Seoul aku datang! Hiks.
Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik trip ke Seoul ni. Trip ni 3 minggu lepas balik dari Kuching. Berjalan je kerjanya dalam masa sebulan dua ni. Tiket dah beli tahun lepas, self reward kononnya sebab beli tiket hasil dari duit claim publish journal IF. Alhamdulillah. Ni trip solo kedua tapi first solo untuk oversea. Dedulu solo kat Kuching je, tahun 2013. Slow-slow buat preparation, study betul-betul, plan itenerary semua.
Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik trip ke Seoul ni. Trip ni 3 minggu lepas balik dari Kuching. Berjalan je kerjanya dalam masa sebulan dua ni. Tiket dah beli tahun lepas, self reward kononnya sebab beli tiket hasil dari duit claim publish journal IF. Alhamdulillah. Ni trip solo kedua tapi first solo untuk oversea. Dedulu solo kat Kuching je, tahun 2013. Slow-slow buat preparation, study betul-betul, plan itenerary semua.
Hujan lebat.
Ambil flight dari JHB-KUL malam sampai KLIA2 pukul 11 macam tu. So malam tu tido kat airport sajo. Risau jugak sebab first time nak tido kat airport ni. Tapi okay je walaupon dah lewat tp airport tu ramai je orang. Aku pi tidur surau kat aras 2, ramai je yg tido situ. Flight pukul 8.00 am, soknya tu pukul 5 lebih aku dah ke departure hall, lepas settle document check immigration semua 6 lebih masuk surau untuk solat subuh. Then terus ke gate, punya lah jauh aih jalan. Masa tengah tunggu boarding tu hujan pastu kilat guruh kuat gle. Debor jugak tengok cuaca macam tu. Dah masuk dalam kapal tu flight delayed lama jugak lah, hujan lebat sgt. Traffic jem kejap kat runaway hihi. Tapi yang bestnya flight tak full! Banyak gila seat kosong. 3 rows depan dan 3 rows belakang semua kosong. Sebab aku pilih seat bahagian tengah-tengah. Yang bahagian depan dan belakang ramai je. Apalagi, conquer lah semua seat, baring! HAHA. Best gle wooo seat kosong, first time kot. Tak ramai yg pilih flight pagi maybe sebab taknak rugi masa, baik pilih flight tengah malam so sampai esok pagi. Kalau flight pagi sampai petang, dah rugi tak boleh jalan dah untuk hari tu.
Takde keje. Tunggu kapal lambat sangat nak depart.
KUL-ICN dalam 6 jam 20 minit macam tu. Dalam flight tak tidur sangat pon, kejap-kejap je. IFE takde so membaca lah kita. HP save bateri. Siap boleh baca journal lagi. Sekarang pegi memana pon mesti nak kena bawak paper, nak study kononnya. Takde lah rasa bersalah sangat kan. Sampai ICN dalam pukul 4 ptg macam tu, excited tengok healthy blue sky almaklumlah Malaysia jerebu tak habis-habis lagi. Tapi excited lagi bila tengok bumi Korea, HAHA. Sampai Incheon bila keluar kat arrival hall tu tengok ramai plak orang nunggu siap kamera, kamera tv semua. Ada apa ntah. Pastu terus masuk convenience store untuk beli T-money. Harga T-Money W2500 topup sekali W25000. Lepas tu ambik tren untuk ke Itaewon. Ambil tren biasa (Airport railway, Arex) je bukan Express. Express direct terus ke Seoul Station, mahal cket lah. Kena tukar line sekali, tukar line 6 kat Geongdok pastu terus berhenti kat Itaewon Stn. Nak tukar line dia mak aih jauhnya kena jalan. Kat airport pon satu hal, jauh gak kena jalan tapi kagum kejap iolss dgn ICN. Besar dan cantik. Untuk memudahkan kita tengok route subway, jangan lupa install app 'Subway' by Malang. Colour kuning. Complete semua maps subway route, in English. Senang.
Safely landed.
ICN. Excited betul bila dah landed.
Perjalanan dari airport ke Itaewon sejam lebih. Sampai Itaewon dah gelap masa tu, 7 lebih rasanya. Nak mencari GH lagi, dah ada direction semua tapi a bit worried jugak lah. First day sorang-sorang malam plak tu. Itaewon ni kawasan berbukit. Mencabar jugak lah nak mencari GH. Ada lah cket sesat sebab tersalah masuk lorong, bahaha. Sampai kat rumah tu tengok gelap gelita. Risau kejap, tengok alamat dah betul. Lepas tu text owner bagitau dah sampai, rumah gelap takde orang. Then owner bagi password rumah, katanya takboleh nak welcome sbb dia kerja. Aku okey je asalkan dah selamat sampai dan boleh masuk rumah nak berehat sbb penat gila. Pastu tanya takde orang lain ke kat rumah, takut gak kalau kena duk sorang-sorang dalam satu rumah tu. Katanya ada lagi 6 orang maybe belom balik la tu, semua perempuan, orang malaysia. Kaklong GH tu ada 3 bilik, 1 bilik 4 orang dan 2 bilik 2 orang. Dalam 2 malam tu aku dok sorang-sorang je kat bilik tu. Tengah-tengah rehat hilangkan penat sambil tengok tv lepas tu group 4 orang ni balik. Berkenal-kenalan dgn diorang. Dorang student belajar kat UK tengah summer break. Umur baru 21 tahun semua. Lepas tu lagi dua orang balik, kerja nurse umur 23 tahun. Jadi lah kakak skjp hehe. Kat Kaklong GH ni semua benda disediakan, nak iron baju ke nak basuh baju ke, nak masak pon boleh. Selesa lah stay sini.
Malam tu aku keluar cari makan, tak makan pape lagi lepas makan nasi lemak pak nasir dalam flight. So keluar cari kedai halal. Jalan dekat-dekat je sebab dah penat dan malas. Jumpa kedai kebab beli je lah kebab w5000 satu. Pastu masuk supermarket beli buah, air mineral. Nampak banana uyu ada promotion, beli 4 w2910 je. Murah gle tu sebab satu je dah W1200. Ramai duk cakap banana uyu tu sedap. Walaupon aku tak minum susu tapi aku beli jugak 4 (2 tinggal dalam peti ais kaklong, 1 bagi kat budak masa kt airport, lagi 1 aku minum tak sampai setengah masa tunggu flight nak balik malaysia, kahkah). Tapi memang sedap weyy. Lepas settle semua terus balik GH makan sambil tengok tv. Makan kebab tak habis. Kat Malaysia pon aku bukannya suka kebab. Korek buang isinya makan kulit aje boleh lah. Ok tu je untuk hari pertama.
Perbelanjaan untuk hari pertama:
T-Money + Topup = W2500 + W25 000
Kebab = W5000
Banana Uyu + Anggur + Air Mineral = W6410
Total = W38 910.
Hari kedua, plan aku ke Suwon. Suwon ni terkenal dgn Hwaseong Fortress, UNESCO world heritage site. Pagi tu sebelum keluar aku breakfast milo dgn megi cup dulu (takde lah pagi sangat pon sbb lepas Subuh tidoo balik, hiks). Nak ke Suwon ni, dari Itaewon Stn (line 6) - Samgakji Stn (tukar line 4) - Geumjeong Stn (tukar line 1)-Suwon. Sejam lebih jugak lah baru sampai Suwon. Follow je app 'Subway Korea' tu, insyaallah tak sesat. Cuma nak tukar line tu lah mencabar cket sebab jauh gle kena jalan tapi tak susah pon sebab ada direction dalam English. Sampai Suwon Stn, keluar kat Exit 5 dan terus cari Tourist Information Center. Dia ada kat bahagian luar sikit. Kebetulan masa sampai kat center tu, ada group dari Thailand. Dorang pon nak ke hwaseong fortress ni. Officer kat situ akan explain in English, dia akan bagi map dan juga no bas. Tunggu bas kat bus stop betul-betul depan info center ni.
Nampak Paldalmun ni, turun dari bas. Bas akan berhenti area Paldalmun Market.
Dalam bas kat Suwon ada free wifi.
Untuk first stop, aku nak ke Paldalmun (south) gate. Gates lain Janganmun (north), Changyongmun (east), Hwaseonmun (west). Banyak bas boleh naik (kertas no bas yg officer tu bagi dah hilang mana ntah, hiks), aku naik bas No 13. Follow je lah group Thailand ni. Bus akan stop kat Paldalmun. Sampai sini kita akan jalan kaki untuk ke tempat-tempat dalam peta tu. Hwaseong Fortress ni mmg kawasan yg besar la, so amik masa satu hari utk cover tempat ni. Sampai kat Paldalmun, aku berpisah dgn group Thailand ni. Dorang pergi tempat lain dulu, aku pergi area Seojangdae dulu. Punya lah tinggi naik tempat ni, dua tiga kali jugak lah berenti rehat ambik nafas, bahaha.
Ni lah jalan ke Seojangdae ni. Tinggi gle aih. Rasa macam jalan tiada penghujung je.
Tapi sampai atas, wahhh cantiknyaaa!
Suwon city view.
Tapi aku tak pergi till the end of the road pon, sebabnya jauh sangat dan aku nak pergi tempat lain plak iaitu Hwaseon Hanggung Palace. Masa aku pergi tu entrance fee free je. Turun dari tempat ni, belok kiri jalan dalam 15 minit. Lalu kawasan jalan belakang, cantik plak macam street art.Tempat shooting Jewel in the Palace kat sini la. Excited masuk palace ni. Peminat kdrama lah katakan. kahkah. Ronda-ronda kawasan situ lepas tu terserempak plak dgn group Thai tu.
Pintu masuk palace. Ada dua orang guard jaga.
Dae Jang Deum
Lama jugak lah spend time kat dalam palace ni. Habis segala ceruk jugak aku jelajah sorang-sorang. Bila penat rehat kejap pastu jalan lagi. Sebenarnya aku tak cover semua tempat pon dalam maps yg dorang bagi. Sebabnya tak cukup masa dan kaki dah penat. Tak sempat nak pergi gates-gates lain. Kalau berminat nak main traditional archery pon ada kat sini, jauh sikit lah dari palace.
Masa nak balik ke Suwon Stn ni, naik bas tengok je signboard. Kebanyakkan bas memang akan pergi ke Suwon Stn. Boleh tanya pada driver bas jugak utk confirmation. Bayar bas pon guna T-Money ye. Then bila dah petang tu aku balik semula ke Itaewon.
Ke Paldalmun gates. Cari bas nak ke Suwon Stn.
Masa keluar dari Exit subway kat Itaewon Stn tu, ada student Indonesian tegur. Laki. Dia tanya tau tak masjid kat mana. Aku cakap tak tahu baru sampai semalam tak sempat lagi nak ronda-ronda Itaewon. Dah alang-alang aku pon tak tahu masjid kat mana, so aku follow je lah dia cari masjid sama-sama. Dia baru sebulan register kat Sejong Univesity, ambik master. Baru 23 tahun. Dah lah memasing handphone takde internet. Kitorang pergi coffee shop yang ada wifi then google lah. Dapat internet dapatlah google masjid. Sampai masjid kitorang pisah. Dia bagi fb dia suruh add. Central Mosque Itawon ni dari Exit 3 straight je pastu ke kiri pastu ke kanan. Naik bukit boleh tahan jugak lah.
Pintu gerbang ke Central Mosque Itaewon
Central Mosque
Kat masjid lepas dah solat jamak Asar + Zuhur, rehat kejap. Ada family dari Kelantan, sembang kejap then aku gerak cari kedai makan. Iolss lapar, belom lunch lagi. Padahal dah pukul 6 lebih kot time tu. Target nak cari Eid Restaurant, tapi terjumpa Makan Restaurant. Another halal korean food restaurant. Staf restoren ni Indonesian dua orang. Student. Tukang masak dia Korean. Aku order ojibggo (spicy squid). Kat sini ada 6 side dish.
Sedap woo. Tapi banyak sangat. Last-last tapau bawak balik, add on satu nasi lagi. Side dish tu 3 je yang aku makan; ikan bilis, seaweed, dengan hujung tepi tu tak tahu lah apa. Rasa macam sedap je. Kimchi rasa sikit je.
Lepas habis makan sebelum balik GH, ronda-ronda area Itaewon kejap. Itaewon ni memang tempat foreigner. Makanan halal pon banyak. Dan lagi satu, kebanyakan orang yg aku jumpa mesti tanya aku student kat Korea ke? Perempuan bertudung confident jalan sorang-sorang, mesti orang anggap student sana kan. How i wish to lah kan, hihi.
Perbelanjaan hari kedua
Air Fanta Oren = W1300
Makan = W10 000 + W2000 (add on nasi)
Total = W13300
No comments:
Post a Comment