Monday, July 30, 2012

Iftar Kami


Harini kitorang masak, lagi. Jangan ingat mentang-mentang duk asrama tapi takleh makan masakan sendiri ye. Pandai-pandai lah nak hidup kan. Bosan kot tiap-tiap hari mengadap makanan bazar, sama aje. Makanan bazar takde lah sedap mana pon. Redha aje lah. Aku suka masak, puasa lepas kat rumah sewa kl pon selalu juga masak dgn housemate. Tapi sekarang kt asrama ni terbatas cket lah. 

So, we decided untuk masak. First haritu kitorang masak daging paprik, sup ayam, kerang kebus, ayam goreng, dan coslow. Puas hati kot bila masak sendiri. Daging paprik tu first time buat, tapi alhamdulillah menjadi jugak. Then harini, menu kitorang sambal udang, labu masak lemak, ikan goreng rangup + ikan masin, cendawan goreng dan ikan kunyit Sarawak. Nak masak sayur campur, tapi dah tak sempat dah. Kitorang bertujuh masak sesama, shaf sari iffah ema wani & fat. 

  Sebelum tu harus lah pergi JJ dulu beli bahan mentah.

 
 Menu 1 : Labu Masak Lemak

Ni first time jugak aku masak benda ni sebenarnya, selama ni tengok orang masak je. Walaupon aku tak makan pon labu, tapi tetap excited nak masak benda ni. Senang aje nak masak benda ni, campak-campak aje, kuah tu bila dah mendidih baru masukkan labu, cuma make sure kena kacau tiap masa sebelum mendidih sebab taknak jadi ketul-ketul santan tu. Kuah dia tambahkan isi ikan yg direbus, boleh juga ganti dengan ikan bilis atau udang kering. 

 Menu 2: Sambal Udang

Sambal Udang ni permintaan dari Sari sebenarnya. So kita buatlah sambal udang, sambal ni tak letak belacan pon sebab Shaf tak makan belacan. Tapi tetap sedap juga. Dah takde sapa nak puji, kita puji aje lah sendiri kan.

Menu 3: Ikan Kunyit, dont know nama sebenar dia 

Ikan ni Shaf yang masak, original recipe dari Sarawak ni. Ikan tongkol, ditumis dengan bawang & cili kisar pastu masukkan hirisan daun kunyit. Sedap bau dia, rasa pon ofcoz sedap. Menu lain, ikan selar kuning goreng garing-garing, ikan masin dan cendawan goreng tepung.Sebabnya ada satu dapur aje, maka masak gilir-gilir lah. Last-last nak masak sayur campur goreng dah tak sempat, so takpe lah. Boleh masak untuk sahur sayur tu.

Segan jugak nak tayang-tayang masakan sebab kita bukannya pandai masak sangat pon. Campak-campak aje. Selami ni belajar masak pon bila tengok orang masak. HIHI. Jangan bandingkan kitorang punya dengan korang punya, sebab masing-masing ada cara masakan yg sendiri. Lagipon kitorang semua ni amatur je, bukan professional pon.

p/s : Dua minggu lagi nak balik kampung, yeay. Tapi sebelum balik, kita shopping dulu kat KL, double yeay!

Saturday, July 28, 2012

Jika berteman...


"Kehadiran TEMAN mewujudkan 'check & balance' dlm kehidupan. Tujuan berteman adalah untuk berada disamping mereka yang mampu mendorong pada masa yang sama menasihati tiap tingkah serta tindakan yang bakal kita laksana. Elok disokong, buruk ditegah.

Namun, dalam bersahabat lebih ramai yang mengharapkan mereka dikelilingi teman yang sentiasa menyokong dan memahami kehendak dan keinginan dirinya sahaja. Maka mula tersebut-sebut dimulut dan hati yang kecewa, Teman gembira mudah dicari, teman menangis payah sekali.

Implikasinya, lebih ramai yang kecewa dengan sahabat dek kerana gagal memahami konsep persabatan itu sendiri."

Kredit to : status seorang teman di fb,
Aku sokong dengan apa yg di tulis,
Aku setuju apa yg diperkatakan,
Itulah realitinya apa yang kita harapkan dalam berteman,

 
5 years ago, 2007.
Five years already? wow! cepatnya masa berlalu. 

Friday, July 13, 2012

Tanjung Resang, Mersing


PPI Postgraduate Camping, Tanjung Resang Mersing. 

Department's activity, hanya untuk release -kan stress and get some nice experience. 

 Spot me! Sorang-sorang je pompuan kat belakang tuh haa.
 Group photo sebelum Hiking, aku tak join. Duk dapur masak for their lunch and pergi pasar beli ayam and pergi jetty beli ikan. Siap sampai Pahang kitorang pergi beli barang.

 Juniors, lab sebelah.

 Group photo masa hiking

 Uish rugi tak join. Haha


Duduk sama rendah berdiri sama rendah. 
Baju purple is Ketua Jabatan (KJ), baju hijau is Pengarah Program, Baju putih tengah is lecturer, from Indonesia, Baju hitam sebelah is technition. Pakcik kt belakang tu is orang punya campsite ni. Yang tangan ke atas tu practical student from India. Kawan kitorang punya labmate, Ashis( baju putih belakang dua dari kiri), from India too. 

Camping untuk me-releas-kan stress aje, we are not been threaten as budak-budak, semua dah besar. Activities pon takde macam budak-budak punya. Enjoy! but this time aku banyak habiskan masa kat dapur aje. Haha. Camping ni memang best, we are getting know each other. Ada students yg tak pernah kenal pon tetiba muncul, eh kau PPI ke? Haa.

What we are planning now. Insyaallah kalau jadi. Sambil orang ber-conference sambil ber-holiday. Yeayy!

p/s : Jari aku kena gigit ikan todak. Sakit kot, berdarah. Duk main agah-agah ikan tu dengan KJ, sekali habis jari berdarah. Fobia dah aku dengan ikan tu.

Wednesday, July 11, 2012

Masa makin suntuk

Aku fikir aku ada banyak masa lagi, so boleh buat kerja slow-slow. Tapi bila dah discuss semua benda dengan supervisor tadi, dia menyedarkan aku yang sebenarnya masa aku makin suntuk. Aku dah tak banyak masa lagi. There s only few months to gooo! Few months lagi, kejap je masa berlalu. Risau, sempat ke projek ni siap. Berjaya ke benda yang aku buat ni? 

Setelah di tambah di tolak semua, aku dapat lebih kurang RM25k untuk projek ni. Woo banyak jugak. Great pay always comes with great responsibility, Remember that. Tapi bila dah di bahagi-bahagikan per month, tak banyak mana pon. Cukup lah untuk sara hidup sendiri. Hihi.




Allahumma yassir walla tu'assir
 
p/s: Mungkin aku patut deactivate fb balik. kan?

Sunday, July 1, 2012

Senibong


Semalam ikut iffah and the geng makan kat Senibong. Berbaloi-baloi! Pukul 630 pm gerak dari UTM, then dalam pukul 7 lebih sampai, sempatlah sesat sekejap. Hewhew. Sampai-sampai je terus solat Maghrib kat masjid dia then terus serbu ke restoren tu, lupa nama dia. Rasa-rasanya ni kali kedua aku makan situ, first time bertahun yang lepas, masa tahun satu zaman Degree dedulu. Pergi dengan aku punya cousin. Jangan haraplah nak ingat jalan kan.



Untung pergi awal, sebab tak ramai sangat orang. Tempat park kereta pon tak berapa nak full lagi. Kalau pergi lambat, confirm susah nak cari tempat parking, pastu nak cari meja pon satu hal. 

 Pilih tempat paling hujung sekali, tepi laut. Sebelah sana lampu-lampu tu adalah Singapore ye. Dekat je, boleh lambai-lambai say hi hi bye bye lagi. Kehkeh.

Coverage pon dah masuk Singapore punya!
Then, kitorang order, amek set terus untuk 5 orang. Harga with ketam, RM165. Without ketam RM120. Kitorang amek ketam, ada tiga ekor. Besar-besar lah jugak.

 Siakap tiga rasa

 
 Ketam masak bercili, sedap sedap.


Sotong tepung, Kupang cili kering, Butter prawn, Kailan ikan masin dan Tomyam campur. 
Set comes with nasi and satu jug air and we chose tembikai juice satu jug.



 After, siap tambah lagi orang juice satu jug. Haha. 

Lepas habis makan, ronda-ronda sekejap kawasan situ. Tengok-tengok seafood yang ada. Makan kat situ kita boleh pilih sendiri seafood yang raw kat situ. Antara kedai-kedai tu boleh tengok sendiri lah mana yang besar-besar, mana yang mahal ke. Memang puas hati lah. Tengok lobster gle besar, teringin juga nak try one day. Lobster memang confirm lah mahal kan. Then, masa makan ada plak yang ber-basking. Orang yang nyanyi-nyanyi tu, orang luar, bukan staf restoren tu. Boleh plak dia nyanyi lagu Words-Bee Gees. Memang best! 

Ketam ni besar gle, tapi tak nampak besar dalam gambar. Tengok harga lah, RM95/kg. Yang ni sekor dua tiga orang pon cukup.

Overall, memang puas hati dan perut pon gembira. Heh.

p/s : Next week balik Ganu, horeyy! Nak balik, nak masak :)