas gila aih, sebab tu iols pakai sunglasses. 
Muka terus kena sunburn kat sini




 

Kat sini tak lama sangat kot. So kitorang gerak balik, singgah dinner dulu pastu baru balik bilik. 
Malam tu kitorang keluar cari convenience store, beli roti beli air. 
Hari kedua ni aku and wani sakit perut masuk angin lagi, hadoi. 

Expenses day-2

Puthuk Setumbu : Rp 30 000
Breakfast : Rp 13 000
Borobudur + Prambanan : Rp 208 000
Market Borobudur : Rp25 000
Dinner : Rp51 200
Indo Maret : Rp18 000

Total : Rp 345 200


Okay, till next post.