Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Cameron Highland Family Trip


Hiks.




Family trip ni adhoc trip sebenarnya. Masa tu plannya kitorang  nak pergi kenduri kawen sepupu je kat Kemaman. Awal-awal tu macam taknak join je pergi majlis sebab tarikh dh dekat dengan tarikh nak pergi Tokyo, malas nk cuti lama-lama. Tapi bila fikir-fikir tu pergi je lah, balik Ganu dulu pergi majlis lepas tu boleh gerak ke KL dari Ganu je terus. So khamis malam naik bas dari JB ke KT lepas tu suruh adik ambik kat station bas, petang tu kitorang ke Kemamam. Semua kumpul kt rumah, sekali dengan makcik pakcik sepupu. Konvoi 3 kereta ke Kemaman. 


Aku buat lawak menda ntah masa ni sampai semua senyum nampak gigi


Kitorang sampai pukul 6 lebih macam tu. Lepas tu ke homestay yg bakal pengantin dah book kan utk kitorang. Malam tu tido situ dulu sebabnya majlis esoknya tu Sabtu. Nikah sabtu pagi, kenduri tengahari, petang tu lepas Asar kitorang terus gerak ke Cameron. Awal-awalnya adik perempuan aku ajak ke Gambang waterpark je, boleh budak-budak main air. Tapi fikir gerak dari Kemaman dh petang, tempat tu dh nak tutup mana sempat nak main air. Last-last aku cakap
"Jom gi Cameroon"
"Haa jom!" 
and the budak-budak "Yeayyy" lah. 
Tanya makcik pakcik sepupu diorang okay so apa lagi jom lah. Lepas tu ada sorang lagi cousin dgn anak-anak and mak dia yang jumpa kat majlis kawen tu kebetulan dia nak balik KL petang tu, ajak dia sekali dan dia pon "Jommmm" jugak so konvoi 4 kereta. 
Cousin ni bagitau abang dia dok dekat dgn Cameron, so kita tidur rumah dia lah. Tapi bila contact bagi alamat semua rupanya bukan betul-betul kt atas tu, tapi kt Perak, bawah Cameron. Dalam sejam jugak jarak dia. Sebabkan kitorang nak bermalam kt atas jugak, so iols pon cari lah apartment. Book Parkland Apartment dekat Agoda, RM370 satu malam. Apartment kt area Brincang, ada 3 bilik, setiap bilik ada bilik air. Book dh lewat petang kot, so ambik je mana yg available. Kitorang sampai lewat jugak la malam tu dekat pukul 11 mlm rasanya, sampaikan staf Parkland call tanya bila nk sampai, lepas tu bagi direction sekali. Bagus betul. Hihi.
Bila dah sampai tu, check in semua lepas tu tambah satu lagi unit apartment sebab rasa macam tak cukup je reramai nak dok satu apartment je. Direct macam ni kena RM350 je. Agoda mahal RM20. So, dua apartment kira boleh muat semua orang, selesa lah kan. Dah la malam sebelum tu tidur kt homestay memasing tak selesa sebab tak cukup bilik tak cukup katil. Iols pon terpaksa tidur bawah je. Kali ni nak semua selesa, lagipon semua dah penat gle lagi-lagi driver kesian hihi, sebab tu tambah satu lagi apartment. Bila dah check in memasing dah dapat bilik dapat katil kitorang keluar semula untuk cari makan. Aku dgn adik nak makan steamboat tapi hampeh je sebab dh lewat kan, dh nak tengah malam pon so semua kedai steamboat dh tutup tapi jumpa lah jugak satu kedai ni. Alhamdulillah dia nak terima lagi, walaupon awal-awal tu dia taknak terima bagitau dah nak tutup tapi bila masing-masing buat muka kesian lepas tu budak-budak pon ramai so dia terima jugak. HIHI.
Lepas habis makan meh lah kita balik tido.

Group photo!
Lepas makan steamboat
Dah tengah malam masa ni

Lupa nak cakap kitorang pergi CH ni sebab tak plan kan, so memasing memang takde baju lain. Pakai je baju kurung pergi majlis kawen tu, lepas tu esoknya kitorang pakai balik baju yg pakai masa on the way pergi Kemaman tu. kahkah. 

Kak Chik dgn adik


View dari balkoni apartment weols. Dalam pukul 6.30 lebih-lebih kot masa ni. 


Esok pagi tu keluar pukul 10 terus check out, lepas tu pergi breakfast. Memasing makan berat terus sebab senang kan nak jalan-jalan lepas ni. Time ni aku dok satu meja dengan anak sedara, sarah dengan kak chik. Kak chik nak mee soto dengan teh o ais laici tapi yang sampai nya bihun soto dengan teh o ais. Nak menangis budak tu, tak nak makan. Lepas tu bila pujuk elok-elok akhirnya makan jugak dia. Hai lah kakchik..Elok je lepas breakfast, sepupu yang Abang tu datang dan dia pon follow kitorang sekali jalan-jalan. First tu kitorang pergi Kea Farm kalau tak silap. Ada lah 2, 3 jam je kat situ. Lepas tu nak pergi ladang strawberry, tapi bila masing-masing dah beli strawberry kita takyah pergi lah. Lepas tu ke ladang teh. Kitorang tak pergi banyak tempat pon, ye lah dah berhenti pasar-pasar tepi jalan tu lama lepas tu dh takde masa sangat nak pergi tempat lain. Lagipon kitorang semua tak nak turun lewat sangat nanti sampai lambat. Dekat ladang teh kitorang yg bebudak je yang rajin nk panjat naik atas, orang lain taknak sebab panass gila. Aku pon naik sekejap je untuk ambik gambar, lepas tu turun join diorang semua lepak kt cafe dia minum teh makan kek. Amenda mahal gila teh o je pon, kahkah. 

Chiwan dengan kakak

Kak Chik takde gigi depan, kahkah.


Bebudak kakak, adik, damia anak cousin, kak chik


Lepas dh habis minum teh, pergi surau solat jamak zohor asar lepas tu terus lah bertolak balik. Kitorang balik guna jalan lain pulak, bukan jalan yg naik tu. Balik lalu felda aring-gua musang-tasik kenyir jauh lagi dekat dari jalan yang kitorang naik semalam. Masa balik ni, kak chik nak ikut aku, naik kete kitorang taknak naik kete bapak dia. Kitorang singgah bandar gua musang kejap lepas tu singgah makan kt mana ntah. Adik ipar aku yang bawakkan sebab tempat dia kan so dia tau lah mana yang okay. Lepas tu bila lalu jalan felda aring tu jalan dia boleh tahan bengkang bengkok, boleh pulak kak chik muntah. Ye lah baru lepas makan, dia makan mee sup habis semangkuk lepas tu keadaan jalan pulak macam tu. Sekali dia muntah sikit je, nasib baik sempat tadah plastik. Lepas tu dia muntah lagi banyak gila, lepas tu apa lagi semerbak bau kete. Kete kitorang kat depan, tengah kete adik laki last sekali kete abang ipar. Bayangkan tengah-tengah laju lepas tu terpaksa berhenti sebab semua dalam kete tak tahan bau muntah. Adik ipar aku berhenti je kete tepi jalan lepas tu semua empat-empat pintu kete buka serentak. Terus semua lari keluar kete, mak aku pon dah nak termuntah sekali. Diorang yg follow kt belakang tu dah boleh agak dah, mesti kak chik muntah tu. Memasing punya lah gelak sampai kak chik menangis. Dia tu dh lah jenis hati tisu sikit. Macam aku jugak. Kahkah. Kelakor kot. Nasib baik masa kitorang nak berhenti tu, takde kete lain cuma kitorang je area situ. 


Dia muntah abis keluar mee sup dia! Kahkah.
Dia dari dulu lagi memang senang je nk muntah dalam kete, tapi bila dh besar sikit ni tak dah. Tapi haritu boleh pulak dia muntah. 


Kitorang sampai rumah malam tu dalam pukul 9 lebih, dah lah esok pagi aku nak gerak ke Kl dah, naik pergi Jepungg. Sampai rumah dengan tak packing lagi lepas tu nak basuh baju-baju lagi. Kalau basuh kt rumah rasa macam tak sempat je nak kering. So keluar lah jugak malam tu pergi dobi basuh baju keringkan sekali senang. Masa tu serius penat gle rasa badan, sebab rasa macam banyak habiskan masa atas jalan je kan. Mak aku siap tanya lagi tak penat ke? Baru balik takde rehat lepas tu terus nak pergi jepun. Badan memang penat tapi happy je, hihi.

Ni kali pertama kitorang jalan-jalan complete semua ikut sekali. Biasanya kalau pergi memana adik laki aku tu jarang sgt nak ikut. Walaupon sekejap je, tapi tetap rasa satu memori terindah, haa gitu. :D Kitorang sebenarnya plan nk pergi Sabah tahun ni, tapi tak jadi. 
Dan yang penting sekali, trip kali ni takde guna duit aku satu sen pong! kahkah.


Parkland Apartment
Okay lah apartment ni. Atas bukit, cantik jugak.


Spot me! Hiks. 

Thursday, September 27, 2012

Cameron Highlands




Final part of the trip, fuh!


After having our Pasempoq and the mee udang and also drama of 'cari toilet' kitorang di Padang Kota Lama, Penang kitorang bertolak keluar dari pulau around 2.00 am. Wey apalah tempat awam ramai orang macam tu toilet semua tutup??

Dalam pukul 3 am lebih kot, kt highway we bumped into an accident and we're first to arrive there! Masa tu takde sesapa tolong the mangsa accident tu, then driver bas kitorang berhenti dan tolong mangsa. Kereta memang hancur dan alhamdulillah semua mangsa selamat. Kereta viva memang betul-betul hancur lah. Tengok keadaan kereta tu macam tak yakin je boelh selamat kot.


Pukul 5 lebih ( not remember the exact time), sampai Cameron Highlands. Its been 10 years since the last time i went there. Last pergi 2002, form 2. Singgah masjid untuk solat mandi semua. Tapi ada ke yang mandi masa tu? Sejuk gila kot! Sentuh air dah macam ais. Lepas settle semua, singgah mamak breakfast, disebabkan perut masuk angin and takde selera sangat nak makan plus im not really into mamak, aku order maggi aje. Tu pon dop habis makan. 

 Comel betul si Qusyairi ni, geram tengok dia okay! Belom setahun lagi tapi bukan main aktif lagi.

 First stop, bee farm? 
Aku pon tak faham kenapa perlu melawat tempat ni. Kahkah
Second stop, ladang strawberry.
Pergi Cameron Highlands, haruslah pergi petik strawberry sendiri kan
Kitorang petik 1kg ++, RM60
Kongsi 3 kot


Last stop, Cameron Valley the ladang teh and bought 3 kotak teh. 
1 untuk family, 1 untuk rumah kakak, 1 untuk cousin

 




Then, dalam pukul 1 lebih (kot) dah turun dari Cameron, ada miscommunication cket dengan the driver masa ni so tentatif kitorang untuk ke Air Panas Simpang Pulai tak jadi, terus lah balik JB. Singgah Damansara hantar Mutia dan dalam pukul 8 sampai UTM. Selamat lah sudah trip kami. Esoknya pergi lab jumpa supervisor untuk discuss paper.

p/s : 3.12 am, nak sambung mengadap paper kejap dah alang-alang mata tak mengantuk lagi ni.