Hello there.
Assalamualaikum.
It's been a while huh?
Kalo blog sunyi maknanya aku tak travel memana la tu; kecuali boleh-dikatakan-tetiap-bulan TGG-KUL-JHB trip. Back and forth every single months for almost 5 months, kot.
Trip kali ni lain cket, adhoc punya trip.
"Aku kena pergi outstation kt Singapore 17hb ni, jom teman aku"
"Jom...eh tapi passport aku kat rumah"
Cepat aje jom nya kalau orang ajak jalan-jalan. kahkah.
The truth is, macam-macam masalah sebelum aku berjaya masuk Singapore.
Pos passport lepas 5 hari baru dapat (Nationwide Express punya service ****!)
Renew passport. Kena tukar IC baru.
So Selasa pagi dapat passport, selasa pagi buat IC baru, selasa tengahari renew passport, selasa petang masuk Singapore. Fuh.
Passport 5 tahun lepas and passport baru. Kali ni buat 2 tahun je.
Masuk Singapore naik bas dari Larkin ke Kranji RM1.40 bas Causeway Link. Ada banyak bas yang berulang alik dari JB-SIN setiap hari, setiap jam kotnya. Boleh dikatakan tiap masa ada bas, Causeway, SBS. Perjalanan tu dalam sejam la kot, sebab petang biasanya jem kan. Masa beli tiket tu, make sure simpan sebab nanti akan tukar-tukar bas. 2 kali berhenti kat Immigration, Malaysia dan Singapore punya.
Gerak dari UTM dalam pukul 3 lebih ke Terminal Larkin, pastu dalam pukul 6.30 pm lebih-lebih sampai Stesen Expo. Sari dah tunggu kat stesen MRT Expo dalam sejam lebih lah. Redha aje lah dia nak menunggu kat situ, nak whatssapp aku dah takde internet bila masuk Singapore. Dari stesen Kranji ke stesen Expo dua kali tukar tren, perjalanan dalam sejam setengah. Jauh okay, hujung sini ke hujung sana. Akhirnya selamat juga sampai sorang diri, first time sorang-sorang masuk Singapore naik MRT sorang-sorang. Senang je aih, tak susah pon. HAHA. Sampai stesen Expo kitorang terus ke hotel Park Avenue Changi. Masuk hotel kagum kejap, wah bestnya bilik cantik semua lengkap, selak langsir betull-betul mengadap IBM. Dulu pernah aim nak kerja kat IBM, huhu.
Hotel ni area Pusat Perindustrian Changi, so boleh nampak lah semua company besar-besar area sini. Pastu dekat dengan airport jugak, boleh nampak kapalterbang heh.
Pagi-pagi mengadap cermin tengok orang pergi kerja, lepas tu terfikir
"hebat-hebat dorang ni"
Kalau tak hebat, mana boleh kerja situ kan.
Kebanyakkannya cina, india dgn omputih je aku tengok. Melayu takdok.
Semua ada, iron iron board, toiletries siap dengan penimbang berat lagi.
Then cepat-cepat solat Asar dan tunggu Maghrib. Nak jamak maghrib dengan Isyak pon tak lepas, cek jarak 86km je dari UTM. So lepas maghrib tu kitorang keluar pergi Bugis Stree. Senang nak gi memana sebab hotel bersebelahan je dgn stesen MRT tu.
Boleh mintak map ni dekat customer service setiap stesen MRT. Free je.
MRT kat Singapore lagi senang dari LRT kat KL tahu, so jangan risau kalau nak kena tukar line sebab dia sebelah menyebelah je. Cuma yg stesen-stesen besar tu nak kena jalan sikit lah.
Bugis Street. Nak beli t-shirt ke souvenir ke, boleh beli sini. Banyak yang murah.
Turun kat stesen Bugis (Downtown line/East West line)
Kitorang jalan-jalan area sini dalam sejam lebih macam tu, sempat la beli souvenir sikit dengan t-shirt selai. Souvenir tu beli keychain je dapat 4 untuk SGD10. Rasa macm murah jugak lah tu.
Beli banyak-banyak ni aku tak tahu nak bagi sapa, last-last simpan sendiri je. FM tak beli pong, Sari punya je tu.
Lepas dah jalan-jalan badan pon dah penat kitorang balik hotel. Sebab dah lewat, dalam pukul 10 lebih camtu, kedai makan pon kebanyakannya dah tutup. Perut boleh tahan lapar la, satu hari tak makan nasi. Makan benda-benda ringan camtu je. Tak sempat kot, berkejar ke sana sini nak settle kan passport punya pasal. So kitorang pergi minimart dekat dgn hotel je beli sushi dgn pisang untuk aku punya dinner. Tapi tak kenyang pon haih, last-last sebelum tidur mintak megi Sari sebab lapar punya pasal. HAHA.
Dinner, takde effect kat perut pong.
Makan sambil tengok Runningman kat handphone. Seronok betul wifi hotel laju gila. Masa nak tidur sambung lagi tengok Runningman, duk cover gelak sorang-sorang sebab Sari awal-awal lagi dah tidur. Penat tu seharian ada training. Dia ahad pagi dah sampai Singapore, dari KL dgn ofismate dia sorang. Aku Selasa baru sampai, plannya memang nak masuk Ahad tu jugak tapi masalah passport tu, so Selasa tu masuk. Dah macam give up sebenarnya malas dah nak pergi, tapi fikir kan si Sari tu sorang-sorang kat sana, pastu dia ada kirim suruh bawak barang lagi, so pergi la jugak hihi.
Lepas tu terfikir, susah betul aku nak masuk Singapore. Mungkin sebab aku tak bagitau mak aku kot, sampai sudah tak bagitau mak nak pergi Singapore. Adik aku tahu pon bila upload gambar kat WeChat dgn Instagram. HAHA. First time buat perangai camni, lain kali tak buat dah.
No comments:
Post a Comment