Thursday, September 27, 2012

Cameron Highlands




Final part of the trip, fuh!


After having our Pasempoq and the mee udang and also drama of 'cari toilet' kitorang di Padang Kota Lama, Penang kitorang bertolak keluar dari pulau around 2.00 am. Wey apalah tempat awam ramai orang macam tu toilet semua tutup??

Dalam pukul 3 am lebih kot, kt highway we bumped into an accident and we're first to arrive there! Masa tu takde sesapa tolong the mangsa accident tu, then driver bas kitorang berhenti dan tolong mangsa. Kereta memang hancur dan alhamdulillah semua mangsa selamat. Kereta viva memang betul-betul hancur lah. Tengok keadaan kereta tu macam tak yakin je boelh selamat kot.


Pukul 5 lebih ( not remember the exact time), sampai Cameron Highlands. Its been 10 years since the last time i went there. Last pergi 2002, form 2. Singgah masjid untuk solat mandi semua. Tapi ada ke yang mandi masa tu? Sejuk gila kot! Sentuh air dah macam ais. Lepas settle semua, singgah mamak breakfast, disebabkan perut masuk angin and takde selera sangat nak makan plus im not really into mamak, aku order maggi aje. Tu pon dop habis makan. 

 Comel betul si Qusyairi ni, geram tengok dia okay! Belom setahun lagi tapi bukan main aktif lagi.

 First stop, bee farm? 
Aku pon tak faham kenapa perlu melawat tempat ni. Kahkah
Second stop, ladang strawberry.
Pergi Cameron Highlands, haruslah pergi petik strawberry sendiri kan
Kitorang petik 1kg ++, RM60
Kongsi 3 kot


Last stop, Cameron Valley the ladang teh and bought 3 kotak teh. 
1 untuk family, 1 untuk rumah kakak, 1 untuk cousin

 




Then, dalam pukul 1 lebih (kot) dah turun dari Cameron, ada miscommunication cket dengan the driver masa ni so tentatif kitorang untuk ke Air Panas Simpang Pulai tak jadi, terus lah balik JB. Singgah Damansara hantar Mutia dan dalam pukul 8 sampai UTM. Selamat lah sudah trip kami. Esoknya pergi lab jumpa supervisor untuk discuss paper.

p/s : 3.12 am, nak sambung mengadap paper kejap dah alang-alang mata tak mengantuk lagi ni.

Monday, September 17, 2012

Wang Hantaran di Malaysia


Found this on web
Belanja kahwin mahal punca ramai lelaki Melayu berhutang

Realiti masyarakat kita sekarang
Nak belajar berhutang, nak beli kereta berhutang, nak beli rumah berhutang.
Nak kahwin pon kena berhutang juga?
 
 

Kadang-kadang masyarakat negara kita ni suka rumitkan benda yang senang kan?

Dont worry, it is not valid for me
Not for my family as well. 
 

Langkawi Part 3 - Cable Car


Day three.
Aktiviti kami adalah naik Cable Car di Gunung Machinchang
Sari awal-awal dh ke Bayview Hotel untuk Conference dia.
So kitorang yg tinggal ni semua ke Langkawi Cable Car lepas breakfast.
Kitorang awal-awal dah siap, then nak menunggu semua siap alahai
About one hour lebih jugak lah menunggu.



 
Here we go!

Sampai dalam pukul 11 lebih, masa ni takde lah ramai sorang sangat. Weekday kan. Foreigner tourist aje yg ramai.

 Harga tiket RM15/pax untuk warganegara dan RM30 untuk si Mutia. Kali ni kena tunjukkan IC semua.



ida & adik dia

Masa awal-awal, gayat kot. Padahal sebelum naik tu aku lah paling excited, pastu sepanjang dalam perjalanan tu duk pujuk Shaf naik sekali. Since dari UTM lagi dia dah cakap taknak naik. Last-last dia naik jugak. HAHA

No food and water allowed. Tapi aku bawak je mineral water masukkan dalam handbag tu. 
Pandai-pandailah nak hidup


 
 Kat sini ada dua station, middle station dgn top station. Bila dah sampai atas tu, cantiknya view dia. Tapi sayang, masa kitorang pergi ni, jambatan gantung kt tempat SRK berlakon tu under maintenance. So tak dapat lah nak pergi kawasan jambatan gantung tu. Rugi-rugi.

Jambatan Gantung. Tengok dari jauh je termampu



The view



Aku and the gang

Lepas naik top station, ronda-ronda bergambar semua pastu turun. Nak buat apa lama-lama kan. Kitorang lebih pentingkan masa untuk bershopping di Pekan Kuah. Tapi kitorang je yang turun, satu group lagi bukan main lamaaa lagi kat atas nun. Tak paham aku buat apa lama sangat. Sejam lebih jugak tunggu dorang ni turun.

Geopark Village, where the Cable Car located.

Ronda-ronda, lepak tepi tasik for more than one hour. 

So, bila masa spend kat Cable Car dah lama, masa untuk shopping adalah sangat sekejap. Memang tak sempat. Keluar dari Cable Car pukul 1 lebih, dekat pukul 2 sampai Pekan Kuah. Pukul 4 kena kumpul balik sebab dah nak gerak ke Jetty. Beli chocolate tak sampai 2 jam pon, kejar sana kejar sini nak makan lagi. Dah la tengah lapar. Memang tak sempat la nak survey banyak kedai. Masuk Haji Semail, pilih-pilih terus bayar. Memang kelam kelibut betul. Kalau beli satu dua je takpe, ni beli banyak. Untuk orang tu, untuk orang ni untuk diri sendiri lagi.

Last-last untuk diri sendiri satu bar Cadbury Cashew je yang besar tu.
Sampai UTM terus rasa menyesal yg hamat.
Awat la beli satu je, aku ni dah la penggemar Cadbury tegar
Satu bar tu dalam sekelip mata je dah habis.

Sampai K.Perlis, terus naik bas ke Penang. 
End of day three.

Its okay lah, benda dah lepas. Insyaallah kalau ada rezeki lepas ni boleh pergi lagi kan.

Sunday, September 16, 2012

Langkawi Part 2- Island Hopping

Second day.
Started with no taxes McD breakfast. Seronoknya hidup tanpa taxes kan? McD Underwater World dengan tempat penginapan kitorang dekat aje so pagi tu aku and the gang breakfast McD. 

Lepas tu, kumpul untuk aktiviti hari ni. Island Hopping, RM24 per head. Tiga destinasi, Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah. 


Guna dua bot je, sebab tak semua yang pergi. 


First stop, Pulau Dayang Bunting. 

 
See the shape of that pregnant-woman-like island?
The Island of Pregnant Maiden

 


 


Singgah tasik Dayang Bunting for two hours, ada yang mandi. Aku and the gang bergambar aje sudah. 


Tasik Dayang Bunting

 
Gangnam lah sangat. HAHA


Then, gerak ke tempat Eagle Feeding. Tengok aje burung helang tu, takde bagi makanan pon.

Last, Pulau Beras Basah. Ramai yang bermandi-mandi. Pantainya Subhanallah cantiknya. 

 
Ramai yang mandi, tapi as usual aku and the gang bergambar je. Tengok orang bermandi-manda je. Tourist-tourist kat sini memang semua berbikini lah. Segan ai nak tengok. 

 

 

Lepas dah spend dua jam kat sini, kitorang balik. The tour agent ada jual souvenir yang printed gambar kita, so sapa nak beli bolehlah RM10 satu. Bila semua beli, aku pon beli lah walaupon aku tak berkenan langsung gambar tu. Tak sedar bila lah dorang snap gambar tu. Huhu.

 
Parasailing, teringin sebenarnya nak cuba tapi mahal la pulak. Cancel.
Then, petang tu adalah aktiviti sendiri. Satu group pergi bermandi-manda kt Langkawi Falls tu, tapi aku bertiga Shaf dan Mutia decide untuk ke Langkawi Underwater World. Sari stayed kat bilik siapkan kerja dan study untuk conference dia. Tiket RM 28 for Mykad holder. Untuk Mutia RM35 kalau tak silap. Tapi memandangkan aku yang beli, wakil dan dorang ak mintak IC pon so Mutia dapatlah harga RM28. 

Awal-awal masuk, semua kagum. Bukan main panjang Wahhh nya tu tapi bila dah hujung-hujung. Hmm bolehlah.Untuk kids sesuai lah. 


Then, malam pulak kitorang plan untuk bershopping di Pekan Kuah. Tapi dah bertolak lambat, so banyak kedai dah tutup. So we decided untuk lepaking kat Dataran Lang je. Kitorang pergi satu van je. Lagi satu van dorang ronda mana ntah. Kali ni the driver is Tina. 



The fotographer merangkap driver kitorang, Tinagaran. Kesian gambar selalu takde so tangkap gambar sendiri je lah. Yang penting, belakang tu masuk sekali. HAHA.
Si Tina ni bagus. Mahir dgn jalan Langkawi, padahal ni kali kedua pergi. Bila kitorang minta dia bawa pergi Makam Mahsuri, Beras Terbakar semua dia ikut je. Tapi memalam mana lah bukak, its okay tengok pintu je dah cukup. At least pernah sampai kawasan situ.Sebab nak pergi time siang memang dah takde masa dah.

End of day two.