Thursday, June 22, 2017

Tokyo - last part!

Okay. 
Finally, last part. 


Hari terakhir di Tokyo, kejap betul rasanya dah nak kena balik Malaysia. Sobs. 

Hari terakhir tu awal gle keluar sebab nak kejar train sebelum 6.08 am, supaya tak terlepas bas pukul 7 am. Masa beli tiket bas ke kawaguchiko tu, staf dah siap bagi note masa train depart. Ada 3 choices je untuk make sure sampai Shibuya sebelum 7 am-> 5.55 am, 6.01 am, 6.08 am. 


So pagi tu check out 5 lebih, tinggalkan backpack kt hotel, pastu jalan ke station kemain laju gila berdebar terlepas train/bas. Jarak hotel ke Asakusa station Ginza line tu boleh tahan jauh, dalam 10 -15 minit jalan. Jauh jugak. Kalau Khoasan gh tu dekat je, jalan 2 minit dah sampai. Masa tu alhamdulillah sempat ambik train pukul 6.01 am. Train of course lah on time, depart 6.01 am sampai Shibuya 6.32 am. Masa sampai Shibuya tu, banyak kedai-kedai tak bukak lagi. Tempat bas depart tu tingkat atas, bahagian City hall ke city mall, lupa dah, so bila cari tangga/lif ke tingkat atas, tak jumpa. Tanya Guard yang ada situ, walaupon cakap macam ayam itik tapi akhirnya aku paham lah jugak, tangga tu bukak pukul 6.45 am. Dia bersungguh explain awal-awal tapi aku tak paham, siap tunjuk tangga dgn tunjuk jam semua. HAHA. So tunggu je depan tangga tu, bila dah bukak tu terus ke tingkat paling atas, level 5. Alhamdulillah jumpa tempat bas tu sebelum pukul 7 am. Sementara tunggu bas depart, masuk waiting room dulu. Sejuk weh. Berkenalan dengan 2 orang kakak ni dari Malaysia. Naik bas yang sama. Dorang ambik tiket balik ke Tokyo semula pukul 5 pm, aku balik 2 pm. Tepat 7 am bas gerak. Takde tunggu-tunggu orang dah. Lewat kena tinggal lah jawabnya. Perjalanan Shibuya ke Kawaguchiko dalam 2 jam. 



Bila dah naik kawasan tanah tinggi tu, baru ada salji tepi-tepi jalan. Haaa speechless kejap sebab ni first time aku tengok real snow. First time weh, ofcoz lah excited! Serius cantik sangat. Lepas tu dari jauh dah nampak Gunung Fuji, serius time tu rasa macam nak menangis pon ada. HAHA. Rasa bersyukur gila sebab dapat tengok view cantik macam tu, bersyukur sebab ada rezeki and ada peluang jejakkan kaki ke Jepun sebelum tutup mata utk kali terakhir. Eh ter-emo pulok, hiks. Bas akan  berhenti di Fuji Q highland dulu, ni sapa-sapa nak main dekat theme park boleh pergi sini. Roller coster dia menggerunkan, memang impossible aku nak naik benda tu. Lepas dah drop orang di Fiju Q, lepas tu bas akan berhenti di Kawaguchiko Station. Masa ni kat kawasan Kawaguchiko salji banyak yg dah cair, tapi still ada banyak lagi dekat kawasan rumah-rumah penduduk situ, tapi dekat station dah takde. Suhu masa tu ofcoz lah bawah 10c, sejuk gila. 





Sampai dekat Station Kawaguchiko, beli tiket untuk shuttle bas. Shuttle bas ada 3 line kalau tak silap, blue/green/red line. Aku ambik red line, harga 1500 yen untuk 2 hari. Tiket takde untuk sehari so kena beli untuk 2 hari. So bila dah beli tiket, ambik map Kawaguchiko/Fuji so boleh lah pergi mana yang uols nak pergi. Staf akan bagi recommendation station mana yang patut kita pergi untuk dapatkan view Fuji/tasik yang cantik. Route bas tu ada station-station dia dari station 1 sampai station 23 kalau tak silap. Station yang paling dekat dengan Fuji hanya buka masa masa Summer saje, season lain tutup. 


Kawaguchiko Lake









So masa tu lepas beli tiket terus beratur naik bas. Masa ni tak tau lagi nak pergi stesen berapa, tapi staf jual tiket bagitau stesen 22/23 view cantik. So naik bas je alh dulu, sampai kat area kawaguchiko lake kat stesen 11 kalau tak silap, aku rasa macam cantik je so turun lah situ. Plannya nak singgah kejap je area situ. 




Station 11.
View tasik cantik, ada cable car. Tapi Fuji tak nampak lah.

Jalan-jalan kawasan sini terjumpa kedai halal. So masuk situ untuk lunch
Tapi staf kedai tu bagitau tak ambik order sebab dia tengah siapkan party untuk group
Malaysia/Indonesia. Tapi dia offer untuk take away je, bila fikir kan kalau take away, nak makan 
kat mana, dah lah sejuk kat luar tu. So cakap taknak, takpe cancel.
Bila nak pergi tu dia panggil balik, bagitau boleh makan situ tapi kena
makan cepat-cepat sebab party tu start pukul 11 am, masa tu ada lah lebih kurang 30 min ++ lagi.
So aku setuju, order nasi dengan kari ayam.
Dia tak habis-habis rekemen kan nasi beriyani, tapi aku tetap nak nasi putih jugak
Kahkah.
Saya tak suka nasi beriyani pakcik.
Tak ingat lah dia tu dari negara mana, iran ke bangladesh ntah. 
Kari ayam dia sedap! 
Rasa mcm makan kat Malaysia, hihi. 




 
Okay dah habis makan keluar jalan-jalan. Masa tu cuaca gloomy je. Tak lama lepas tu hujan pulak. Dah lah takde payung. Dengan cuaca sejuk lepas tu hujan lagi, rasa mengigil dah masa tu. Nak jalan pon tak boleh dah. Lepas tu nak tunggu bas untuk pergi station lain pon tak boleh sebab hujan, tempat tunggu bas tu takde tempat berteduh pon. Lepas tu lepas fikir kejap tu terus decide untuk ke Kawaguchiko station semula. Tunggu bas seberang jalan, tumpang berteduh dekat resort mana ntah. Lepas tu kan, lamaa gila lah tunggu bas sebab bas full sampai ke pintu so tak boleh masuk. Terpaksa lah tunggu next bus. Sampai ke Kawaguchiko station dalam pukul 12 lebih masa tu. Disebabkan cuaca tak okay, hujan je lepas tu gunung fuji pon tak nampak so terus decide untuk balik ke Tokyo awal. Tanya kaunter tiket tu boleh tak nak tukar tiket lagi awal, sebab dah beli pukul 2 pm, tapi nak tukar 1 pm. Nasib baik boleh je, takde kena bayar pape pon. Sementara tunggu bas, terjumpa lagi kakak 2 orang tu, dorang pon frust sebab tak nampak gunung pastu hujan, so decide untuk tukar tiket awal jugak, pukul 1 pm. 


 Snow dah cair dekat Kawaguchiko Stn.

Sampai Tokyo pon hujan jugak.
Terpaksa lah iols beli payung



Shibuya crossing


Sampai Shibuya dalam pukul 3 lebih lepas tu beli tiket bas ke Haneda airport pukul 8 pm. Ada masa lagi sebelum pukul 5 so decide untuk ke Ameyayokocho Street dekat Ueno sebab nak cari beg Anello dengan cari helmet adik ipar suruh. Sebelum ni jumpa beg Anello kemain mahal sampai 4500 yen. Alhamdulillah jumpa yang murah dekat Ueno, 3800 yen, colour merah. Apalagi terus lah beli. Lepas tu cari helmet tak jumpa-jumpa pon. Lepas tu jumpa strawberry besar harga 700/800 yen kalau tak silap. Beli satu pack makan dalam bas. :D



Tokyo Tower. 
Dalam bas dari Shibuya ke Haneda. 


Okay habis akhirnya!


Insyaallah ada rezeki nak pergi jepun lagi. 
Pergi sekejap je so banyak tempat tak sempat cover
Serius Jepun best, lagi best dari Korea weh. 
HIHI.

_________
Overall budget RM2800
Tapi ada balance lagi dalam lbh kurang 5000 yen. 
:D

Sunday, June 4, 2017

Tokyo, Japan Part 3


Okay sambung.
Hari yang ke berapa dah ye? 3?4?


Okay third day, hari tu banyak tempat jgk la iols cover. 
Sebelum keluar pagi tu, dah check out siap-siap sebab aku akan tukar tempat penginapan. Pindah ke Hotel Wasao Asakusa. Bagpack boleh tinggal je situ dulu nanti petang baru ambik. 

First, Shinjuku. Dari Asakusa Stn ke Shibuya Stn, lepas tu ke amik JR YamanoteLine ke Shinjuku Stn. Plan ke Shinjuku sebab nak cari tiket bas ke Mount Fuji, nak pergi petang tu. Tapi sampai Shinjuku Stn tu, nak mencari tempat jual tiket bas tu mak aih berpusing-pusing iols. Shinjuku Stn ni besar, banyak line ada. So memang boleh sesat lah dalam tu. Lepas tu bila dah jumpa tempat jual tiket bas tu, tiket semua dah habis untuk hari tu so terpaksa lah beli untuk esok pagi. Tempat beli tiket bas dekat Tourist Info Center. Boleh pilih sama ada untuk naik bas di Shibuya ataupon Shinjuku. So iols pilih Shibuya je, sebab lebih dekat. Lagipon rasa mcm dah agak familiar dgn Shibuya berbanding Shinjuku yang confirm akan sesat nak cari mana tempat nak depart tu. kahkah. Tokyo -Kawaguchiko, tiket return 3600 yen (1800y one way). Depart pukul 7 a.m dari Shibuya Stn, Gerak balik pukul 2.30 pm. Tanya staf jual tiket tu snowing tak esok dekat kawaguchiko, katanya weather forecast snowing pukul 3.00 pm. Tak sempat nak tunggu. Tapi kawasan situ still ada snow lagi. Okay lah tu. Okay settle beli tiket, decide untuk ke Harajuku, dah alang-alang dekat kan. Satu station je dari Shinjuku ni. Dekat Harajuku yang famous nya mesti lah Takeshita street. Crowded shopping street yang bila weekend je akan ada ramai golongan muda-mudi yang pakai costume pelik-pelik. Sebab masa aku pergi tu weekdays so takde jumpa yang pelik pon. Tapi weekday pon still crowded, ramai gle manusia. Tempat tu mmg heaven lah bagi kaki shopping, macam-macam ada kot. 


Takeshita Street

Jalan-jalan area sini, rasanya aku beli souvenir kat sini. Murah lah jugak 100y seketul. So beli 10 ketul 1000y untuk benda gantung mcm keychain tu. Lepas dah abis jalan-jalan sini, aku ke Yoyogi park untuk Sakura hunting. Jalan kaki saje, ada lah dalam 20 minit kot cari jalan berenti kejap bagi kaki rest. kahkah. Untuk direction seperti biasa follow Google Maps shj, insyaallah tak sesat. Sebelum sampai Yoyogi Park ni, akan lalu kawasan Yoyogi Stadium. Dari jauh macam cantik je, so pergi lah dekar kawasan situ untuk ambik gambar. 


Stadium ni bertentangan dengan Yoyogi Park, untuk ke park kena guna jejantas untuk ke seberang jalan. 


White brown cherry blossom 



Yoyogi Park.

Yoyogi Park banyak pokok sakura, tapi tak semua nya dah blooming. Tapi still, park ni cantikkk. Suhu time tu dalam 16c, suhu paling panas sepanjang aku kt Tokyo. Suhu 16c pon dah rasa mcm panas sangat je dah, bahaha. Ye lah, dah jalan jauh-jauh kan berpeluh tu yg rasa panas je. Dok lepak dekat area water fountain kejap sambil makan roti gardenia coklat. Jalan-jalan kawasan park tu untuk cari sakura. Yang aku perasan kawasan sini tak seramai Ueno park yang memang crowded gila. Sini ramai jugak yang ber-hanami tapi tak seramai sana lah. Lepas Yoyogi Park terus ke Meiji Shrine, sebelah je dengan Yoyogi Park ni. Tapi kan, dari main pintu gerbang meiji shrine nak ke tempat shrine tu mak aih, gilaaa jauh. Sampai sakit dah kaki iols jalan banyak sangat. 

Pintu gerbang utama

Sake barrel.
Bila lalu kawasan ni kan, ada macam satu bau ni which is bagi aku boleh tahan busuk nya. Taktau bau apa mungkin sake kot entah lah. 

Sesapa nak buat wish boleh beli kayu tu 500 yen kalau tak silap lepas tu gantung kt sini.

Antara kawasan dalam Meiji Shrine.
Masa aku pergi tu, ada tempat tengah buat construction, so dorang close banyak tempat
Tak banyak tempat boleh tengok so bagi aku sini tak best sgt
Tak berbaloi dgn jauh kau berjalan. =p

Okay lepas tu terus gerak keluar dari Meiji Shrine, lepas tu tak tau nak pergi mana dah. Aku tanya sorang senior sekolah ni yang baru berpindah ke Tokyo ikut suami dia kerja sana, tanya dia mana lagi park untuk sakura viewing. Dia bagi cadangan pergi ke Shinjuku Gyoen national park atau Imperial garden. Disebabkan shinjuku gyoen tu lebih dekat so aku pilik shinjuku gyoen je. Dari yoyogi park, ambil subway turun di Shinjuku-Sanchome Stn. Jalan sikit and sampai lah ke Park ni. 

Bagi aku, park ni paling banyak sakura blooming
Lawo gle aih
Park ni pon boleh tahan besar jugak


Pink cherry blossom

Lepak sekejap. Hiks.
Kat sini ada jumpa 3 malaysian dari group RTJ
Suka iols jumpa orang peramah.

Lupa nak cite, dekat Yoyogi Park tu ada ternampak sorang perempuan Malaysia
sorang-sorang jugak, macam iols
Baru ingat nak pi tegur ke
Tapi bila terpandang kita, baru nak senyum dia buat-buat tak nampak je
Sedih iols.

Dok melepak kt shinjuku gyoen tu sampai petang, lepas tu balik ke Asakusa. As usual lah sampai Asakusa, cari makan. Iols kebuluq! Kali ni makan tempat lain plak. Lepas makan ambik backpack lepas tu cari hotel wasao tu. Malam baru sampai hotel. Kali ni pilih dok single room, japanese traditional single room. Bilik dia yg ada tilam atas lantai tu. Bilik oka lah selesa siap ada tv and fridge lagi. 

Okay habis, nanti ada lagi satu je, last part.