Thursday, April 7, 2016

Paragliding Jugra Apr 2016



Weekend lepas kitorang berlima ke Jugra untuk Paragliding. Tapi kali ni Wani diganti oleh Nad, the mastermind of the plan. Dah lama sangat plan nak paragliding ni akhirnya menjadi jugak, hihi. Nad awal-awal ajak Sari dari tahun 2014 kot. So lepas balik dari KK baru lah kitorang bincang secara serius untuk buat aktiviti ni. Harga untuk paragliding ni RM200 per pax, termasuk video/gambar. Apis dapat RM150 sebab dia orang Banting. Student bawah 18 tahun pon RM150. 


Kumpul pukul 11 pagi dengar briefing tengok video dulu lepas tu baru terbang. Nak terbang ni kena tunggu keadaan angin jugak lah. Lama jugak kitorang tunggu angin okay, sementara tu dengar kak orkid tu cerita macam-macam. Dari cerita paragliding sampai lah cerita dia backpacking aussie nz. Kak Orkid dgn Kapten yang uruskan Paragliding Flight Park ni. Dorang dari Persatuan Luncur Udara Malaysia. Kapten dengan sorang lagi, Abang Peja yang jadi instructor masa tu. Kak Orkid bagitau dorang ada jugak instructor perempuan tapi haritu dia takde. So terbang aje lah dengan instructor lelaki. Dun worry dorang ni semua professional.  


View from Bukit Jugra


Masa kat atas tu, kapten tanya sapa yang paling ringan, katanya orang yg paling ringan buat dulu. Ofcoz lah aku yang paling ringan. HAHA. Padahal 2kg je beza dengan Sari. So aku jadi orang first yang terbang dulu. Sekali nak take off berdebar jugak lah sikit tapi sekali dah terbang serius best! Sebelum take off tu, kapten baca doa dulu. Then bila dah ready, dia akan suruh kita lari. Okay je as long as kita ikut apa yang instructor suruh. Insyaallah selamat. 


Im flying yeay!

Alhamdulillah aku bukan jenis yang gayat. So memang akan enjoy flying. Tengok view cantik. Masa fly tu, dorang akan bagi kita Gopro. Dia dah set kan video dengan auto capture untuk gambar. So kita pegang aje lah benda tu. Terbang nya takde lama pon. Less than 10 minutes. Sekejap sangat. Memang rasa tak puas pon. Masa nak landing pon nanti kapten bagitau bila kena lari. Alhamdulillah landing okay takde jatuh tergolek ke apa. hihi. 


Yani jadi orang kedua. Dia fly dengan Abg Peja. Yani macam lama sikit lepas tu dia bawak lagi jauh.
Tapi masa landing Yani jatuh tergolek. KahKah.
Apis  ke tiga fly dengan Abg Peja
Nad ke empat fly dengan Kapten
Sari last fly dengan Abg Peja

Sari get ready nak fly.
Dia sorang je yang jerit time nak take off
HAHAHA

Kitorang settle semua dalam pukul 3 lebih camtu. 
Pergi kat ofis tu balik solat transfer gambar
Tengok video lepastu dok gelak-gelakkan orang
HAHHAHAHA
Macam-macam gelagat sorang-sorang

Pukul 5 lebih kitorang naik balik ke Bukit Jugra untuk bergambar.




Excited benor Sari. HAHA. 



Pukul 6 lebih kitorang gerak balik. Singgah umah Apis untuk solat lepas tu balik ke Rawang. Plannya nak balik JB terus malam tu tapi sampai Rawang dah lewat, dalam pukul 10 mlm. So balik JB dengan Yani keesokkannya tu. 

Sekali dah try buat aktiviti macam ni, terus rasa nak buat lagi dan lagi.
Dalam wishlist sekarang tinggal nak ambil lesen scuba diving dengan skydiving.
Serius nak try skydiving tuh, atleast sekali dalam seumur hidup
Tapi mahal bebenor. hihi.