Friday, October 25, 2013

Its been a while


After all the hardworks, tears and pains. Finally. 

 Walaupon penat, walaupon seksa, hidup tunggang terbalik tapi my journey does not end here. Insyaallah. 
Impian mesti dikejar. 
Bukan senang nak jadi yang terbaik.
Tapi bukan yang terhebat yang diidam.
eh? kbye.


and, as a self-reward :)
Counting days... 


p/s : Baru diberitahu terlepas satu award disebabkan oleh satu gred. Takde rezeki, insyaallah lepas ni i'll work harder.

Thursday, September 19, 2013

Finally..



For the choice that i've made, lets just hope it is the best choice.
Insyaallah.

Wednesday, June 19, 2013

Dreams


"Hold fast to dreams 
For if dreams die 
Life is a broken-winged bird 
That cannot fly"

"Let's your dream leads your way"




p/s : Congratulations to you, and to you 
and
welcome to the world little girl
:)

Wednesday, June 12, 2013

Penang

Penang.
Baru nak update, hihi. Kemalasan untuk menulis sangatlah tinggi. 

 
Bell, sudah jadi ister shahrol.  


 Kitorang gerak dari UTM elok-elok je time maghrib. Kelam kabut betul, habis VIVA pukul 6 lebih terus balik bilik packing, end up memang banyak lah benda yang tertinggal. Singgah Dengkil untuk solat pastu tak berhenti mana-mana dah. Sampai homestay lebih kurang pukul 4 pagi, sempat lah sesat sekejap. Kitorang pergi berlima; aban (driver) n wife, sari ema dan aku.


 Sampai ke Sungai Petani kitorang pergi, pergi kampung Nad. Tangkap gambar tengahari buta panas-panas tu.
Kat belakang tu Gunung Jerai.

 

 Lepas habis majlis Bell & Shahrol, petang tu masuk pulau. Check-in Tune Hotel. Malam tu lepas dinner kitorang pi makan pasemboq kat Persiaran Gurney. Asalnya nak pergi kat Padang Kota Lama tapi kebetulan time tu ada #Black505, so pergi Gurney sajo. Pasemboq kat Gurney jauh lagi murah dari PKL. Tapi sebab time tu dah agak kenyang so makan tak habis. Sayangnya ketam aku! HAHA. Banyak kot tak habis, bila tapau ingat nak makan esok pagi tapi jangan harap esok tu memang terus buang.
Then, esoknya terus check out dan jenjalan.


  Cendoi Pasar Chowrasta. 
Manis sangat, aku minum tak sampai setengah.




Then, singgah lunch di KAPITAN. Jiha (wife Aban) yang perkenalkan. Dia ex-student USM so tahu lah mana tempat makan yang best.


Knowing me, aku memang jenis yang tak berapa gemar dengan mamak ni. Kalau nasi kandaq memang aku tolak tepi. Tapi bila first time makan ayam Kapitan ni terus ai terjatuh hati. Sangat sedap hokay! Siap tapau lagi sebungkus. Kah kah.  


 Sapa nak pergi Penang, aku nak kirim ayam ni. 

 
Lepas lunch, terus keluar pulau then bertolak balik ke Johor. On the way balik, Aban ajak singgah kolam air panas ni. Kuala Wok, dekat Tapah. Betul-betul bawah Cameron Highlands. Kawasan air terjun tapi ada kolam air panas. Semua tak mandi sebab malas nak tukar baju, tapi kalau dapat mandi mesti best ni.


 
Takde gunung berapi tersembunyi pong, jangan risau.

 
Kat celah-celah batu tu la kawasan air panas, sebelah panas sebelah sejuk. Subhanallah. 

 
Makan ayam kapitan sambil tenagok orang mandi. Syok. 

Dalam pukul 6 petang kitorang keluar dari tempat ni, singgah RnR Tapah untuk solat jamak. Then Singgah Klang untuk makan malam pastu singgah rumah Jiha untuk solat pastu terus gerak balik Skudai. Pukul 2 lebih (pagi) sampai UTM. Veryyy nice journey. Sangat seronok, lebih-lebih lagi baru je lepas VIVA masa tu. HIHI.

Dah. Itu sahaja. Pemalas betul. 

Friday, April 12, 2013

Kuching part-3

Okay last part.
Mood untuk sambung Kuching trip ni dah hilang sebenarnya.

Third day iaitu hari last kat sini, aku pergi Pasar Satok (kubah ria), pasar ni locals panggil pasar minggu sebab sabtu dan ahad je yang bukak. Pergi sendiri sorang-sorang naik bas, pengalaman itu nice jugaklah untuk dikenang. HAHA. The locals were very nicee lah. Dari waterfront ke satok naik bas RM2 ( kena tukar bas - dua bas kena naik). Balik naik teksi RM15. With the help of sarawakians, aku berjaya pergi balik dengan selamatnya, alhamdulillah semua smooth saja. Takde sesat jalan ke apa ke. 

Sampai kawasan pasar terus cari breakfast dulu.

 
Mee kolok aka kolok sup


 
Pasar tani area pasar satok. Pasar ni besar, macam-macam ada, love this.

Lepas dah ronda-ronda beli barang - ikan terubuk masin  kek lapis dengan kuih cincin terus cari teksi untuk balik sebab dah penat. Sampai waterfront singgah kat roadshow karnival pendidikan tinggi negara (kebetulan masa itu ada kat kuching), aku masuk sebab nak beg free dorang je letak ikan terubuk aku tu. Nanti senang nak angkut bawak naik kapal terbang as aku takde beli luggage pape.


 Lepak-lepak kat waterfront sampai tengok ragam-ragam bebudak pergi karnival tu.

Masa lepak sorang-sorang kat sini dua orang brader yang jaga booth (u mana ntah, lupa dah) mintak tolong tangkapkan gambar untuk dorang guna tab, lepas tu macam mana ntah gambarnya takde. Dua tiga kali lah jugak aku try tapi gambarnya tetap takde. Dah dorang cakap aku tak ikhlas. HAHA. Rupa-rupanya gambar gelap sebab terlindung dgn case dia tu. Sembang-sembang dengan dorang kejap. Biasalah bila orang semenanjung jumpa orang semenanjung kat borneo.

Tips: Biasanya kalau travel sorang-sorang especially perempuan, for safety reason it'd be better kalau kita tak cakap kita ni sorang-sorang kalau orang tanya. Tengok orang jugak lah sebenarnya. Kalau kita rasa orang tu pelik semacam je, pandai-pandai lah kelentong cket.

Tapi dengan dua brader ni okay je, dorang pon tengah kerja jaga kaunter wakil U dorang, lepas tu aku memang dah nak balik dah petang tu so bila dorang tanya jawab aje lah benda yang betul.

 
Tunehotel belakang hilton tu.

 
Cantik design ADUN ni


 Then, bila dah petang balik hotel dan bersiap untuk ke airport. Guna airport transfer dari tune hotel ke kuching international airport kena bayar RM20. ceit maheii betul! Hotel 360 dorang cas tak sampai rm3 utk airport tarnsfer.

 
Pas lawatan sosial.
Orang semenanjung permitted to enter and remain in sarawak for 90 days only. 


 
Kuching International Airport

 7.20 p.m ke JHB

End of the trip, alhamdulillah. Lepas ni aku target untuk ke BKI for the next next next 
(taktahu bila) month Insyaallah.
and then,
Complete lah sudah satu Malaysia dalam masa 25 tahun.


p/s : Balik dari Kuching, singgah johor dulu lepas tu balik terengganu sambung cuti. On the way balik rumah (kat terengganu), purse aku hilang, not sure tercicir atau orang curi. Yang pastinya hilang masa dalam bas, masa tu memang penat mengantuk sangat so tertidur dalam bas. Tapi aku perasan orang sebelah aku (seat yang belah sana) lelaki muka macam drug addict je tapi takde nk cakap dia yang ambil. Masa naik bas tu memang ada lagi utk bayar tiket bas, lepas tu tertidur dengan handbag terbukanyaa. Nasib baik dalam purse duit tak banyak, dalam rm20 gitu je sebab dah asingkan dalam pocket kecik handbag, dalam rm450. Nasib baik tergerak hati nak letak asing-asing. alhamdulillah duit tu ada je dalam handbag. Cuma terkilan sebab ada benda yang aku sayang dalam purse tu yang aku simpan dari tahun 2009. Terkilan sangat-sangat tapi terpaksa redha, huhu. Bankcards, matric card, lesen semua hilang lah. matric card & lesen sampai sekarang tak ganti baru lagi, heww. IC nasib baik juga ada dalam handbag, mungkin masa kat airport tu aku tak masukkan dalam purse terus ataupon 'orang' tu tinggalkan ic. Entah tak ingat. 

i take that as kecuaian diri sendiri, masa balik dari Medan tahun lepas pon hilang jugak, tapi yang tu dia amek duit je (kat airport medan), purse tinggal yang ni dengan purse sekali dia angkut. betapanya aku sayang purse merah aku tu susah nak cari ganti haha.


Thursday, March 28, 2013

Kuching part 2

Day 2 di Kuching.


Hari kedua, lepas bersiap pagi tu dalam pukul 10 lebih dah check out. Tanya receptionist macam mana nak ke waterfront. Dari 360 hotel ke waterfront lebih kurang 15 minit je kot, it upon sebab tersalah jalan melencong sana sini sekejap. Then, sampai waterfront terus lepaking kejap kat situ tengok sungai Sarawak (Sg Rajang ke sebenarnya tu?), tengok boat. Lepas tu rasa macam teringin nak naik boat tu, Shaf cakap kalau nak pergi kampung seberang sana naik boat 50 sen je. Awal-awal just tengok-tengok je dulu then kebetulan pakcik boat ni baru je menurunkan penumpang dia, so dia tanya aku tak naik ke tak. So aku naik je lah, pakcik tu cakap kalau nak pergi jalan-jalan ronda-ronda sungai ni RM15, kalau setakat nak pergi seberang tu 50 sen je, and I chose ronda-ronda sepanjang sungai tu. Masa tengah deal dengan pakcik ni, ada sorang makcik ni dengan anak menanti dan cucu dia pon datang nak join sama. Nampak gaya macam orang semenanjung jugak.


Boat ni takde life jacket pon, semuanya ditanggung sendiri lah. Risau lah jugak sebenarnya tengaok air confirm lah sungai ni dalam. HAHA. Naik boat terhujung-hayang lah jugak.  Sembang dengan makcik tu, dorang dari Pontian. Bila aku cakap aku sorang, makcik tu tanya tak takut ke sorang? Entah. Bagi aku nak takut apa sebenarnya? Orang jahat? Mana-mana pon ada orang jahat kan. Kat negeri sendiri pon belum tentu lagi kita terjamin selamat. So nak takut apa. Lama lah jugak pakcik ni bawak kitorang jalan, dalam setengah jam macam tu. 

 


 
Then lepas tu kitorang pisah, makcik dan family pergi makan. Aku baru nak cari mana Tune Hotel, walaupon masa tu awal lagi tapi at least nak tinggalkan beg pack dulu. Tercari-cari jugak lah sebab alamatnya betul-betul area waterfront. Bila google baru lah jumpa, betul-betul depan Hilton Hotel. Sampai tune hotel tanya boleh tak nak check-in awal, masa tu lebih kurang pukul 12 lebih. Nak check in awal boleh tapi kena tambah RM12. Peh mahal gila so aku pilih untuk simpan beg je, RM2 untuk satu beg. Lepas tu boleh sambung jalan-jalan cari makan dengan tenang.  Masuk Parkson macam takde tempat makan yang menarik, then keluar balik dan jumpa lah satu restoren ni, Kuching Station. Betul-betul tepi jalan.Tengok menu dia harga makanan boleh tahan mahal lah jugak. So tengahari tu aku pilih makanan Sarawak lagi, namanya Lelapan Ayam. Ada nasi, ayam goreng, sup kosong dengan ulam-ulam celur; kacang panjang and daun apa ntah dan timun. Lepas tu order fresh watermelon dan aiskrim. Tapi aku makan separuh je nasi tu. Aiskrim pon boleh tak habis. Pelik betul dengan selera aku kat sana, makan dah lah sikit je pastu takde lah rasa lapar sangat.



 Sekitar bandaraya Kuching

 Lepas perut dah kenyang, aku sambung ronda-ronda lagi. Kali ni jauh jugak lah berjalan sampai mana ntah. Macam kawasan orang cina je. Lepas dah rasa jauh sangat pastu patah balik semula. Bila dah petang baru balik hotel untuk check in dan rehat kejap. Book online harga basic fare je, RM33/night, lepas tu add on TV je RM10.60/24 hours. Mana boleh takde TV oi, takde aircond no hal kipas dah ada. Kalau nak wifi pon boleh tapi kena bayar RM12/24 hours. 

 Sekitar waterfront

 Signature of Kuching

 Single room. Bilik ni dop best

Then, dalam pukul 6 lebih tu keluar balik untuk cari dinner. Kali ni pergi waterfront lagi. Waterfront ni bila malam ni meriah cket. Banyak gerai-gerai yang dorang buka, gerai makanan, souvenir, kek lapis pon ada. So malam tu tapau nasi goreng kampung  + air apple je makan kat bilik. Lepas beli makanan terus balik hotel. Malam tu as usual lah tengok tv dan tidur awal, tapi empatpuluhpat kali akan terjaga.

End of day 3. 

Wednesday, March 27, 2013

Kuching part 1

 Selipar buruk ni dah jauh berjalan

Ehem. Tetiba rajin nak mengarang cerita Kuching ni. Its been few few weeks dah. Dah sebulan dah kot. Sebenarnya dah lama teringin nak pergi Sarawak, tapi keadaan tak mengizinkan sehinggalah lepas balik dari trip Pulau Langkawi dengan family haritu. Lepas tu baru ada keberanian nak travel secara solo, lagipon draft tesis sudah hantar, after 15 months bertungkus-lumus so I take that as a self-reward. Sesekali kita patut hadiahkan diri kita dengan sesuatu yang kita suka kan. 


Aku book tiket kapal few weeks je sebelum pergi, so harganya boleh tahan jugak lah. Pergi dengan MAS balik dengan AirAsia. Saje je nak merasa naik MAS. Last naik MAS adalah beberapa tahun lepas, tahun 2009. So tiket flight pergi balik dapat la RM355. Gerak malam 27 Feb dari Terengganu naik bas ke Putrajaya RM 45, sampai kat Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 5 am, lepas tu dalam pukul 6.30 terus ambil ERL (KLIA Transit) ke KLIA. Harga tambangnya RM6.30. Sebenarnya ni first time ke KLIA via KLIA Transit, sebelum ni LCCT sajo. Kahkah. Walaupon main hentam je ikut orang tapi yang penting kena confident. Dalam pukul 8.00 am macam tu sampai lah KLIA dengan selamatnya. It’s been a while since last time I was there! Awal lagi sementara nak tunggu masa penerbangan, pukul 3.30 pm, so lepak-lepak ronda-ronda aje lah. Perhati orang, gerak langkah ragam orang semua lah. Lebih kurang pukul 11 lebih, aku check in guna kiosk. First time buat sendiri, senang je tekan-tekan masukkan e-ticket number, check name and details semua, pilih seat lepas tu keluarlah boarding pass. Kalau check in awal dapat lah tukar seat dan for sure lah aku akan pilih seat tepi tingkap. Masa book dekat web pon boleh pilih seat, tapi kena tambah lah RM10. Membazir saja. Eh tapi masa balik aku beli jugak seat AirAsia. RM6 je. Nak duk tepi tingkap punya pasal. 


Lepas check in aku ronda-ronda lagi, last-last sampai ke menara tinjau, belah belakang hujung sekali, level 5. Kat situ boleh nampak kapal terbang tengah boarding dari dekat. Masa aku sampai tu, tak ramai pon. Dua lelaki tengah tidur atas kerusi dan couple ni tengah dating sambil makan KFC. Haha. Sorry lah menganggu anda berdating. Duduk situ tengok kapal terbang lepas tu berangan ntah ke mana.

 
 Tengok dua bijik A380 tu lepas tu berangan ‘bila lah aku nak naik a380 ni, nak pergi London, ataupon paris ke’ hikhik. 
 
Then, bila dah lama aku duduk termenung kat situ datang lah beberapa family bawak budak-budak kecik tengok kapal terbang. Excitednya diorang. Riuh rendah menjerit bebudak kecik dapat tengok kapal terbang dari dekat. Pastu aku blah lah dari situ, perut pon dah lapar. Dari pagi tak makan pape lagi. Last-last masuk Secret Recipe je, makan seketul kek Banana Choc dengan black coffee. Buat alas perut je sebab nanti nak makan dalam flight. Tapi seketul kek tu pon makan tak habis, pelik. Kek fevered tu camana boleh tak habis. Excited ke risau sangat tu.

Sambil makan sempat lah online kejap, charge handphone kejap. Susah betul nak cari plug kat KLIA ni. Kat SR baru jumpa. Eh ke aku tak jumpa? Dahl ah BlackBerry cepat bebenor battery drained. Handphone Nokia tertinggal kat rumah, boleh pulak. Camana ntah boleh tertinggal. Nokia tu main handphone, semua urusan guna nombor tu. BlackBerry more untuk online sajo. Sambil lepak kat SR, tengok lah orang-orang yang nak pergi umrah. Anak-anak hantar parents dorang. Masa tengok dorang salam peluk cium semua tetiba mata aku pulak yang bergenang je. Sedih. Bila lah aku nak lalui semua tu. 

 
Untungnya budak kecik tu

Dalam pukul 2 pm, aku dah masuk untuk ke boarding gate. Gate asal A1, tapi dalam pukul 2.30 pm tu ada announcement kena tukar gate B1. Sempat lah kitorang berjogging beramai-ramai dalam tu dari A1 ke B1, jauh kot. Tengok penumpang lain pakcik makcik memasing pegang roti Gardenia sorang 3, 4 bungkus hihi. Bila tengah boarding macam-macam perasaan ada. Excited risau takut semua ada tapi cool tetap cool. Cool dan confident tu yang paling penting.

nice view

Walaupon segan dengan orang sebelah bila nak keluarkan kamera tangkap gambar, tapi buat jugak. Kalau tidak rugi ai. 
Subhanallah, cantiknya kat atas tu. Nice weather, awan-awan nya cantik, memang aku suka lah!

Touched down Kuching International Airport lebih kurang pukul 5.20 pm. Lepas settle imegresen  semua terus ke arrival gate dan call hotel untuk tanya transport airport transfer. Keluar dari airport je van hotel dah tunggu kat luar. Alhamdulillah berjaya jugak jejakkan kaki ke tanah Sarawak. Rupanya van dah tunggu sejak pukul 5.00 pm lagi. Lebih kurang setengah jam jugak lah untuk sampai hotel. Sampai-sampai je guard dorang tolong bukakkan pintu van. Fisrt impression untuk hotel bagus lah. 360 Xpress city center hotel. Aku dah sesiap book hotel awal-awal secara online, murah je lebih kurang RM60/night untuk single room termasuk airport transfer. 

 
 The hotel driver

  
 Benda first yang aku nampak pelik, hehe.

Tapi cuma ada semalam je available so the next night terpaksa pindah hotel lain. So bila dah survey, aku book Tune Hotel je. Area waterfront jugak. Dekat aje dekat 360 ni, boleh jalan kaki je.

Gini lah nasib travel sorang, ambil gambar sendiri dekat cermin bilik and cermin bilik air.
KAHKAH


 Keadaan dalam bilik

Keadaan luar bilik


Bilik okay puas hati, aircond sejuk ada air panas ada TV (few astro channel), boleh tengok CCTV kat luar hotel jugak tau kat TV tu. Interior pon cantik. Toilet and shower kaca, kalau sorang no problem lah tapi kalau berdua tu camana lah nak mandi ke buang air ke HAHA. Then, bilik dah puas hati aku keluar kejap untuk cari makanan for dinner. Di sebabkan taktahu mana nak makan plus aku taktahu sangat mana kedai halal mana kedai takhalal, aku pilih untuk beli dekat restoren dalam hotel tu je. Beli laksa Sarawak. First time nak try, tapi tak berapa berkenan sangat sebab too oily. Minyak banyak sangat, aku makan cket aje. Makan awal sebab malam taknak keluar dah. Bahaya sorang-sorang kan. So malam tu rehat tengok TV lepas tu update semua benda kat mak. Haruslah update tiap masa kat mak, so that dia tahu semua benda dan tak risau sangat.
Pukul 10 lebih dah siap nak tidur, tapi biasa lah tidur tempat asing ni bukan main susah lagi, pastu dah tidur empatpuluhpat kali jugak lah terjaga. Tidurdengan lampu terpasang, al-maklum lah orang penakut. Hihi.

End of day 1. Esok sambung, kalau rajin.

 
*Peace*