Saturday, October 3, 2015

Lundu, Sarawak

Hai.
Adhoc punya trip. Tetiba rasa nak pergi Kuching bila Sari upload gambar dia jalan-jalan dengan Shaf, iolss jeles HAHA. So apalagi, bila orang-orang di Kuching dah bagi green light terus ajak Wani pergi Kuching. Tengok tiket dalam less than RM180 untuk return trip JHB-KCH, apa lagi kan. Punya lah susah Wani nak dapat permission dari parents dia, dah beli tiket baru bagitau. Aku memang dah biasa buat macam tu so no problem la. HAHA.

Tiap-tiap tahun ke Kuching. Tapi kali ni kitorang pergi Lundu. Total 5H4M, Pergi Khamis petang balik Isnin pagi. 2 malam kat Kuching 2 malam kt Lundu. Dah lama kan teringin nak melawat kampung Shaf, hihi. Kebetulan weekend tu Sari tak balik Rawang, Shaf pon okay so ke Lundu lah kita berempat. Habis lab hari Khamis kitorang bertolak, spent satu malam kt Tune Hotel waterfront, Jumaat petang lepas habis office hour Shaf datang jemput kitorang kt hotel then ambik Sari kat ofis dia, then terus gerak ke Lundu. Malam jugak lah kitorang sampai kt tempat penginapan; Taman Negara Gunung Gading. RM20 per pax for 2 nights. Jimat, hihi. Kitorang duk satu bilik 4 orang, katil double decker, toilet kat luar. Kira murahlah sangat tu kan. Tapi nak masuk taman negara ni ada entrance fee RM10 per pax. Lepas dah settle check in semua kitorang dinner kat open air.  


  Pukul 6.30 am, dah cerah dah pong. Tenang je suasana sini.


Malam tu takboleh tidur, dah la tidur lambat semua duk sembang tak habis-habis. Biasa lah lama tak jumpa kan, banyak benda betul nak bercerita. So pepagi tu dalam pukul 5 lebih terjaga, terus bangun solat subuh semua.  Lepas tu tak tidur dah, keluar bilik ambik angin hihi. Dalam 6.30 am macam tu Shaf ajak keluar jalan-jalan area situ, pergi tengok sungai kat belakang chalet kitorang. Then budak dua orang pon join jalan-jalan berposing sana sini lah. Lepas dah puas bergambo kitorang keluar beli beli breakfast kt pekan lundu. Semua beli nasi lemak.


 
 4 of us :)


Lepas dah kenyang semua kitorang decide nk mandi kat waterfall, tengok sungai kt belakang ni macam tak berapa menarik so kitorang decide untuk hiking sikit untuk ke waterfall kat atas gunung gading tu. Ingatkan sikit jee hiking tapi boleh tahan jugak lah jauhnya. Waterfall dia tak besar sangat pon, tapi bolehlah rasa air terjun sejuk dari atas gunung hihi.
 
 
Kitorang tak naik sampai peak pon.


 
Sejuk ohh air dia

Ini lah Gunung Gading kebanggan Shaf. Hiks.

The next day tu aktiviti kitorang pergi Sematan, Tanjung Purun dan juga Pantai Pandan.Time ni Sarawak dah kena jerebu. Awal-awal tu pelik jugak, bila sampai Sematan. Apesal macam jerebu je ni. Nak ambik gambar laut pon tak cantik.

Sematan. Hazy.

  

 
Tanjung Purun. Kawasan sawah padi.
Kalau musim sawah padi ni cantik kawasan dia.


 

 
Pastu beli tembikai makan atas batu kat Pantai Pandan, sambil tengok orang mandi
Ramai jugak yg mandi sini. Tempat lepak Shaf dedulu ni, haha.

Dan,  on the way nak balik Kuching, kitorang singgah kat gua fairy dan Pasar Serikin. Survey songket sarawak sini lagi murah dari kat main bazar.

Dan akhir sekali singgah samarahan beli kek lapis dgn ikan terubuk yg mak iols kirim. Then shaf hantar Sari apartment dia lepas tu hantar kitorang kat hotel. Kitorang stay hotel dekat airport sebab esok pepagi dah nak ke airport. Flight awal pagi, dalam 6.30am kitorang dah pergi airport.

No comments: