Hari ketiga pon kitorang ada sunrise, kali ni ke Kebun Buah Mangunan, macam biasa gerak pukul 3.00 am. Bangun ofcoz lah lagi awal kan. Pagi ni kitorang terus check out, bawak semua barang sebab nak check in tempat lain - Edu Hostel. Check out pagi tu just drop kunci je sebab dah bagitau dengan staf malamnya tu, dia dah bagi deposit siap-siap. Lepas settle kitorang gerak. Kitorang singgah untuk solat Subuh kat Masjid. masa tu kitorang sampai masjid tu gelap takde orang lagi, so tunggu je lah kat luar kejap sebelum imam/bilal sampai. Locals kat sini kurang peramah dari masjid semalam yang kitorang pergi. Lepas dah selesai solat kitorang gerak naik atas.
Bagi aku sunrise sini lebih okay dari Puthuk Setumbu.
Tiket masuk Kebun Buah Mangunan Rp5000 sorang
Bila dah cerah tu, slow-slow boleh nampak bawah.
Bila dah lama-lama sikit, kabus makin banyak. Suasana kat atas tu pon makin cantik.
(Time ni kan, tengah tunggu sunrise tetiba ada bunyi orang kentut kuat pulak, group laki kat depan tu, pastu geng-geng dorang boleh gelakkan sekali. tapi kitorang pon join gelak sekali. HAHAHA.
Dah la semua tengah diam je kan, tetiba bunyi orang kentut kuat, ofcoz lah semua gelak. Kesian dia. HAHA.
Kalau tengok kat bawah tu cantik sebenarnya.
Depends pada cuaca jugak lah.
=p
Lepas dah habis bergambar kat area sini, kitorang ke sebelah kanan untuk bergambar lagi. Tempat tu pon cantik.
Bila dah habis kitorang ke Jurang Tembelan Kanigoro. Masuk sini free je. Kawasan sini pon cantik.
Ada banyak photo spot - sampan, rama-rama, bentuk love.
Okay dah habis bergambar sini, kitorang gerak ke Hutan Pinus. Tiket masuk Rp2000 sorang.
Dulu free je tempat ni sekarang dah kena bayar.
Kitorang spent kat sini dekat 2 jam rasanya, tak boleh lama-lama sebab nak ke Pantai Timang plak.
Jarak Hutan Pinus ke Timang boleh tahan jugak lah jauhnya.
Akan lalu kawasan kampung untuk ke Pantai Timang.
Kitorang plan nak makan lobster bila balik dari Timang, so kena singgah untuk order dulu sebelum gerak ke pantai sebab nanti mungkin akan habis lobster nya.
Kitorang makan lobster kat sini.
Lepas dah lalu jalan kampung ni, mula lah jalan batu-batu yang agak teruk.
Jalan tu sebenarnya tak boleh lalu dengan kereta pon, kena sewa ojek (motor) untuk ke pantai,
tapi Mas Eko redah je dengan van, hihi.
Selamat Rp50k kitorang.
Ojek tu kena bayar Rp50k, dah la kena naik motor dengan laki kan ofcoz lah kita yang perempuan ni tak selesa, rasa bersyukur gila bila Mas Eko redah dengan van.
Bila dah sampai kawasan pantai nampak view macam ni. Kagum weols.
Kena jalan sikit untuk ke Gondola.
Nak naik gondola ni kena bayar Rp200k sorang, boleh naik sorang atau berdua.
Bayaran tu kira ok lah berbaloi sebab dorang tarik manual je. Enam orang sekali tarik tau. Perjalanan ke pulau belah sana sekejap sangat dalam 30 saat je kot.
Cantik kan view? Hihi.
Kitorang dok area pulau tu boleh tahan lama jugak. Bergambar dalam panas.
Time ni panasss gle, elok-elok je time tengahari. Lepas tu makin burn lah muka weols.
Bila dah agak lama kat situ, so kitorang naik gondola untuk balik ke mainland semula.
Singgah makan lobster!
Kitorang ambik 2kg lobster + ikan merah ke ape ntah. Set included nasi/ulam/sambal tempe/air. Total harga Rp800k tapi Yani and Nad belanja sikit so kitorang cuma bayak Rp100 je sorang.
Lobster sorang dapat sekor setengah, puas hati makan.
Nak makan Lobster kena hati-hati jugak, kang tetiba jari boleh luka sebab area kepala dia tu cm tajam-tajam sikit.
Selama 29 tahun aku hidup, ni kali pertama makan lobster kot, bahaha sian.
Alhamdulillah. Dorang masak pon sedap.
Lepas makan kitorang tumpang solat dan salin baju sebab plannya lepas tu nak ke Gunung Kidul. Tapi ada drama kejap kat sini. Kitorang cam berlengah sikit so kitorang ambik masa lama sangat kat sini. Aku rasa cam aku tersilap buat keputusan-tukar baju terus. Sebelum tu aku jenis agak particular dengan masa, berapa lama nak spent kat satu-satu tempat tu pastu ingatkan semua orang pukul berapa nak kena gerak. Tempat nak tukar baju ada satu je so masing-masing ambik turn lah, dengan nak solat lagi so memang lama sangat time ni. Lepas tu ada sorang group member yg bermasam muka. Bila semua dah settle, masuk van tu rasa macam dah tak best pulak. Semua diam je. Perjalanan ke Gunung Kidul kata Mas Eko dalam 45 minit macam tu, tapi tak sampai setengah jam tetiba hujan turun dengan lebatnya. Maka aktiviti ke gunung kidul kena lah cancel. Sebab ni aktiviti air kan, so bila hujan ofcoz lah tempat tu tutup. Plan cancel, kitorang balik ke Jogja. Rasa frust gila masa ni sebab tak dapat nak ber-caving and water rafting.
So bila Kidul tak jadi, kitorang mintak Mas Eko hantar ke Malioboro je. Shopping beli souvenir. Sebab jadual kitorang memang pack and takde masa sangat untuk bershopping sgt, so masa tu je lah ada masa ke malioboro. Kitorang spent 2 jam lebih kot kat situ. Masa kat Molioboro tu akhirnya orang yg bermasam muka tu dah okay. Katanya dia marah kejap je, nasib baik. HIHI. Yang kelakarnya, kitorang ke Malioboro memasing dengan t-shirt dengan seluar track je. HAHA. Dah tukar baju kononnya nak main air kan. Redah je lah. =p. Harga t-shirt kat Malioboro banyak je yg murah, boleh tawar jugak. Lepas dah habis shopping, kitorang mintak Mas Eko ke restoren masakan padang untuk dinner. Time ni satu lagi dugaan aku, bila nasi ada sikit lagi tetiba ternampak telur lalat kat sambal udang dalam pinggan aku. Terus terbantut nak habiskan nasi. Bila bagitau staf dorang, dorang mintak maaf and sambal udang tu tak masuk dalam bil. Ni la risiko masakan padang sebab dorang letak semua lauk tu awal-awal dalam pinggan so mesti tak perasan ada telur lalat.
Lepas dah habis makan, kitorang ke Edu Hostel untuk check in. Edu Hostel ni kitorang ambik dorm jugak. Bilik ok, tandas bersih, cuma wifi cuma boleh connect di lobby je. Dalam bilik memang takde connection. Tu salah satu cara untuk dorang bagi low cost katanya. Edu Hostel ni boleh request untuk early breakfast tapi mesti kena bagitau sebelum 9pm. Disebabkan kitorang nak keluar awal untuk sunrise esok so mintak early breakfast.
Expenses untuk hari ke-3
Kebun Buah Mangunan : Rp5 000
Hutan Pinus : Rp 2 000
Gondola Timang : Rp200 000
Lobster : Rp 100 000
Malioboro : Rp 119 600
Dinner : Rp 19 600
Total : Rp 459 100
1 comment:
Assalamualaikum wr wb.
Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)
Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Sandboarding Parangkusumo
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)
Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru
Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang
Day 4
● Drop off to airport
Harga bermula dari:
RM 602 (ALL IN)*
RM 452 (exclude hotel)*
*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal
Pakej termasuk
● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Pick up & drop off airport
● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance
Exclude:
● Flight Ticket
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)
Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season
>>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb
Post a Comment