Sunday, March 6, 2016

Sabah Feb 2016

Hello. 
Selepas 2 tahun, akhirnya dapat jejakkan kaki sekali lagi ke Sabah. Disebabkan masa pergi tahun 2014 dedulu rasa frust sebab tak dapat nak tengok gunung Kinabalu sebab time tu cuaca hujan berkabus. Dua hari di Kundasang tapi dua-dua hari tu gunung segan nak menjelmakan dirinya. Kali ni alhamdulillah ada rezeki nak tengok gunung. Beli tiket tahun lepas masa AirAsia free seat promo, JHB-KUL dapat harga RM60 return. So terus lah grab, time ni takde plan nak ajak sesapa pon, just beli sorang-sorang. Lepas tu baru lah ajak Wani Sari Yani Apis. Wani beli tiket dalam RM180. Sari Yani Apis beli tiket last minute so memang agak mahal lah 2ratus lebih 3 ratus lebih, hiks. Sari dengan Yani depart dari KUL kitorang bertiga dari JHB. Jumpa di BKI dalam 10 pagi macam tu then ambil kereta sewa dan terus gerak ke Kundasang. Trip kitorang 5 hari 4 malam, 2 malam di Kundasang dan 2 malam di KK. Kereta sewa Myvi dapat RM480.

with Sari

Bila dah dapat kereta terus gerak ke Kundasang. Singgah isi minyak dan isi perut dulu almaklumlah semua dah lapar kan. Pepagi subuh dah gerak ke airport dengan tak makan apa-apa lagi. 
Kinabalu Mountain Lodge

Di Kundasang kitorang stay di Kinabalu Mountain Logde, location dia macam kawasan kaki gunung jugak lah. Sampai dalam pukul 1 lebih dah. Mencabar betul nak ke tempat ni, jalan kecik batu-batu lepas tu naik bukit tinggi tapi bila dah sampai kawasan ni wahh cantiknya view. Sampai je terus check in dan masuk bilik rehat solat buat apa yg patut. Kitorang perempuan berempat ambil family room Apis sorang dok dorm. Masuk bilik macam agak terkejut jugak lah, tingkat atas macam loteng je, hihi. Bilik kecik. Ok lah sebab nak jimat punya pasal. Air panas available 4 pm - 6 pm je. So nak mandi pagi atau malam memang rasa ais lah jawabnya. Staff dgn owner friendly. Boleh masak tapi vegetarian je. 


Aktiviti pertama kitorang petang tu ke Desa Cattle farm. Dalam pukul 2 lebih kitorang keluar terus ke tempat lembu tu. Tiket masuk RM5 per person. Naik seringgit dulu pergi RM4 je. Tapi jalannya tetap berbatu-batu jugak. Tengok tempat ni ada lah perubahan sikit. Dulu takde Barn 1 Barn 2 tu macam kat gambar bawah ni. 


Aktiviti biasa bila sampai sini, bagi anak lembu anak kambing minum susu makan rumput
Harga susu dan rumput sama lagi. RM1.50 susu RM1 rumput
Keadaan anak lembu pon sama je macam sentiasa kelaparan
HAHA

Biasa lah tu, photographer jarang ada dalam gambar kan, hiks.

Panjat pagar atas risiko sendiri, bahaha. 



Sari

Bila dah habis pusing bergambar semua kitorang masuk kedai dia tu untuk beli susu. Segar dari ladang. Tapi dorang je lah yang beli iols tak beli pong sebab tak minum susu. Nak beli waffle dah habis eskrim pon dah habis. Maybe sebab time tu dah petang kot. Tempat ni buka dari pukul 8 am - 5 pm. Dalam pukul 4 lebih kitorang keluar dari tempat ni terus ke pekan Kundasang untuk cari makan malam. Kena makan awal sebab malam tak keluar. Gila nak keluar dengan keadaan jalan masuk ke tempat kitorang stay yang macam tu, takde lampu jalan sempit curam. Agak bahaya so taknak ambil risiko kita makan malam siap-siap sementara belum gelap lagi. Petang tu kitorang makan KFC je. Dalam pukul 6 lebih kitorang balik. Tapi nak mandi kena tunggu air isi dalam tangki dulu. Sekarang musim El Nino kan, Kundasang dah few months tak hujan so bekalan air memang kurang. Masa berbual dgn owner tempat ni dia cakap dorang terpaksa beli air yang agak jauh sikit dari tempat ni, mengangkut air  dua kali sehari kot, pagi dan petang. Kalau mandi time ramai orang memang air slow lah. Aktiviti malam takde buat apa sangat pon, lepak kat ruang tamu main Uno game, HAHA. Pukul 10 lebih masuk bilik untuk tidur sebab memasing dah penat dan mengantuk. Tengah siap nak tidur ada makcik bilik depan ketuk bilik kitorang bagi nasi goreng ayam 2 bungkus. Katanya dorang beli lebih. Tapi sampai esok takde sapa nak makan, last-last buang macam tu je. 
Malam tu aku tak boleh tidur, setiap jam terjaga. Biasa lah awal-awal, tempat asing susah nak tidur tambah plak bising. Dorang bertiga aku rasa dalam 5 minit baring semua dah tidur, haha. Orang bilik depan bercakap pon boleh dengar. Pukul 4 pagi dengar orang bilik depan cakap pasal nak joging. Bahaha nak tergelak pon ada. Pukul 5 lebih tu kitorang bangun terus g toilet, semua tak mandi kot sejuk gila takde air panas. Apis tanya cakap semua mandi hahahha. Dia sorang je mandi kot.  

Kawasan mountain lodge, boleh nampak gunung uols.

Aktiviti untuk hari kedua kitorang nak pergi Ranau, Sabah Tea, Fish Spa dengan Poring. Pukul 6.30 am kitorang keluar. Saje keluar awal pagi sebab nak tengok gunung. Masa yang sesuai nak tengok gunung dalam pukul 6 lebih sampai 8 lebih. Sebelum awan keluar. Kalau cuaca cerah time ni view memang cantik. Superb. Serius excited bila dapat tengok gunung. 

Ni jalan masuk untuk ke mountain lodge, 
Singgah untuk ambil gambar gunung kt belakang tu tapi dalam gambar tak nampak gunung le pulak

Rasa macam speechless sekejap dapat tengok view macam ni
Excited okay
Lepas tu rasa jeles dgn penduduk sini yg tiap hari boleh tengok view macam ni.
Memang cantik, lepas tu fikir macam mana keadaan masa gempa bumi haritu.

Berhenti tepi jalan ambik gambar, hiks.
Ni kawasan roundabout pekan Kundasang

4 same-age single ladies, hiks.


Yani dan Wani

Singgah di Kinabalu Park utk bergambar

 Sebelum gerak ke Ranau kitorang singgah beli breakfast dulu. Macam-macam jenis kuih ada.

Lepas dah makan sarapan kitorang gerak ke Ranau. Destinasi pertama ke Sabah Tea. Sabah Tea ni pon dah lain sekarang. Souvenir shop dia dah pindah kat kawasan atas lagi, tempat yang lama tu dia renovate. Tu yang bila awal-awal masuk tu macam confuse je kenapa macam lain je ni haha. 

Sabah Tea plantation
Nampak gunung di sebalik awan, hihi.

Tempat ni jugak ada rumah panjang, boleh stay sini. Range harga tak tau lah berapa. Nak masuk kejap bergambar pon boleh, free aje.





Keadaan dalam rumah

Then, destinasi seterusnya Tagal Luanti fish spa, sebelah simpang Sabah Tea je.
Last time tak dapat masuk sebab air melimpah, malamnya tu hujan. 
Kali ni dapat masuk alhamdulillah cuaca panas
Erk terlebih panas kot.

Masuk sini RM5 per person, RM5 for camera per group (tak kisah berapa bijik kamera pon).
RM0.20 untuk makanan ikan.

Serius geli. Rendam kaki sekejap je pastu kuis-kuis ikan suruh pergi jauh-jauh hahaha.
Lepas dah puas berendam kaki kat sini, kitorang gerak ke Poring

Masuk Poring National Park kena bayar RM3. Kat sini access ke Poring Hot Spring. 
Singgah kejap rasa air panas ambik gambar lepas tu kitorang ke Canopy Walk, kena jalan ke atas lagi. Kawasan air panas ni bau sulfur dia agak kuat lah. Boleh mandi kalau nak mandi.

Nak ke Canopy Walk kena bayar lagi RM3, RM5 per camera.
Kena mendaki boleh tahan tinggi jugak lah.

Canopy Walk ada tiga platform je, bagi aku biasa je tak gayat pon.
Rasa macam sekejap sangat. 
Kagum jugaklah macam mana dorang boleh buat jambatan gantung atas pokok yg tinggi tu.
Keluar dari Canopy Walk kitorang naik lagi atas, padahal kaki dah agak penat time ni.
Tapi nak naik lagi jugak. Plannya nak ke gua tempurung ke apa ntah nama dia tapi stop bila sampai kat waterfall je. Sebab jauh gle kena jalan, jauh dan kena mendaki. Iols dah tak larat dah.

 Jumpa buaian ni kat kawasan waterfall. Hiks. 

Bila dah agak petang tu, kitorang gerak untuk balik ke Kundasang semula. Singgah pekan Ranau untuk lunch. Cari kedai makan last-last makan kat tempat yg sama time dengan Saidah & Akmar dulu. Tak ingat jalan pon sebenarnya main redah je mana yg nampak okay. Sebelum balik pergi Pekan Nabalu dulu untuk dorang beli souvenir. Sebab dulu, kalau beli t-shirt kat Pekan Nabalu lagi murah dari Pasar Pilipin kt KK, sebab tu suggest kt dorang beli kat situ je. Iols tak beli pong sebab dah beli dulu untuk semua selai sorang, buat pe nak beli lagi kan, hiks. Lepas dah habis shopping kitorang beli maggi untuk makan malam tu. Masak megi letak telur letak sayur makan kat ruang tamu tu, sedap woo. Malam ke dua pon tak dapat tidur. Bilik sebelah grup lelaki 4 orang baru check in. Serius tempat ktrg stay ni kau sembang dalam bilik pon orang sebelah orang depan boleh dengar. HAHA. Kalau nak privasi jangan lah stay sini. Tapi kalau bekpekes nak save budget okay je duk sini. View cantik. 
Next-next day sambung esok lusa plak.