Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Langkawi Part 2- Island Hopping

Second day.
Started with no taxes McD breakfast. Seronoknya hidup tanpa taxes kan? McD Underwater World dengan tempat penginapan kitorang dekat aje so pagi tu aku and the gang breakfast McD. 

Lepas tu, kumpul untuk aktiviti hari ni. Island Hopping, RM24 per head. Tiga destinasi, Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah. 


Guna dua bot je, sebab tak semua yang pergi. 


First stop, Pulau Dayang Bunting. 

 
See the shape of that pregnant-woman-like island?
The Island of Pregnant Maiden

 


 


Singgah tasik Dayang Bunting for two hours, ada yang mandi. Aku and the gang bergambar aje sudah. 


Tasik Dayang Bunting

 
Gangnam lah sangat. HAHA


Then, gerak ke tempat Eagle Feeding. Tengok aje burung helang tu, takde bagi makanan pon.

Last, Pulau Beras Basah. Ramai yang bermandi-mandi. Pantainya Subhanallah cantiknya. 

 
Ramai yang mandi, tapi as usual aku and the gang bergambar je. Tengok orang bermandi-manda je. Tourist-tourist kat sini memang semua berbikini lah. Segan ai nak tengok. 

 

 

Lepas dah spend dua jam kat sini, kitorang balik. The tour agent ada jual souvenir yang printed gambar kita, so sapa nak beli bolehlah RM10 satu. Bila semua beli, aku pon beli lah walaupon aku tak berkenan langsung gambar tu. Tak sedar bila lah dorang snap gambar tu. Huhu.

 
Parasailing, teringin sebenarnya nak cuba tapi mahal la pulak. Cancel.
Then, petang tu adalah aktiviti sendiri. Satu group pergi bermandi-manda kt Langkawi Falls tu, tapi aku bertiga Shaf dan Mutia decide untuk ke Langkawi Underwater World. Sari stayed kat bilik siapkan kerja dan study untuk conference dia. Tiket RM 28 for Mykad holder. Untuk Mutia RM35 kalau tak silap. Tapi memandangkan aku yang beli, wakil dan dorang ak mintak IC pon so Mutia dapatlah harga RM28. 

Awal-awal masuk, semua kagum. Bukan main panjang Wahhh nya tu tapi bila dah hujung-hujung. Hmm bolehlah.Untuk kids sesuai lah. 


Then, malam pulak kitorang plan untuk bershopping di Pekan Kuah. Tapi dah bertolak lambat, so banyak kedai dah tutup. So we decided untuk lepaking kat Dataran Lang je. Kitorang pergi satu van je. Lagi satu van dorang ronda mana ntah. Kali ni the driver is Tina. 



The fotographer merangkap driver kitorang, Tinagaran. Kesian gambar selalu takde so tangkap gambar sendiri je lah. Yang penting, belakang tu masuk sekali. HAHA.
Si Tina ni bagus. Mahir dgn jalan Langkawi, padahal ni kali kedua pergi. Bila kitorang minta dia bawa pergi Makam Mahsuri, Beras Terbakar semua dia ikut je. Tapi memalam mana lah bukak, its okay tengok pintu je dah cukup. At least pernah sampai kawasan situ.Sebab nak pergi time siang memang dah takde masa dah.

End of day two.

Langkawi Part 1- Pantai Cenang

Cerita Langkawi,
First day bertolak dari UTM around 8.30 pm, then singgah rumah Ketua Jabatan, Dr H dulu untuk makan malam. Dalam pukul 9 lebih bertolak ke Langkawi. Singgah RnR Dengkil dalam pukul 2.00 am tunggu pick up Mutia. Dia sanggup terbang dari Jakarta untuk join trip ni. Perjalanan untuk ke Kuala Perlis sangat lah panjang, lebih kurang 12 jam kot dalam bas. Sampai Jeti K.Perlis around 10 lebih. 

Trip kali ini adalah kami, student Postgrad PPI (Fiza KB bawa mak dan adik dia, Ida bawa adik dia), Head of Department and family, Lecturers and family,technitions and family dan sorang staff office.

Okey, ini first time aku sampai Perlis dan Kedah dan Penang.
Nampak Unimap dekat Arau kot, eh apesal kecik sangat ni. Rupanya bukan main campus. Unimap ni berselerak.

Then naik feri untuk ke Pulau Langkawi, perjalanan was about 45 minutes. Sampai aje Langkawi kitorang bahagikan kepada 4 group sebab sewa 4 buah van. Plan asal 40 orang tapi perginya dalam 20 lebih je kot. Sebelum ke hotel kitorang singgah makan tengahari dulu then terus ke hotel/resort di Pantai Cenang. We stayed at Pantai Cenang. 

Balik bilik rehat kejap then buat apa yg patut lepas tu pukul 3 lebih kitorang keluar jalan-jalan. Kali ni 2 van je sebab tak ramai yg ikut. 

Van members, the Mak dan anak-anak. Tudung biru depan adalah Mak kepada Fiza. Muka kami bertiga adalah sentiasa di seat belakang. Kahkah. 

Driver kami pada hari pertama, Ady. Junior lab sebelah.

 
First stop, tepi airport. Tengok kapal terbang, the kerbaus, the lembus..banyak betul species dorang ni kt tepi jalan. HAHA.

 


Then, Langkawi Falls. Bergambar tepi jalan je, malas nak masuk dalam.

 
Pose 'cun' dari kami
HAHA
Buruk benor

Pastu singgah pantai apa ntah. Bergambar aje.


 


Jalan-jalan ronda-ronda je untuk first day. Bila dah petang dan dah penat melekit semua kitorang balik. Tapi van kitorang sempat singgah gerai tepi airport dulu, Mak Fiza belanja minum air kelapa/cendol. Aku je yang tak minum kot.

Balik bilik kitorang berempat, Sari Shaf dan Mutia jalan-jalan kt pantai. Tengok macam best je so kitorang tukar baju dan mandi laut. Best kot mandi situ main-main ombak. 

Malam tu kitorang semua ke Restoren Hj Jailani untuk makan malam. Not recommended! Service teruk gila, mungkin kitorang in a big group kot tu yang kelam kabut cket tu. Tapi staf-staf situ pon hampehs, semua orang Siam kot. Senyum pon non hado! Makanan tak okay service tak okay. Lepas habis dinner, aku and the gang singgah la kt Pantai Cenang. Ronda-ronda area situ masuk kedai tengok apa yg berkenan. 

 
Masuk kedai ni aku dapat keychain free. Tetiba je sorang laki ni bagi keychain free lepas aku bayar harga barang yg aku beli. Dia kata kedai ni atuk dia punya. Then apa lagi, dh alang-alang orang nak bagi free kan, aku suruh la dia bagi kt semua kawan aku empat lima orang yg dah tunggu aku kt luar tu. Nasib baik dia bagi kt semua. HAHA. Rezeki. 

Then, masa ni lah kami dapat berita sedih pasal Aban tu. Keputusan dia untuk tak ikut trip  ni last minute adalah tepat. Kami semua pun turut bersedih sebenarnya.


End of the day one.