Saturday, September 6, 2014

SIngapore Julai 14-2

Hari ke dua di Singapore.
Pagi tu gerak sama-sama dengan Sari dari hotel, dia dengan kerja dia aku pergi jalan sorang-sorang. Confident je jalan sorang-sorang kat sana sebab rasa macam tak susah pon lepas tu rasa secure je. Singapore ni crime rate dia sangat low, kat mana-mana ada CCTV okay, so insyaallah la selamat kalau jalan sorang-sorang. 

Plan aku harini nak pergi Marina Bay, Merlion Park dengan Airport Changi. Nanti bila dah habis ofis hour plan dgn Sari nak pergi Little India dgn China Town. First aku pergi Marina Bay. Turun kat stesen Marina Bay (Circle line/North South line). Boleh tahan jauh la jalan nak ke sini. Pastu dari Marina Bay tu kan boleh nampak Merlion Park sebelah sana, confident je boleh jalan kaki ke Marlion Park. Tapi dah jauh jalan tu patah balik, hish gila apa nak jalan jauh gila. Dah la Singapore ni panas, walaupon time tu awal lagi tapi panasnya lah. Nasib baik sempat curik air mineral kat hotel masuk dlm handbag. Drinking water bukan mineral water. 


Marina Bay.



Depan Marina Bay
Tempat orang-orang kaya. HAHA. Butik LV special punya kat atas tasik tu. Lain-lain premier brand ada kat bawah Marina Bay ni. 

Lepas dah jalan-jalan area situ, ambik gambar berangan sorang-sorang then pergi ke stesen MRT balik untuk ke Merlion Park. Turun kat stesen Raffles Place. Yang ni nak keluar cari jalan ke Merlion Park memang menguji minda jugak lah. Tanya kat customer service  exit mana ke Merlion Park, then dia bagi kertas bagitau jalan mana nak guna. Boleh tahan jauh sebenarnya nak ke Merlion Park dari stesen ni. Ditambah pulak yang sebenarnya aku tersalah exit. Cari Exit H tak jumpa so main redah aje lah. AKhirnya jumpa jugak ke Merlion Park ni, tapi disebabkan dah panas gila plus kaki dah melecet and dah penat sgt so dekat je lagi nk sampai ke Merlion Park ni aku patah balik. Lepak area sungai tu je, situ pn kawasan dia dah cantik dah. Panas time tu dah tengahari. Takpe lah boleh nampak dari jauh je Merlion tu, at least dah tengok depan mata kan. Walaupon nampak kecik je haha.

Cantik kawasan sini, boleh naik boat tu jugak. Tak pasti berapa harganya.

Sepanjang sungai nak ke Merlion Park. 

Bila jalan area sini boleh nampak ramai tourist yang jalan-jala area sini. 

Lepas dah jalan-jalan area sini, patah balik ke stesen MRT untuk ke Changi Airport. Airport ni antara airport yang terbaik kat dunia. So nak tahu jugak lah macam mana keadaan airport ni. HAHA. Lagipon airport ni dekat je dgn hotel kan. Kata suka travel mesti lah suka airport kan. 


Bila sampai airport ni, kagum jugak lah sekejap. Okay Changi Airport memang besar. Ada tiga terminal. Keluar dari MRT akan terus ke Terminal 2. Nak ke terminal 1 dengan 3 kena naik tren. Aku just duk lepak area Terminal 2 je. Ronda-ronda jugak sekejap kot-kot ada tempat untuk anjung tinjau tu tapi takde lah pulak. Ke aku tak jumpa. So memang tak nampak kapalterbang lah. Lepak situ kejap then dalam pukul 2 lebih balik ke stesen Expo semula. Sebelum balik hotel pergi mall Changi City Point untuk beli lunch. Food court aras bawah tu semua halal. Tapau nasi ayam SGD4.50. Balik makan kat bilik. Lepas makan solat rehat semua pastu tunggu Sari balik. Siap awal-awal sebab nak terus keluar lepas tu.

Little India
Turun kat stesen Little India(North East Line)
Macam takde apa sangat pon. Jalan kejap je area sini pastu kitorang ke Chinatown pulak
Turun kat stesen Chinatown (North East Line)


Chinatown

Kawasan Chinatown ni cantik, ada banyak bunga-bunga pastu lampu kaler-kalernya lagi. Tapi bila lalu kat part kedai makan tu yang tak best. Banyak roasted pork kat sini, bau dia memang kuat lah. Tahan nafas je bila lalu area tu. Haha. Dalam pukul 7 lebih kitorang gerak balik hotel. Nasib baik sempat maghrib kat bilik. Lepas solat kitorang kelluar balik cari makan malam. Sari beli beefsteak SGD7, aku beli nasi padang SGD7 jugak kalau tak silap. Tapau makan kat hotel je. 
End of day 2. 

Esoknya, khamis last day Sari training. Maknanya last day jugak kitorang kat Singapore. Flight Sari ke KL malam. Aku plan nak balik jb sebelum petang. Kalu lewat nanti jalan jem pulok, nanti lambat sampai UTM. Last day tu tak jalan memana dah. Sari dah keluar dulu pagi tu and dalam pukul 12 aku keluar untuk check out, tinggalkan luggage Sari kat kaunter tu then terus ke City Point, jumpa Sari bagi kad luggage dia pastu lunch sebelum gerak balik ke JB. 


Korean food. Rice with fried Saba. SGD 6.50, watermelon juice SGD2.20. 

Sedap kot, sampai sekarang dok teringat-ingat lagi rasa dia. First time sebenarnya rasa kimchi, boleh je aku telan. HAHA. 

Lepas dah abis makan terus gerak ke JB. Singgah UTC Kotaraya ambil IC baru then terus balik UTM. Nice experience, banyak tempat jugak lah tak sempat nak pergi; Orchard Road Masjid Sultan. Insyaallah lain kali. Pergi haritu tukar RM300 je, balik ada lagi balance dalam SGD50 + syilingnya banyak gila. HAHA. Beli tiket bas dari Kranji ke Larkin SGD2.20. Bas SBS. Duk sana duit banyak habis untuk tiket MRT je kotnya. 

P/S: Sari, lenkali ada outstation ajak la aku lagi. Tapi nak yg luar Malaysia je. Best kot dok hotel free. 
KahKah.

Singapore Julai 2014

Hello there.
Assalamualaikum.
It's been a while huh?

Kalo blog sunyi maknanya aku tak travel memana la tu; kecuali boleh-dikatakan-tetiap-bulan TGG-KUL-JHB trip. Back and forth every single months for almost 5 months, kot.
Trip kali ni lain cket, adhoc punya trip.
"Aku kena pergi outstation kt Singapore 17hb ni, jom teman aku"
"Jom...eh tapi passport aku kat rumah"
Cepat aje jom nya kalau orang ajak jalan-jalan. kahkah.
The truth is, macam-macam masalah sebelum aku berjaya masuk Singapore.
Pos passport lepas 5 hari baru dapat (Nationwide Express punya service ****!)
Renew passport. Kena tukar IC baru.
So Selasa pagi dapat passport, selasa pagi buat IC baru, selasa tengahari renew passport, selasa petang masuk Singapore. Fuh. 

Passport 5 tahun lepas and passport baru. Kali ni buat 2 tahun je.

Masuk Singapore naik bas dari Larkin ke Kranji RM1.40 bas Causeway Link. Ada banyak bas yang berulang alik dari JB-SIN setiap hari, setiap jam kotnya. Boleh dikatakan tiap masa ada bas, Causeway, SBS. Perjalanan tu dalam sejam la kot, sebab petang biasanya jem kan. Masa beli tiket tu, make sure simpan sebab nanti akan tukar-tukar bas. 2 kali berhenti kat Immigration, Malaysia dan Singapore punya.

Gerak dari UTM dalam pukul 3 lebih ke Terminal Larkin, pastu dalam pukul 6.30 pm lebih-lebih sampai Stesen Expo. Sari dah tunggu kat stesen MRT Expo dalam sejam lebih lah. Redha aje lah dia nak menunggu kat situ, nak whatssapp aku dah takde internet bila masuk Singapore. Dari stesen Kranji ke stesen Expo dua kali tukar tren, perjalanan dalam sejam setengah. Jauh okay, hujung sini ke hujung sana. Akhirnya selamat juga sampai sorang diri, first time sorang-sorang masuk Singapore naik MRT sorang-sorang. Senang je aih, tak susah pon. HAHA. Sampai stesen Expo kitorang terus ke hotel Park Avenue Changi. Masuk hotel kagum kejap, wah bestnya bilik cantik semua lengkap, selak langsir betull-betul mengadap IBM. Dulu pernah aim nak kerja kat IBM, huhu. 
Hotel ni area Pusat Perindustrian Changi, so boleh nampak lah semua company besar-besar area sini. Pastu dekat dengan airport jugak, boleh nampak kapalterbang heh. 

Pagi-pagi mengadap cermin tengok orang pergi kerja, lepas tu terfikir
"hebat-hebat dorang ni"
Kalau tak hebat, mana boleh kerja situ kan.
Kebanyakkannya cina, india dgn omputih je aku tengok. Melayu takdok.

Semua ada, iron iron board, toiletries siap dengan penimbang berat lagi. 

Then cepat-cepat solat Asar dan tunggu Maghrib. Nak jamak maghrib dengan Isyak pon tak lepas, cek jarak 86km je dari UTM. So lepas maghrib tu kitorang keluar pergi Bugis Stree. Senang nak gi memana sebab hotel bersebelahan je dgn stesen MRT tu.

Boleh mintak map ni dekat customer service setiap stesen MRT. Free je. 
MRT kat Singapore lagi senang dari LRT kat KL tahu, so jangan risau kalau nak kena tukar line sebab dia sebelah menyebelah je. Cuma yg stesen-stesen besar tu nak kena jalan sikit lah. 


Bugis Street. Nak beli t-shirt ke souvenir ke, boleh beli sini. Banyak yang murah.
Turun kat stesen Bugis (Downtown line/East West line)

Kitorang jalan-jalan area sini dalam sejam lebih macam tu, sempat la beli souvenir sikit dengan t-shirt selai. Souvenir tu beli keychain je dapat 4 untuk SGD10. Rasa macm murah jugak lah tu.

Beli banyak-banyak ni aku tak tahu nak bagi sapa, last-last simpan sendiri je. FM tak beli pong, Sari punya je tu. 

Lepas dah jalan-jalan badan pon dah penat kitorang balik hotel. Sebab dah lewat, dalam pukul 10 lebih camtu, kedai makan pon kebanyakannya dah tutup. Perut boleh tahan lapar la, satu hari tak makan nasi. Makan benda-benda ringan camtu je. Tak sempat kot, berkejar ke sana sini nak settle kan passport punya pasal. So kitorang pergi minimart dekat dgn hotel je beli sushi dgn pisang untuk aku punya dinner. Tapi tak kenyang pon haih, last-last sebelum tidur mintak megi Sari sebab lapar punya pasal. HAHA. 

Dinner, takde effect kat perut pong. 

Makan sambil tengok Runningman kat handphone. Seronok betul wifi hotel laju gila. Masa nak tidur sambung lagi tengok Runningman, duk cover gelak sorang-sorang sebab Sari awal-awal lagi dah tidur. Penat tu seharian ada training. Dia ahad pagi dah sampai Singapore, dari KL dgn ofismate dia sorang. Aku Selasa baru sampai, plannya memang nak masuk Ahad tu jugak tapi masalah passport tu, so Selasa tu masuk. Dah macam give up sebenarnya malas dah nak pergi, tapi fikir kan si Sari tu sorang-sorang kat sana, pastu dia ada kirim suruh bawak barang lagi, so pergi la jugak hihi. 

Lepas tu terfikir, susah betul aku nak masuk Singapore. Mungkin sebab aku tak bagitau mak aku kot, sampai sudah tak bagitau mak nak pergi Singapore. Adik aku tahu pon bila upload gambar kat WeChat dgn Instagram. HAHA. First time buat perangai camni, lain kali tak buat dah. 

Tuesday, February 25, 2014

Kota Kinabalu part 3

Part 3.
Lamanya nak sambung. Ai busy la sekarang, plus dh takde mood nak sambung sebenarnyaa. 

Pagi-pagi ni pon hujan.

Semua liat nak bangun paginya tu. Sejuk. Hujan pon kejap stop kejap hujan balik. Plan kitorang nak ke Ranau harini, Saidah ajak pergi tempat Spa Ikan. Kitorang follow je. Itenerary semua Saidah yang settle kan. Ini lah trip yang aku tak perlu nak fikir pape. Cuma bawak badan dan bawak duit sahaja. Haha. Saidah cakap better lunch kat Ranau je, so kitorang check out dari Kundasang Inn lebih kurang pukul 9 lebih. Beli kuih-kuih je buat alas perut. Kitorang singgah kat Kinabalu Pine Resort kejap sebab kitorang nak tengok Gunung Kinabalu. Kawasan situ cantik lah. Tapi malangnya time tu Gunung Kinabalu tak nampak pon sebab kabus tebal sangat. Kitorang just bergambar je kat situ. Takde rezeki nak tengok gunung. Pergi ladang lembu pon kitorang tangguhkan lepas balik dari Ranau dengan harapan tengahari nanti panas, tak hujan dah.

Kinabalu Pine Resort. Patutnya boleh nampak Gunung Kinabalu dari sini tapi dia segan plak nak menjelmakan dirinya.

With Akmar & Saidah. Bergambar dalam hujan sebenarnya ni.

See see?

Kundasang ke Ranau tak lah jauh sangat, dalam 45 minit camtu. Sampai Ranau okay je, tak hujan macam kat Kundasang. Tapi Fish Spa tu tak bukak sebab sungai banjir. Mungkin malam tadi hujan jugak kat Ranau. Takde rezeki lagi. Takpe. Lepas tu kitorang pergi Ladang Teh Sabah. Sebelah Fish Spa tu je. Nak naik atas tu boleh tahan mencabar. Jalan batu-batu, lecaknya lagi memang habis kotor lah keta Saidah. Spent masa kejap kat atas tu, tengok ladang dia beli teh semua. Aku beli 3 paket je. RM22 for 3. Lepas dah settle kitorang gerak ke Pekan Ranau. Lunch kat kedai melayu. Makanan okay je, tapi sayurnya sedap. Boleh rasa tu memang sayur fresh. Brokolli cauliflower memang sedap. Harga nasi standard lah. Tapi air teh o aisnya mahalnya lah. RM2.50! Milo ais teh o ais sama je harganya. Lepas makan kitorang gerak balik ke Kundasang dengan harapannya Kundasang tak hujan. Pekan Ranau tu elok je panas. Pekan Ranau besar cket lah dari Pekan Kundasang. Tapi sampai kt Kundasang, hujan jugak. Tapi kitorang pergi jugak kat cattle farm tu. Desa Cattle Farm. Nak masuk RM4 per person. Yang ni Saidah belanja tiket masuk. Kabus tebal, hujannya lagi so lembunya malas nak keluar. 


Dapat tengok lembu dari jauh je. Kabus pon tebal sangat timetu. Rasa lah jugak cket macam overthesea. HAHA. Bergambar kat situ dalam hujan pon sanggup. Kitorang pergi  tengok anak lembu dgn kambing, siap beli susu lagi nk bagikat anak lembu tu. Walaupon takut sebenarnya tapi its quite fun sebenarnya. Anak-anak lembu dgn anak kambing kat situ semua macam kelaparan. Aku beli susu botol RM1.50 Akmar beli rumput RM1. Bau kandang tu memang boleh buat kita rasa nak termuntah lah sebenarnya tapi tahan  aje lah sekejap. Fun kot bagi anak lembu susu. HAHA.

Mana lembunyaaa?

Anak lembu ni macam 10 hari tak minum susu je, rakus sungguh. Gerun aku.

Lepas dah settle ambil gambar kat situ, kitorang gerak ke kedai kat kawasan situ. Saidah and Akmar beli susu segar dengan dadih. Aku sorang je tak beli pape sebab aku tak minum susu dan segala species susu memang aku tak minum. Lepas dah settle semua kitorang singgah kat Pekan Kundasang, tempat jual sayur-sayur tu. Saidah shopping sayur sakan. Banyak tu. Geram jugak tu tengok sayur-sayur fresh tapi apakan daya, dorang cakap sayur tak boleh bawak naik kapal terbang. So memang tak beli lah sayur tu. Tangan gatal nak membeli jugak, so aku beli lah jugak beras bario. HAHA. 2 kilo RM20. Beli beras pon boleh.

Ada yang fresh, ada jugak yang dh rosak.


Lepas dah habis shopping, kitorang nak gerak balik KK dah. Tapi sebelum turun dari Kundasang, kitorang singgah lagi sekali kat Kinabalu Pine Resort sebab aku tak puas hati tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Nak tengok jugak, tapi memang takde rezeki lah kali ni. Memang tak nampak pon gunungnya. Sedih. Dalam pukul 2 lebih kitorang turun, gerak balik ke KK. Sampai KK terus ke One Borneo sebab nak check in kat Tune Hotel. Check in, solat then kitorang ke One Borneo kejap sebab aku nak beli bag.  Bagpack aku memang dah takde space langsung nak letak pape. Plannya nak beli luggage terus je. Tapi bila fikir-fikirkan balik luggage beratus tu. 2/3 ratus lebih. Haih membazir. Baik beli hand luggage je. Beli kat Parkson, RM50. Lepas beli beg kitorang terus gerak ke Pasar Philiphines untuk bershopping lagi. Kat sini banyak jugak lah berhabis. Dalam 3 ratus lebih. Beli ikan bilis, ikan masin, amplang semua. Aku beli bukan untuk rumah aku je, tapi untuk 3 buah rumah. Rumah kakak aku dgn rumah cousin aku yang sorang tu memang wajib masuk dalam list tiap kali aku pergi memana. Aku punya stail, kalau beli utk sorang maknanya aku kena beli untuk semua orang. Kalau tak beli untuk sorang maknanya tak beli untuk semua lah. Kejap je kat pasar pilipines tu. Akmar beli udang kering dgn gamat kering. Terkejut jugak tengok harga gamat kering tu, mahal gilos. Beratus-ratus! Lepas dah beli tu semua, kitorang terus gerak ke Pasar Kg Air. Kat sini beli gelang-gelang utk sevenier. Habis seratus lebih untuk gelang saja. Akmar dgn Saidah beli brooch. Murah je, satu papan tu RM33. Ada dalam 12 kalau tak silap. Aku memang tak beli brooch sebab dorang kat UTM tu pesan nak gelang, lagipon brooch Iffah dah bagi dari Korea. So beli aje lah gelang. Memang kitorang singgah satu kedai tu je. Saidah tahu tempat mana yang murah so kitorang memang aim gerai tu, pilih-pilih dan terus bayar then gerak lah. Aku terlupa Ema pesan nak FM. So kitorang pergi semula ke Pasar Pilipine, Saidah tunggu dalam keta aje aku dengan Akmar cepat-cepat pilih. Selain beli FM, sempat lagi aku beli baju selai untuk adik llaki aku. Kat sini mahal RM3 dari kat Pekan Nabalu. Harga memang fixed lah. Seringgit pon dorang tak bagi kurang. 

Last night dinner.

Lepas dah beli FM RM10, dapat 3, kitorang terus ke kedai makan sebab nak makan seafood. Memang totally depends pada Saidah mana nak bawak kitorang. Kitorang makan ikan tilapia sekor, udang sekilo, sotong yang besar tu sekor memang kenyang lah. Banyak kot makanan tu untuk 3 orang makan. Udang sekilo masak butter prawn. Last-last ratah macam tu je, nasi tak habis. Kenyang sangat. Total RM82 untuk semua tu. Teh O Ais sini pon RM2.50. HAHA. Eh aku pergi memana pong memang aku order Teh O Ais je lah. HAHA. Lepas dah kenyang makan, kitorang gerak balik hotel. Sampai bilik terus packing barang. Beg yang aku beli tu memang penuh lah, berat gila plak tu. Lepas dah settle kemas barang, mandi solat dan siap untuk tido. Tune Hotel Saidah ambil package aircond je, TV tak ambik. Tapi yang seksanya, kat situ bising gilaaa.. karoake lah lagu amenda lah, dah lewat pukul 12 lebih, 1 lebih pon masih lagi bising. Tune Hotel memang sekali dengan One Borneo Hypermall. Very not recommended lah Tune Hotel kat sini. Padahal aku yg suggest Tune Hotel ni kat Saidah, HAHA. Yaho Hotel is much much better. Dekat pon dekat dengan airport. One Borneo area Likas, sebelah UMS. Jauh cket lah dari airport sebab airport KK betul-betul tengah bandar KK. Biasanya airport2 lain jauh cket dari bandar cket. Tak tahu lah pukul berapa tertidur. 


LAST DAY.

Last day takde pergi memana dah sbb flight balik KL pukul 11 lebih, so dalam pukul 9 Saidah hantar ke airport. Tapi dalam 2 jam menunggu kat airport tu, dalam dua ratus lebih jugak lah habis bershopping kat airport tu. Ntah apa ntah yang aku beli HAHA. 


Fall in love with this place.

Sampai KLIA dalam pukul 2.30 pm macam tu then terus amik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Ain pick up kat TBS then malam tu terus balik Ganuu. Total cost habis kat KK more than RM1000. Aku budget dalam RM500 je sebenarnya, tapi dh terover shopping nak buat gane. Next time kalau ada rezeki nak pergi Kundasang lagi, frust tak dapat tengok gunung punya pasal. Insyaallah one day. 
Ok the end.
Next trip ke mana plak? HIHI. 
Tunggu lah next next ( tak tahu berapa kali next tu) month plak.

Friday, February 14, 2014

Kota Kinabalu Part 2 - Kundasang.

Malam tu tak boleh tidur, so nak bangun paginya memang payah jugak lah. Sebelum tidur tu check dulu syuruk pukul berapa. Lebih kurang 6.30 am gitu. Memang kena bangun awal lah untuk Subuh. Kat KK, 6.30 pagi pon dah cerah, macam 7.30 pagi kat Semenanjung. Lepas dah solat tu, baring kejap sebab mengantuk lagi, lepas tu terus mandi dan bersiap sebab kitorang kena pergi airport untuk pick up Akmar. Plan kitorang pagi tu terus ke Kundasang, tapi memandangkan Akmar nak jumpa Tok Wan dia yang pergi melawat rumah paklong dia kat Putatan, so kitorang singgah Putatan dulu. Tapi sebelum ke Putatan, Saidah ajak singgah dekat Sutera Habour. Singgah sekejap je, jalan-jalan tengok kapal tengok pantai. Cantik jugak kawasan dia.


Kapal-kapal orang kaya ni. HAHA.

Ni macam jeti nak ke pulau seberang sana, tapi tak sure la plak pulau apa. 

Sampai Putatan, sempat lah tersesat sekejap sebelum sampai umah paklong. Kat rumah tu ada paklong dgn tok wan Akmar je, yang lain dah keluar pergi tamu (pasar) apa ntah. Then paklong & tok wan Akmar ajak kitorang breakfast kat luar.Kitorang bertiga makan berat terus la sebab nak jalan jauh kan. Aku try Nasi Ayam Penyet. Ayam penyet kat Sabah ni jauh beza dengan ayam penyet kat Johor. Semua big portion. Ayam, sayur sambal. Sedap, but I only manage to eat a tiny part of it. Pepagi nak makan Ayam Penyet bebanyak, memang maveles sangat lah kalau boleh habiskan. TQ Tok Wan & Paklong fr the treat. Kenyang sampai ke petang.


Lepas dah habis makan semua tu, kitorang gerak ke Kundasang. Saidah sempat la bawak ronda-ronda sekitar KK sekejap, bawak pergi tengok rumah cantik lupa dah nama apa. 

Masjid Likas 


Gunung Kinabalu here we gooo!

Dalam perjalanan ke Kundasang tu, kitorang berhenti kat rumah terbalik. Nak masuk kena bayar RM10. Mahal lah, dah la kat dalam tu bukannya boleh ambil gambar pon. Bagi aku macam tak berbaloi so kitorang tak masuk, tak turun kereta pon. Tengok-tengok macam tu je. Then, kitorang teruskan perjalanan ke Kundasang. Jalan agak  mencabar jugak la, plus dengan hujan renyai-renyai. Bila dah makin tinggi kabus makin tebal, sampai tak nampak jalan. Nasib baik Saidah terer drive. Haha.

Kabus tebal, hujan renyai-renyai.

Kitorang sampai kat Pekan Nabalu lebih kurang pukul 2 petang. Singgah sekejap beli sevenier. Aku beli T-Shirt 5 helai kat situ. Harga bagi aku untuk t-shirt memang mahal lah. Walaupon dah beli banyak mintak kurang seringgit pon dorang tak bagi. Ceit.Lepas dah settle membeli kitorang terus naik atas. Singgah Strawberry farm kat Strawberry Hotel. Sampai kat Kundasang tu memang hujan tak henti-henti lah. Tapi kitorang redah je, hujan tak lebat pon. Stail hujan salji macam tu HAHA. Sejuk. Tapi malangnya strawberry nya takde pon. Ada sebijik dua je, farm dia pon kecik sangat. Jauh beza dgn Cameron Highlands. Nak masuk situ kalau bukan guest hotel tu kena bayar RM1.

Strawberry nya ada lah dua tiga ketul kat sini. 


Kitorang sempat beli strawberry pickes secoet, harga dia RM5. Saja beli nak try rasa dia macam mana. Tapi tak sedap pon. Aku makan dua bijik je kot. Saidah dgn Akmar beli aiskrim strawberry. Boleh pulak makan eskrim time hujan-hujan sejuk macam tu. HAHA. Lepas dah settle semua kat situ, kitorang terus ke hotel Kundasang Inn untuk check in. Harga pon RM100 per night. Bilik ok je kalau untuk tido, but when we compare it with price Yahoo Hotel much better. Kitorang solat dan rehat dulu sementara nak tunggu hujan reda. Tapi malangnya hujan macam takde tanda-tanda nak berhenti pon. Pukul 5 lebih kitorang keluar balik untuk dinner. Kat Kundasang ni tempat makan macam susah cket so we end up with KFC sajo. Sejuknya toksah nak kata lah, dengan hujannya lagi. I didnt bring my sweater as i expected the weather not as cold as it is. Bertahanlah dengan cardigan aje. Order hot milo dgn snack plate. Selesai makan kitorang balik, masa balik tu memang dah gelap. Padahal baru pukul 6 lebih. Sebab dinner awal, so aku fikir malam mesti lapar balik so better aku beli buah. Singgah kat gerai tepi jalan beli pisang, tapi pisang situ tak sedap. Tawar, tasteless. Lepas tu terus balik bilik. Malam tak keluar dah, gelap sejuk hujan. So better balik rehat aje, tidur awal sebab esok banyak tempat nak berjalan ni.

 Kundasang menyambut kami dgn hujan dan kabus tebal T_T

Wednesday, February 12, 2014

Kota Kinabalu, Here I Come!!


Hey, 
Dah lama tak update. 
Cerita KK haritu, lambat cket update. Well, im too busy these few weeks. Ke sana ke sini, HAHA. Gerak dari JB dengan bas pukul 1.30 pm. Sampai TBS dalam 5 lebih macam tu. Ain &Taufik dah tunggu kt TBS masa aku sampai tu. Then kitorang pergi makan cendol kt Tasik Permaisuri kejap pastu tapau makan malam then terus balik rumah Ain kat BTS. Eh masa makan cendol tu ada AR Badul dgn wife and anak-anak dia. Anak ke cucu ntah. 

Esoknya 18hb tu pepagi dalam pukul 9 pagi Ain hantar ke TBS. Aku ambil ERL untuk ke KLIA dari Bandar Tasik Selatan. Its been a while. Mahal jugak harga ERL TBS ke KLIA RM26.50 one way. Kalau dari Putrajaya baru RM6.30, padahal bukan jauhh sgt pon. Sampai KLIA dalam pukul 11 macam tu. Flight pukul 3.40 pm. Memang saja pergi awal airport sebab nak check in awal, so boleh pilih seat tepi tingkap. Nak duduk tepi tingkap punya pasal. Aku tak pernah web check in kalau ambik MAS. Aku lagi suka guna kiosk check in tu. Maybe sebab dah agak lewat, dapat la seat tepi tingkap kat belakang je. Its okay la. Asalkan tepi tingkap. Aku nak tengok awan. 

Port lepak tiap kali datang KLIA. The same place, the same bench.



Bekalan dikala bosan. 


Lepas check in, ronda-ronda KLIA kejap pastu rasa macam lapar sebab tak breakfast pape lagi, so singgah la KFC makan 2 ketul ayam. Alone and im okay! Travel kali  ni takde smartphone rasa macam haru jugak lah. Dulu makan sorang-sorang jugak tapi ada smartphone so takde lah bosan. Sekarang makan sambil baca novel. Bagus budak ni. HAHA. Lepas dah makan, pergi lepak kat tempat feveret. Kat hujung sana tu, menara tinjau.  Then, dekat-dekat pukul 2 pergi surau untuk solat jamak zuhur & asar. Lepas solat terus ke boarding hall. Time ni memang excited habis lah. Berapa kali trip ni bertangguh. Dulu terpaksa burn tiket sbb too busy dengan thesis, journal and what so ever. Akhirnya dapat jugak pergi KK, dan habis lah satu Malaysia aku jejakkan kaki, alhamdulillah. 26 tahun tu baru habis satu Malaysia. Sekejap je dah 26 dah, lagi 4 tahun dah masuk 3 series. 

Cantik gilaaa! Kan Kan. 

Ready to go into the thick clouds

Dari KUL ke BKI lebih kurang 2 jam 20 minit. Sekejap je rasanya. Tengok awan yang super cantik tu, i always amazed with the beauty of creations. Subhanallah.  Dalam pukul 6.30 pm macam tu sampai KKIA. My very first time in KKIA. Aku suka dengan environment kawasan airport tu sebab dia sebelah laut, so masa nak landing tu macam land atas air. Cantik.






 Sampai KKIA terus call Saidah, my friend back in KMNS. 6, 7 tahun tu tak jumpa. Dia tetap maintain je macam dulu. She's a dentist now. Dulu kerja kat KK, sekarang dah pindah Beaufort. Dah tahun ke 2 kat Sabah. Bila call Saidah tu, dia suruh solat dulu sebab dia pon nak solat Maghrib  sebelum pick up aku kat airport. Bila dia suruh solat dulu, aku terfikir yang aku dah solat Asar. Then baru lah teringat Maghrib kat Sabah ni awal, pukul 6 lebih dah masuk waktu. HAHA. Lost sekejap dengan timing kat sana. Pukul 6 lebih tu memang dah gelap. Then, cari surau untuk solat jamak Maghrib & Isyak. Lepas tu Saidah sampai, kitorang terus gerak pergi dinner kat area Green Point. Aku makan mee rebus. Boleh tahan sedap tapi big portion sangat, ai makan tidaklah habis. Then Saidah  belanja makanan Korea, Mandu aka dumpling. Excited nak try tapi sekali makan rasa nak terkeluar balik. kahkah. Dia macam karipap tapi kat dalamnya tu penuh dengan bawang potong dadu. Tergigit bawang! Bawang sana sini memang tak lah aku nak makan. Makan kulit dia je boleh lah. Lepas habis makan kitorang gerak balik hotel. Hotel Yahoo, RM100/night. Hotel bajet tapi puas hati jugak lah, semua lengkap.2 Single bed, aircond, TV, towel, toiletries, heater, almari. Okay selesa.  Saidah sampai dari Beufort dalam pukul 3 lebih petang, so dia check-in kan dulu.


  
Three of us, after 6 years.

Masa first day, kitorang berdua je. Sorang lagi kawan, Akmar depart dari Kuching, sebab dia ada hal kat Kuching a day before. Akmar pon sambung PhD, tapi kat UPSI. Dia nak kawen dah bulan 3 ni! Sepatutnya kitorang berdua gerak sama-sama dari KL. Dia terpaksa burn tiket, terpaksa beli tiket lain. 

End of Day 1. Day 2 esok sambung.