Friday, March 30, 2012

Medan Part 3

Meh sambung part 3, dah alang-alang malam ni kerja aku mengadap blog orang je for hourss. Banyak pulak jumpa blog best malam ni. Itulah, bila dh jumpa blog-blog best ni, aku jadi lupa dgn dunia luar. Kerja siang tadi je buat, malam terus stop.


Ada tak ex-student SESMA kt sini?

Okeh third day, pagi tu lepas breakfast kitorang ke Berastagi. Plan ke Berastagi awal-awal dh plan dan dah book kt Malaysia lagi. With the help of ex-student Universitas Sumatera Utara (USU), kitorang dapat contact number person yg ada sediakan day trip ke Berastagi. Berastagi ni kawasan tanah tinggi. Harganya Rp600ribu, termasuk mobil + supir + fuel semua. Dia datang pick up kt hotel and hantar balik hotel. Perjalanan dari Medan ke Berastagi ambil masa lebih dua jam. Bad traffic, memang menggerunkan. Nasib baik pak supirnya memang cekap memandu. Actually harga Rp600ribu considered as mahal lah jugak, sebab ada agent lain yg bagi harga Rp 400ribu je. Tapi memandangkan kitorang bertujuh, kami berlima + Pakcik & Makcik, so bila bahagi kira bolehlah, sorang tak sampai Rp100ribu pon. Mobilnya Innova, selesa aircond pon okay. Pak Supir pon okay.



On our way to Berastagi ni, kita akan nampak banyaknya kedai b*** panggang kat tepi jalan. Aku nak type binatang tu pon rasa lain macam, sorry ye diskriminasi sungguh! Memang banyak kot. So sepanjang perjalanan tu, better lah jangan bukak tingkap. Hirup udara aircond sudah. Majoriti penduduk kt Berastagi ni Kaum Batak & beragama kristian. Kt tepi rumah orang Batak ni jugak ada kubur ahli keluarga dorang.


Bila dah sampai atas ni, Themepark pon ada.


'Teruja' lah jugak tengok view ni.


Kitorang singgah kejap for Jagung Manis ni, harganya Rp5000. Kalau tanya aku, aku akan cakap jagung kat pasar malam kita lagi sedap.


Tong gas dorang, i wonder lah berapa lama je tuh boleh tahan. Comel je

Our 'ibu' kitorang sepanjang di Medan.

Then, teruskan perjalanan ke Puncak Gundaling. Kawasan paling tinggi kt Berastagi ni. Kat sini ramai local yg berpicnic bersantai dengan family memasing.






Okay lah jugak, dengan udaranya yg sejuk suam-suam kuku. Shaf dah feeling-feeling Korea dah tu. HAHA.


Tikar-tikar tu pon ada yg buat bisness tau?


Ni yang paling best! Gunung Sibayak. Gunung berapi yg masih aktif. Kita boleh nampak asap-asap larva tu keluar. Sesapa nk hiking pon boleh. Lepas sejam ronda-ronda situ, kitorang pun turun, pergi Pasar Buah. This is why Me & Shaf excited nak pergi Berastagi actually, sebabnya nk pergi Pasar Buah. We both like fruitsss so much. Tapi hampehs je pengalaman kat sini. Tak best , peniaga suka paksa-paksa beli. Harganya lebih kurang sama je dgn Malaysia, yg bezanya ada few buah yg jarang kita jumpa kat Malaysia, contoh macam buah Markisa + Buah Pepilon. Tapi kitorang tak beli pon, just beli Salak + Limau + Manggis. Buat bekal, makan dalam kereta. Semua tak lunch, memasing kenyang makan buah je. Rose & Becca dh siap shopping baju dah kt sini. Harga boleh tahan murah.



Then, dalam pukul 2 lebih gerak balik ke Medan. Perjalanan was about 3 jam kot. Kitorang mintak Pak Supir hantar kitorang ke Pajak (Pasar) Ikan dan Pakcik & Makcik balik hotel, Pakcik pon tak berapa sihat. Pukul 5 lebih sampai Pajak Ikan, cari surau dulu pastu baru jenjalan kat kawasan situ.


Tapi kebanyakan semua kedai dh tutup, so kitorang pergi la Restoren Garuda, dah memasing memang dah lapar gle dah. Restoren ni aku pernah baca review dari blogger, so ajaklah dorang semua try kat situ memandangkan dekat je dengan Pajak Ikan . Pajak Ikan ni bukan tempat jual ikan, tapi jual kain baju semua . Harga memang gle murah , macam-macam ada kain ela,baju-baju telekung semua.


Konsep makan kat sini, dorang akan letak semua dishes atas meja then kita bayar apa yg kita makan shj. Restoren pun cantik, ber-aircond lagi, pekerja perempuan semua berhijab. Makanan for sure memang semua sedap lah, memang semua lauk-lauk dorang pedas tapi aku suka je.


Dah memasing memang betul-betul lapar time tu, banyak jgk lah yg kitorang makan. Harganya boleh tahan . Bila dh bahagi 5 standard je. Tapi agak mahal lah esp for the locals. Lauk yg dalam daun pisang tu sedap. Pucuk ubi kalau tak silap, aku yg tak makan pucuk ubi ni pon boleh telan plak bila kat sana. Memang sedap and for sure pedas. Bila dh kenyang, lebih kurang pukul 7 lebih kitorang balik hotel naik becak, Rp10ribu. Dekat je rupanya, tak sampai 5 minit pon. First time ni kitorang naik becak, kitorang bertiga satu becak, Rose & Becca satu becak. Awal-awal naik tu, memasing pegang tangan. Gerun kot. HAHA.  

Okeh dah habis hari ketiga. Balik hotel mandi layan HBO pastu tido. Sebelum masuk bilik kitorang bincang utk plan esoknya, kitorang mintak hotel book-kan mobil satu hari utk bawak kitorang ronda satu Kota Medan. Dorang semua sempat lagi online. Blackberry aku dh kenapa dh tak boleh nk connect wireless kt situ. Kecewa betul.

Thursday, March 29, 2012

Medan Part 2

So second day,lepas dah pick up Rose & Becca kt airport pepagi tu, kitorang mintak Pak Ahmad stop kt memana kedai untuk beli local simkad, sempat la Pak Ahmad bawak kitorang ronda-ronda sekejap, tengok Kota Medan ni. Bila dh dapat local simkad baru lah dapat nak contact family kat Malaysia.


Pelik aku tengok flowerboard ni. Kalau kt sana kalau ada orang kahwin ke naik pangkat ke so dorang akan letak board-board ni di sepanjang jalan. Berseni tu.


Tangki Air ni mercu tanda Kota Medan. Betul-betul simpang nk ke hotel kami.

Pastu balik hotel Rose & Becca rest sekejap, siap room service lagi dorang ni utk lunch. Then dalam lepas Zohor kitorang keluar jalan-jalan. Tanya receptionist hotel mana tempat yg best dan paling dekat so dia bagi cadangan pergi Medan Mall, jalan kaki dalam 10 minit je. Gerun aku tengok jalan & trafic kat Medan ni, hon takyah nak cakap lah, tak pernah stop. Memanjang je ada orang hon. Itu normal bagi dorang.


Medan Mall ni kecik je, lebih kurang macam Skudai Parade je.

Tak best sangat lah, hehe. Sesampai je terus cari port untuk lunch, kitorang bertiga belum lunch lagi. So tengahari tu kitorang makan kat Texas Chicken, ala-ala KFC la. Yang penting halal. Kalau kat Medan ni, before masuk kedai makan tu make sure kena tanya dulu halal ke tak.

Aku punya, special fried rice with fried chicken + Orange juice. Aku suka, nasi tu pedas + sedap. Harganya agak murah lah, dalam RM 6 lebih kot *lupa*.


Shaf punya, teh botol tu kalau datang Indo tak cuba rugi lah korang, haha. Aku try tapi tekak takleh nak terima cket.
Lepas perut dah kenyang kita jalan-jalan.


Love at the first sight dgn jeans ni kat Matahari, colour dia memang aku dh lama berkenan. Then tengok ada sale, apa lagi terus lah grab ke fitting room. Sekali memang muat. Harga dari Rp 278k dapat la Rp 121k. Gila murah. Kualiti macam okay je.


Getah rambut pon aku beli kat Medan Mall, harga Rp 3000. Dalam RM1 shj. Yang penting colour merah.

Dalam Medan Mall ni kena hati-hati cket, selalu je local & pak guard kt situ tegur kitorang 'hati-hati dengan tas nya' . Bahaya, banyak penyeluk saku. Alhamdulillah kitorang semua selamat takde pape berlaku. Cuma, ada satu situation ni yg buatkan kitorang gerun + takut. Masa nak balik tu, kitorang plan nak ke Istana Maimum memandangkan masa tu awal lagi, balik hotel pun takde buat pape. So kitorang tanya lah pak guard camane nak ke Istana Maimum. Dia cadangkan naik becak (beca) je, hargaya dalam Rp 10 ribu. Then kitorang pergi lah ke tempat hentian becak tu, sekali dorang mintak Rp50 ribu. Mahal kot. So bila kitorang cakap taknak and nak blah dari situ, dorang reramai datang kerumum kitorang nak deal harga. Dah reramai datang kitorang semua dh takut lah, dorang sedaya upaya nk suruh kitorang naik becak dorang tu. Last-last kitorang lari je dari situ terus balik hotel. Nasib baik ada dua pak guard yg baik hati.

Balik hotel rehat, then malam tu kitorang keluar dinner kat Merdeka Walk. Merdeka Walk tu tempat golongan muda-mudi berhibur. The happening night life kat situ lah tempatnya. Lagi-lagi malam tu malam libur (weekend), memang crowded gle lah! Kitorang mintak hotel call-kan teksi, Teksi Blue Bird harganya Rp20ribu dari hotel ke Merdeka Walk. Kitorang pergi berlima je, pakcik & makcik tak ikut. Sebelum keluar, makcik pesan suruh hati-hati. Bahaya jgk lah kitorang berlima keluar memalam ni. Sebelum keluar, kitorang bagi phone number kat receptionist, then cakap kat dorang kalau pukul 11 malam kitorang tak balik, suruh dorang contact kitorang, as a precaution je. Kalau lah terjadi pape ke. Niat kami ke Merdeka Walk hanyalah untuk makan ikan bakar shj sebenarnya. Nelayan Seafood Restaurant.


Sebelum makan nasi, makan Dimsum dulu. Sedap.


Ikan Bakar + Tomyam campur + Pancake durian, semua sedap kecuali air langsung tak sedap. Tomyam tu pon kureng cket lah, dia campur dgn bihun sekali. Pelik. Tapi ikan bakar tu terbaik lah, garing + sos pun sangatlah sedap. Pedas. Harga keseluruhannya dalam Rp 200ribu lebih kot. BTW, makanan orang-orang Indo ni biasanya semua pedas-pedas. Nasib lah kalau ada yg tak boleh makan pedas. Lepas makan jenjalan tengok orang-orang kat situ kejap pastu terus balik hotel dalam pukul 10 mlm. Aku tak berkenan sgt dengan tempat ni, crowded sesangat. Dengan semuanya campur.

Selesai untuk second day. Balik hotel tengok ada bantal extra atas katil, kitorang tak de lah pulak mintak. Baik betul dorang ni. Bilik pun dah cantik dorang kemas.

Few years back


Few years back
Sekarang semua dah lost contact
#KMNS

Wednesday, March 28, 2012

Medan Part 1

Hello.

Lebih kurang seminggu kitorang plan untuk trip ni, eh actually tiket dah book dari tahun lepas lagi. Plan details trip je yang seminggu, akhirnya berjaya jugak kitorang pergi ke Medan tanpa menggunakan memana tour agent. Sebabnye nak jimat kos, al-maklum lah pakej tour agent untuk 5D4N ni agak tinggi lah, tambah kitorang semua ni student lagi. Student yang dah ada income sendiri. Banyak kali jugak lah plan bertukar especially bab-bab hotel penginapan ni. Plan asal memang kitorang gamble je nak pergi sana tapi memandangkan kitorang cuma berlima je dan bukan senang kami semua nak dapatkan permission dari parents memasing, lebih-lebih lagi semua perempuan, nak pergi pulak Medan. Bahaya kot! Plan asal-seasalnya kitorang pergi bertujuh tapi disebabkan beberapa perkara, lagi dua orang terpaksa tarik diri. So, kitorang pergi berlima aje lah. Lepas discuss buat research semua, kitorang plan untuk bermalam di Medan 2 malam, 1 malam di Danau Toba dan satu malam lagi di Berastagi. Tapi disebabkan beberapa factor i.e keselamatan/pengangkutan/penginapan di Berastagi agak mahal so lebih kurang 2 hari sebelum terbang kitorang tukar plan, stay kat Medan je semua dan cancel pegi Danau Toba sebab jauh. Just pergi Berastagi je balik hari tapi everynights tukar hotel.

So, Jumaat 16hb aku,Iffah & Shaf bertolak ke KL naik bas. Plan asal kitorang nak naik keta Rose je dari JB-KL. Tapi haritu plak Rose ada game, dapat masuk final untuk UTM Games. So kitorang bertiga naik bas ke KL. Sampai KL dalam pukul 4.30 pm, then makan dulu kat TBS pastu terus bertolak ke LCCT dengan ERL (KLIA Transit), BTS ke Salak Tinggi pastu shuttle bas ke LCCT, kosnya RM10.80/person. Dalam pukul 6 lebih sampai LCCT. Check in counter dah bukak, so kitorang drop luggage dulu. Check in kitorang awal-awal lagi dah web check in, dah jimat RM10. Flight pukul 9.00 pm, masih ada banyak masa lagi so kitorang pun ronda-ronda lah kawasan situ, buat apa-apa yang patut. Duit Rupiah dah awal-awal tukar kat Skudai, sampai sana takde la kalut-kalut nak tukar duit lagi. Tengok jugak nilai tukaran duit tu kat LCCT, lagi untung tukar kat Skudai, Nasib baik. Sementara Iffah lepaking kat Surau untuk tunggu Maghrib, aku and Shaf yg tengah bercuti time tu duduk lepaking kat tepi surau aje la, tengok kapal terbang. Actually kitorang ada dua trip, first trip kitorang bertiga; Aku, Iffah dan Shaf dan lagi satu trip, Rose dan Becca. Flight dorang pagi keesokannya. Time book tiket tu asing-asing, sebab tu lah flight lain-lain. Balik pun sama, kitorang balik pagi Rose & Becca balik malam tu. Actually ni first time aku sampai LCCT, sebelum ni naik MAS kat KLIA je *HAHA*, so aku & Shaf sesaje lah ronda jalan-jalan dalam tu tengok apa yang ada. Terasa nak makan cake Secret Recipe, tapi sampai sudah kitorang tak jumpa Secret Recipe. Aku pun tak tahu ada ke tak SR kat situ.





Then, dalam pukul 8 lebih-lebih cket, kitorang dah gerak untuk masuk. And time tengah jalan nak ke Departure Hall tu, tetiba ada orang tegur aku. Rupanya my old buddy! Kawan sekolah rendah, dia kerja kat situ. What a surprise, dah lebih 10 tahun kot tak jumpa. Nasib baik dia kenal aku lagi. Kalau dia tak tegur dulu, aku mungkin tak perasan. Tak sangka jumpa dia kat situ sebab yang aku tahu dia kerja di KLIA. Sembang-sembang kejap then kitorang terus ke depart hall. I was really excited sebenarnye even dalam hati tu takut jugak. Bertiga je pergi Medan, rasa macam susah nak percaya je. HAHA. Beraninya kitorang ambil risiko ni. Dalam flight, seat kitorang semua jauh-jauh. But dua seat sebelah aku kosong, supposedly for the other two yang cancel the trip. So ajak Shaf & Iffah duduk sama. Tapi Iffah tengah seronok berbual bersembang dengan pakcik sebelah dia. Pakcik tu memang baik, every month dia akan ke Medan atas urusan bisness. So Iffah ambil peluang untuk tanya semua benda kat pakcik tu. Then, kebetulan seat belakang Iffah ada couple pakcik makcik ni, bila kitorang dah sampai Medan, dorang datang tegur kitorang. Actually couple pakcik makcik ni gamble je pergi Medan, hotel pon takde book lagi. So dorang join kitorang sekali, nak join hotel yang kitorang dah book. Kitorang lagi suka, at least ada jugak orang tua dalam trip ni. Rasa a bit selamat la. Sweet je tengok pakcik & makcik ni, dorang memang dah selalu travel berdua, tua-tua pergi honeymoon. Dorang sangat baik, sepanjang kitorang kat sana memang dorang ambil berat pasal kitorang. Syukur. Makcik tu memang sangat-sangat menampakkan cirri-ciri keibuan dia.Makcik Maimun & Pakcik Rashid, Alhamdulillah jumpa dorang dalam flight.

KL ke Medan dalam 55 minit je, dalam pukul 8.55 pm waktu Medan kitorang sampai di Polonia Airport. Airport tu veryyy the keciknye. Lepas check immigration semua, kitorang semua terus cari beg. Immigration officer dia tu punye lah muka so annoyingggggg gle! Ish memang annoying lah. Pastu luggage beg semua dorang duk main campak macam tu je, keluar-keluar tengok beg bertaburan atas lantai. Time tu memang dah rasa, ish. Then, aku punya bagpack pulak yg hilang! Memang dah risau gelabah semua lah time tu, mintak tolong pegawai yang kat situ carikan. Dia cari kat bahagian beg-beg lalu pon takde, kot-kot tersekat kat memana ke. Last-last aku ternampak kat dalam tempat Lost & Found. Terus aku masuk dalam tu dan grab the beg. Then tak pasal-pasal kena sound dengan officer kat situ, ‘Mahu diambil beg nya harus diminta izin dulu mbak’. Dah aku nampak beg tu kat situ, terus masuk dan ambil aje lah. Aku ambil beg , say sorry then terus blah. Aku dah lah bengang dengan dorang punya pengurusan. Kitorang keluar dari situ dan supir hotel Wisma Sederhana dah tunggu kat luar. Keluar-keluar je dari Arrival Hall tu, tengok orang-orang kat situ memang mengerunkan jugaklah. Ramai betul yang nak meng-offerkan servise, kiranya kitorang selamat lah sebab supir hotel tu dah jemput kitorang. Free of charge je.


Dari Polonia Airprt ke Wisma Sederhana lebih kurang 15 minit je naik Innova. Kenal-kenal dengan pak supir, namanya Ahmad, baik jugaklah. Sampai hotel terus check-in. Pakcik & Makcik ambil bilik yang mahal cket. Kitorang ambil yang paling murah je, satu bilik kongsi 3 orang. Receptionist kat hotel tu really nice. The room is just nice, toilet bersih, ada TV ada aircond ada telefon, TV siap ada HBO, Cartoon Network, Discovery lagi. Yang penting ada wireless. Free shj. Dalam bilik pon boleh online. Sebelum memasing masuk hotel untuk rest, kitorang bincang-bincang dengan makcik & pakcik untuk plan esoknya. Pakcik & makcik nak ronda-ronda Kota Medan tapi kitorang takleh ikut sebab nak tunggu Rose & Becca sampai esok pagi. So, malam tu kitorang bincang dan ambil keputusan utk stay kat Wisma ni lagi untuk second night, cancel Menara Lexus. Then, kitorang mintak pihak hotel pick up kan Rose & Becca kat airport and guess what? Dorang suruh kitorang ikut sekali pegi airport untuk pick up Rose & Becca. Katanye, kitorang lebih kenal kawan kitorang sendiri. Serius baik dorang ni. Service memang tiptop. Macam tak padan je dengan harga yang kitorang bayar. Tanya breakfast pon, dorang cakap free. Biasanya hotel dia bagi free breakfast utk dua orang je kan, kalo bertiga sorang tu kena bayar, tapi yang ni dia cakap semua free. Makcik & Pakcik pun berpuas hati dengan bilik dorang dan plan nak stay kat hotel ni terus je sampai balik. Malam tu semua penat dan semua masuk tido awal. Tapi as usual lah, tempat asing aku susah nak tido. Kelip sana kelip sini last-last tertido jugak, tapi kejap-kejap terjaga kejap-kejap terjaga.

Okeh dh selamat utk hari pertama, nanti sambung.

Tuesday, March 20, 2012

Welcome back





10.55 am, finally safe landed di KL. Then, 4.40 pm, sampai di Skudai.
Yes JHB, not TGG.

Plan asal dari KL terus ke TGG. Tapi masa kat Medan supervisor call suruh submit paper ke International Journal of Advance Manufacturing by Springer. Bukan paper yg dh settle kan last week, tapi yang lain. I've no choice, laptop tak bawak so terpaksa lah jgk balik JB dulu settle-kan kerja pastu baru boleh balik kampung bercuti.

Medan trip, i'll blog it out later. Banyak benda nak share.
Now im totally tired, sleepy and sakit kepala.
Dari tadi rasa sakit dan nak termuntah.

p/s : A great self-achievement sebab berjaya travel sendiri, selamat pergi dan balik alhamdulillah. Well, im a big girl already.

Sunday, March 11, 2012

planning

Alhamdulillah, satu hari ber-meeting untuk settle-kan pasal Medan trip, dari siang tadi sampai malam! Then semua dh settle, hotel pun dh book semua. Dalam sehari, we decided utk tukar plan. Plan asal Medan -> Danau Toba -> Berastagi -> Medan. Itu yang biasanya orang buat kalau kt Medan. Tapi disebabkan beberapa faktor, e.g keselamatan & pegangkutan, we decided untuk stay kat Medan je selama 5D4N tu, with different hotels! So end up dengan 3 hotels ni, Madani Hotel, Menara Lexus, dan Wisma Sederhana. Call dan book terus, senang. Aku palingggg suka Madani Hotel, 4-stars Muslim hotel, pekerja perempuannya pun semua bertudung. Harganya gle murah, jauh beza dgn harga hotel kat Malaysia ni. Tapi sad thing is, semua hotel takde swimming pool. Tak dapat nak terjun kolam renang, heh.

Trip dah settle, cuma satu benda je tak settle lagi..... apply cuti. Seriously takut nk mintak cuti lama, dah la bulan 4 ni nak mintak cuti lagi seminggu untuk program kat Sarawak. Ish risau la plak. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami. Harap-harap semua berjalan dgn lancar tanpa apa-apa masalah. Ameen~ Excited, takut risau semua ada.

Saturday, March 10, 2012

I'm happy!

Yes,
Semalam dan harini I'm quite happy. Well, I'm gonna said now that I'm okay.

Well, semalam kitorang bersepuluh PPI clans sempat ber-korean dinner di satu tempat makan ala-ala Seoul Garden, dekat area Setia Tropika, lupa dh restoren tu nama apa. Dia betul-betul depan bangunan tempat buat passport baru yg besarrr tu. Harga dia jauh lebih murah dari Seoul Garden, cuma RM18\pax. Self service punya konsep. Kita bakar-bakar daging pastu terus makan, seronokkkk gle okay! Makan sepuas hati, pastu gelak-gelak sembang-sembang. Bila dh betul-betul rasa takleh nk masuk perut dh tu, baru la stop. Memang puas hati, berbaloi-baloi. Dengan segala daging, ayam, seafood masuk perut last-last pukul 4 pagi semalam aku sakit perut! Haaa. I guess sebab tersalah minum air campur-campur kot. Air asam + air plum. Banyak plak tu, al-padan la muka anda. Sebab kalo nk cakap grill daging, ayam semua tu tak masak macam impossible je,sebab I'll make sure benda tu betul-betul masak dh hangit sikit baru masuk mulut :D

Round pertama : Amek cket-cket je, jangan tamak HAHA.

Sapa cakap aku tak makan sayur? Tapi sayur-sayur ni je la yang boleh makan, lain..HEHE, pandang je cukup.


Daging, Ayam + udang yang dah siap di grill.

Segala seafood aku telan, fresh! Rugi sapa yang tak makan seefood.

Then, malam ni first meeting utk METT. Satu program yg akan menerbangkan aku ke Sarawak, insyaallah bulan depan. Aku and Sari the only persons yg bukan Sarawakian. Segan jgk. The good thing is all are sponsored. Just bawak diri, jalan kan tugas and give the full commitments. That's all. Aktiviti semua macam menarik. One of that is daki Gunung Santubong. Hoho, am I fit enough for that? Then, before balik Johor Shaf nk bawak jalan-jalan Kuching, double yeay!

Then, malam ni jugak dapat tahu scholarship Mymaster dh dapat. Alhamdulillah, so next week before terbang ke Medan kena settle kan everythings, kena buat medical check up lagi, sighhhhhh!! Berapa kali nk buat check up da? ! But the sad thing is, tempoh pembiayaan started 1 Feb 2012 hinggan July 2013. Means, takleh claim balik duit yuran yang dah bayar sem lepas. Banyak tu. Tambah lagi setengah dh boleh bayar downpayment Myvi sebijik. Mungkin boleh claim utk bulan Feb and March je. Rugi kan, kalo ikotkan target, 4 bulan before July 2013 tu insyaallah aku dh habis belajar. Kalau lah dorang boleh anjakkan yang tu utk bayar sem lepas punya yuran. Dh la yuran sem lepas paling tinggi. Rugi tak apply awal-awal dulu, kan dh rugi satu sem tu.

Hujung minggu depan, insyaallah I'll fly to Medan kalau takde apa-apa aral melintang. Makin dekat tarikh nk bertolak tu, makin risau plak rasa. Takut pun satu hal. Dh la semua perempuan. Risau, itu Indonesia bukan Korea, bukan Paris. Pastu nk mintak cuti dr supervisor pun satu hal lagi. Honestly, aku takut nk mintak cuti lama-lama. Yes, seminggu tu dh kira sgt lama.

Okeh jam pun sudah menunjukkan pukul 3 lebih, i wanna sleep. #goodnight.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 7, 2012

That is it

"You'll learn when life is roughest"

For last few weeks, im quite busy but still gt enough time to blog, and now every night i've spend my nights by watching all the dramas, movies that i missed. No mood to blog. In fact, buat masa sekarang malam memang free, no more mengadap paper-paper sampai 3,4 pagi. Tapi tu mungkin untuk minggu ni saja. Bila time office hour, i just concentrating on my proposal writing untuk first assessment, Insyaallah dalam bulan 4 or 5 ni. Also, I am waiting for my next task from my both supervisors, by the meantime malam-malam kita berholiday aje, takyah nk pening-pening kepala lagi, so leisure!

But, i dont know what exactly happened. i just feel like im losing myself, it is hard to understand me either. half of me almost drained, not physically but mentally. Sometimes, i dont wanna talk at all. I keep in silence all over the day, I distanced myself from them, i do things alone. I became selfish, i just think of myself instead persons around me. I ignored them. I found things sometimes annoyed. Im sorry, it is nobody fault but just myself. Maybe it is good if i can be at home now. I made a decision, after Medan trip next week i'll rest for a few days at home. I'll ask for a one week leave from my supervisor, soon Insyaallah. Hope to get approval since I never ask him for a long leave before.



Hope to get 'me' back soon.
:'(





My only brother is at Selangor now, Yes i cant stop myself for being worried about him. Dia tak pernah keluar dari Terengganu alone for a long time. He is just 19.

Thursday, March 1, 2012

saya dan mereka.

Tu n'es jamais seul, j'ai toujours proche
Si votre troublé, le bas ou bleu.
Il vous avez à faire c'est me téléphoner,
Je suis toujours à votre.

Il n'importe pas à où je suis,
il n'importe pas quand.
Quand vous avez besoin de quelqu'un pour parler à,
je suis ici pour être votre ami.

Si vous avez besoin de quelqu'un pour tenir votre main,
ou d'une étreinte pour dire le soin d'I.
Si vous avez besoin d'épaule pour pleurer dessus,
parce que de toi je serai là.

Ne pensez tellement jamais que vous êtes un fardeau,
quand le poids obtient d'être à beaucoup.
Vous pourriez trouver si le regard assez dur,
un bon ami pourrait être le bon contact.

Vous n'êtes jamais seul, je suis toujours ici,
par les bons temps et le mauvais.
Je dois toujours ici être votre ami,
je n'aime pas vous voir triste.



p/s : My francais not good at all, almost forgot all of them.
*with the help of translator*

Wordless Wednesday #4

Labmate Crazinesss !
HAHA.
Biasa lah tu, ada masa semua serious fokus kerja
Ada masa semuaa haaaa!








p/s : Paper dah siap, 10 hari settle 20-page analysis paper. supervisor cakap "Tahniah utk fasa pertama" :)

update : It should be Thursday! Maaf, aku tak tahu kenapa aku lupa hari.