Sunday, May 27, 2012

Dia yang kau pilih



Shahir ada lagu baru, ehem-ehem!
Dia yang kau pilih. ehmm, dia yang kau pilih.



Setiap baris kata-kata yang ku baca 
Bagaikan jalan hidupku 
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali 
Bagai kisah kita yang surut selalu 
Bilakan berakhir 

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis 
Jalan ku tak panjang 
Bersama dirimu 
Jadikan dia terbaik 
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua 
Luka...

Setiap kata kau ucap semua dusta 
Pernahkah kau menyesali 
Tiada tulus semua helah semata 
Haruskah aku menanti 
Kini kan berakhir 
Ku takkan berpaling 
Relakan segala 

Biarkan aku berundur 
Jika itu yang telah pun tertulis 
Jalan ku tak panjang 
Bersama dirimu 
Jadikan dia terbaik 
Kerana itu yang telah kau pilih 
Biarkan diriku membawa semua 
Luka..

Lagu dia ni lagu orang frust je manjang, lagu Pendam tu pon sama. Whatever lah, semua lagu Shahir aku suka. *peace*

Thursday, May 17, 2012

Shepherd Pie + labmates


We got new lab-mate,from UTHM. Her name is Marina. She s a baker. Ada bisness cake sendiri. Wow!
#untunglah dia pandai buat macam-macam kek
#untunglah kami dapat makan cake free. Keh keh.


Shepherd Pie. Anis request nak benda ni, so dia try buat. Menjadi je, sedap .
 





And, ada cupcakes jugak.


 



 Okeh habis licin semua :)


Kebetulan, semalam birthday supervisor dia so dia buat cake, cupcakes & shepherd pie untuk kami. Banyak, kenyang perut kami semua. HIHI.

Sedappp, tq Marina!

Monday, May 14, 2012

Gunung Pulai + Gunung Ledang


Percutian 2H1M yang memang tak dirancang yg berakhir dengan jayanya. Heh. Kebiasaannya, kalau kitorang plan awal-awal, mesti tak jadi. Kalau benda yg tak dirancang tu mesti berjaya. #takdir. Well, plan asal kami penghuni-penghuni Research Lab 3 dan plus dua orang nak berpicnic je kat Air Terjun Gunung Pulai tu, sekali tempat tu sangatlah mendukacitakan kami semua. 

Malam tu kitorang berempat, Aku Sari Shaf & Anis siap ke Daiso lagi untuk beli goggle & bola. Excited lah sangat kan. 
Awal pagi, dalam pukul 7 lebih kitorang gerak dari UTM, semua 12 orang. So guna 3 kereta. Dari UTM ke Gunung Pulai 2 adalah dalam 45 minit je. Sesampainya kat situ, survey-survey tempat...apehal kecik benor air terjunnya ni? untuk budak-budak sesuailah. Memang air sungai tu sangat kecik dan cetek dan macam takde terjun-terjun pon. So we decided untuk move to Air Terjun Gunung Pulai 1. Dalam 10 minit la jgk baru sampai.


 
Divided into 3 teams, team default (Saga) drivernya CikNab, team Gen 2 drivernya Ida dan team kitorang team Neo drivernya Sari. Kah kah. #macam2

Sampai Gunung Pulai 1, mak haihhh jauh dan tingginyaaa kena jalan. Dalam 5 km jugak lah kot. Dah berpeluh-peluh dah semua.

But tempat tu tak best jugak. Orang tak ramai. Pulak tu ada monyet, siap curi makanan Shaf lagi. Sooo, dorang bagi cadangan ke Gunung Ledang. Erp, jauhh tuuu!



 Gunung Pulai 1. Sempatlah berendam sini kejap before decide ke Gunung Ledang. It took about 2 hours baru sampai sini kalau ikut highway.

 Sampai Tangkak kitorang stop untuk lunch dulu pastu baru gerak ke Gunung Ledang.


Fee masuk RM2/kereta + RM1/person. First impression tempat ni okay lah, kawasan besar dan terjaga. Spent few hours jugak lah bermandi-manda kt sini.


Bila dah petang baru naik dan gerak untuk balik. Sebelum tu singgah masjid dulu untuk solat jamak Zuhur & Asar dan jugak tunggu untuk solat Maghrib & Isyak skali. Lepas settle solat semua barulah kitorang gerak untuk dinner.

Then, memandangkan rumah Ida dekat Muar, dekat je dgn tempat ni, so dia nak balik rumah je lah. Lepas bincang-bincang, dua kereta stay rumah Ida, satu kereta balik UTM jugak malam tu. Yang stay je selain kereta Ida, kereta kitorang lah. Aku Sari Shaf & Ema. The driver nak stay, so kitorang stay.

Sesampai rumah Ida, mak dia bagi kain batik sorang satu. Haaa memasing berhempas-pulas lah pakai kain batik. Memasing memang tak plan nak stay dan baju pon just bawak selai je. So hentam aje lah pakai kain batik. Aku dah terasa macam orang berpantang je. Hihi. Al-maklumlah selama ni kalau kat hostel, kain batik buat lapik iron baju je. Kat rumah plak jenis yg memang tak pakai kain batik T-T

The best thing is, dapat layanan first class dari mak Ida. Bangun tido tengok makanan penuh atas meja. Segan betul, dah la tak tolong pape pon. Memasing bangun pukul berapa ntah. Nasib baik rumah Ida ni cuma ada mak bapak dia je.

 
Cantik rumah Ida, besar pulak tuh. Then after breakfast kitorang pegi melawat rumah Atok Ida pulak. Jumpa baby Aaron Haris, anak buah Ida. Betul-betul Ombak Rindu dah ni.

Baby Aaron Haris. Geram aku tengok. Comel. 

 
Nampak basikal, main basikal dua tiga round. Seronok gle kot!


Then, lepas tu dalam pukul 2 lebih kitorang pergi mandi sekali lagi kat Gunung Ledang sebelum balik. Wahaha. Ema sangat excited kononnya nak berenang. Kah kah. Spent dalam 3 jam lah kot pastu terus balik. Singgah R&R Pagoh dulu untuk solat & dinner sekali. Dalam pukul 9 lebih dah selamat sampai UTM.

So overall budget, minyak + tol + fee masuk + makan = RM 57.70/person. Extra RM10 sebab aku beli goggle and bola. Dalam sehari kitorang pergi 3 gunung.

Thursday, May 10, 2012

Teluk Ramunia, Kota Tinggi



Browsing the old pictures then stuck at 'Desaru' picture folder.
The pictures were about few months ago. 





 

 

 


 


 Spot the Jalur Gemilang!


Sejuk mata memandang.
Teluk Ramunia, yang mana masa kita belajar Geografi dulu terkenal dengan bauksitnya tersangatlah cantik dan juga pantainya selamat untuk mandi.

Sunday, May 6, 2012

Sentosa Island, Singapore!


 Selepas 4 tahun lebih tinggal di Johor, tahun ni baru berpeluang ke Singapore, pity you. It comes after Thailand and Indonesia trip, haha. Padahal Singapore lah yang paling dekat yet palingggg jimat sebenarnya. Tak perlu naik kapal terbang pon. Tapi kalo ada duit berlebihan dengan banyaknya tu, bolehlah naik kapal terbang dari JHB ke Changi tu. Takde plan pape pon, sehari sebelum pergi, Iffah asked me nak join ke tak, Sari & Shaf takdapat join, so aku aje lah yang join. Lagipun si budak berdua tu dah pernah pegi, aku sorang je yg tak berkesempatan pergi lagi, soooo im on aje lah! Lagipun bosan takde buat pape.

Tiket bas dari Sri Puteri (Skudai) ke Sentosa Island pukul 9.00 am, tapi 9.45 am bas baru muncul. Dalam bas, i've google-ed surau kat Singapore dulu sebab Iffah cakap susah nak cari surau kat sana. Nasib baik kat Sentosa tu ada surau.

After dua kali stop kat Immigration, sampailah kami after 2 hours bus ride. 


 Tempat wajib bergambar. Universal Studio Singapore. Al-maklum lah nak masuk tak mampu lagi
HAHA

Then, naik train ( monorel) ke Beach Station untuk ke Siloso Beach. Free of charge!











Lompat tak jadi, Lompat tak jadi. kahkah.

Pantainya sangat cantik. Lepas dah berkelah-kelah di bawah pokok tepi pantai ni dan main-main tepi pantai ni, kitorang ke surau di Basement Beach Station untuk solat Zuhur. Pastu terus jalan ke Imbiah Station.

Merlion

Imbiah station untuk balik ke Waterfront Station

Mr Jelly Bellyy!

 
There's a storyyy. See my jeans, my blouse?? Tak sedar kena minyak kat mana, mungkin masa bersesak-sesak naik tren ke Siloso Beach tu, adoyaiiii! Minyak tuh. Habis semua kena, jeans beli Medan dulu tu, baru kali ketiga pakai, baju pulak baru first time pakai, cardigan pink+peach plak kali kedua pakai. Sob sob! Last-last masa nak balik, terpaksA ikat cardigan kat pinggang sebab nak tutup kotoran minyak tu, style baru lah konon. 


Overal budget ke Singapore kali ni = tiket bas pergi balik RM15, breakfast roti canai + teh o + tapau-ed nasi goreng dan ikan goreng as lunch kt Singapore RM5.80 + Mineral water besar RM2.10. So total cost RM22.90 shj! Keychain-keychain semua ni tak kuasa lah nak beli, mahal kot. 

Inilah trip ke luar negara yang paling murah dan sangat menjimatkan. Mungkin lain kali aku taknak pergi dah Sentosa Island ni, even USS sekalipon. Once is enough. Mungkin boleh cuba tempat lain pulak, Orchard road ke Arab street ke Marina Bay Sands ke.