Hari kedua, lepas bersiap pagi tu dalam pukul 10 lebih dah check out. Tanya receptionist macam mana nak ke waterfront. Dari 360 hotel ke waterfront lebih kurang 15 minit je kot, it upon sebab tersalah jalan melencong sana sini sekejap. Then, sampai waterfront terus lepaking kejap kat situ tengok sungai Sarawak (Sg Rajang ke sebenarnya tu?), tengok boat. Lepas tu rasa macam teringin nak naik boat tu, Shaf cakap kalau nak pergi kampung seberang sana naik boat 50 sen je. Awal-awal just tengok-tengok je dulu then kebetulan pakcik boat ni baru je menurunkan penumpang dia, so dia tanya aku tak naik ke tak. So aku naik je lah, pakcik tu cakap kalau nak pergi jalan-jalan ronda-ronda sungai ni RM15, kalau setakat nak pergi seberang tu 50 sen je, and I chose ronda-ronda sepanjang sungai tu. Masa tengah deal dengan pakcik ni, ada sorang makcik ni dengan anak menanti dan cucu dia pon datang nak join sama. Nampak gaya macam orang semenanjung jugak.
Boat ni takde life jacket pon, semuanya ditanggung sendiri lah. Risau
lah jugak sebenarnya tengaok air confirm lah sungai ni dalam. HAHA. Naik
boat terhujung-hayang lah jugak. Sembang dengan makcik tu, dorang dari Pontian. Bila aku cakap aku
sorang, makcik tu tanya tak takut ke sorang? Entah. Bagi aku nak takut
apa sebenarnya? Orang jahat? Mana-mana pon ada orang jahat kan. Kat
negeri sendiri pon belum tentu lagi kita terjamin selamat. So nak takut
apa. Lama lah jugak pakcik ni bawak kitorang jalan, dalam setengah jam
macam tu.
Then lepas tu kitorang pisah, makcik dan family pergi makan. Aku baru
nak cari mana Tune Hotel, walaupon masa tu awal lagi tapi at least nak
tinggalkan beg pack dulu. Tercari-cari jugak lah sebab alamatnya
betul-betul area waterfront. Bila google baru lah jumpa, betul-betul
depan Hilton Hotel. Sampai tune hotel tanya boleh tak nak check-in awal,
masa tu lebih kurang pukul 12 lebih. Nak check in awal boleh tapi kena
tambah RM12. Peh mahal gila so aku pilih untuk simpan beg je, RM2 untuk
satu beg. Lepas tu boleh sambung jalan-jalan cari makan dengan tenang.
Masuk Parkson macam takde tempat makan yang menarik, then keluar balik
dan jumpa lah satu restoren ni, Kuching Station. Betul-betul tepi
jalan.Tengok menu dia harga makanan boleh tahan mahal lah jugak. So
tengahari tu aku pilih makanan Sarawak lagi, namanya Lelapan Ayam. Ada nasi, ayam goreng, sup
kosong dengan ulam-ulam celur; kacang panjang and daun apa ntah dan
timun. Lepas tu order fresh watermelon dan aiskrim. Tapi aku makan
separuh je nasi tu. Aiskrim pon boleh tak habis. Pelik betul dengan
selera aku kat sana, makan dah lah sikit je pastu takde lah rasa lapar
sangat.
Sekitar bandaraya Kuching
Lepas perut dah kenyang, aku sambung ronda-ronda lagi. Kali ni jauh
jugak lah berjalan sampai mana ntah. Macam kawasan orang cina je. Lepas
dah rasa jauh sangat pastu patah balik semula. Bila dah petang baru
balik hotel untuk check in dan rehat kejap. Book online harga basic fare
je, RM33/night, lepas tu add on TV je RM10.60/24 hours. Mana boleh
takde TV oi, takde aircond no hal kipas dah ada. Kalau nak wifi pon
boleh tapi kena bayar RM12/24 hours.
Sekitar waterfront
Signature of Kuching
Single room. Bilik ni dop best
Then,
dalam pukul 6 lebih tu keluar balik untuk cari dinner. Kali ni pergi
waterfront lagi. Waterfront ni bila malam ni meriah cket. Banyak
gerai-gerai yang dorang buka, gerai makanan, souvenir, kek lapis pon
ada. So malam tu tapau nasi goreng kampung + air apple je makan kat
bilik. Lepas beli makanan terus balik hotel. Malam tu as usual lah
tengok tv dan tidur awal, tapi empatpuluhpat kali akan terjaga.
End of day 3.