Saturday, December 12, 2009

Bangkok part 4



 
Day 4 hingga Day 7. Gabung semua sebab ai is malas. hihi

Day 4
Morning call, breakfast
Academic trip ke Kasersart Univesiti.
Visit baby tiger dekat Bang Chulan group (our tour agency di Bangkok)
Then naik boat through the canal untuk pergi ke satu tempat ibadat dorang. Lupa dah temple tu nama apa. 
Lunch dekat Mak Yah lagi.
Malam free & easy
Pergi Pratunam market dengan Ezzaty Myra and Amel.
The boys and Mutia pergi Ladyboys Shows.



 
Luk Choop An Roi.
 
 Canal

Lunch


 
Toilet 5 Juta!
 

 




 
Singgah Masjid Deenul Islam, no telekung end up like this. 

Day 5
Morning call, breakfast.
Choa Phraya River, naik boat.
Grand Palace.
Bangkok Safari World 

 
Choa Phraya River






 
Grand palace



 


 

Day 6
No morning call, breakfast
Free & Easy.
Chatujak Market.


Chajujak Market dengan ezzaty myra amel mutia adib and saufi. Very recommended. Macam-macam ada, boleh dapat dengan harga murah. Tapi the market only open during the weekend only. 
 
Roti canai & Teh tarik pon adaa, tapi check dulu lah halal haramnya ya


 
Benda-benda kononnya magic pon ada. Tipu aje semua tapi kitorang beli jugak. kahkah. 

 
Naik tuktuk. Dari hotel cost only 100 baht.

Balik dari Chatujak, kitorang bertujuh naik teksi. Satu teksi tujuh orang, kahkah. Lawak kot. Bayar lebih la kat pakcik tu. Taknak balik asing-asing punya pasal.

 Day 7.
No morning call, breakfast
Free and Easy.
Platinum Shopping Mal, again. 
Habis. 

Alhamdulillah the trip went well, walaupun macam-macam masalah ada sebelum kitorang fly. The main problem nya kitorang tak cukup budget. Sampai kan ketua jabatan kitorang yg masa tu ada dekat Riyadh sanggup bagi duit sponsor kitorang semata-mata nk make sure plan ni menjadi. And what the proud thing is, we are the only group yang berjaya handle trip ni! The other two groups, HK and Europe semua tak jadi pergi. Dah la kitorang semua perempuan yg handle ni, dorang semua lelaki. Padahal kalau tengok dari segi persiapan dorang lah paling kecoh, call sana call sini meeting sana meeting sini. We all low profile aje, preparation secara senyap-senyap aje. tempat plak pilih yg dekat-dekat aje dah tahu tak mampu nak pergi jauh-jauh. HIHI. Ter-riak ler pulak. Ooppss. Congrats to Pengarah Program aka Shaf and semua AJK-AJK yang berkerjasama utk menjayakan program ini.

Habis program aku kena kerah otak untuk buat report nak hantar kat pejabat canselori. Momantai small matter.



Friday, December 11, 2009

Bangkok part 3



Day 3.
Harini takde morning call, so pagi tu semua lewat. HAHA. Aktiviti hari ini adalah academic trip ke  Ramkhamheng University dan juga Gems Manufacturing. Dan selepas itu adalah shopping!






 
Besar jugak kampus dorang


Univesity of Ramkhamhaeng, Bangkok.

Then, lunch di salah satu restoren muslim dekat Bangkok. Tak tahu nama apa, tapi dia dekat dengan masjid.

 
Setelah beberapa hari kat Bangkok ni, baru jumpa masjid.

Solat dekat surau restoren ni aje



 Sian pengarah program, masa ni dia sakit perut. Lepas makan kitorang gerak ke Gems Gallery 

Manufacturing. Salah satu company terbesar yang menghasilkan barang-barang kemas. Sume jewels yg ade kt situ cntik. Tapi spoil betul la, kaki aku dah melecet sebab pakai kasut putih tu. Nak jalan-jalan banyak pun dah tak best, so beli je la sevenier cket kat situ bawak balik untuk orang Malaysia. Sapa yang banyak duit tu boleh la beli barang kemas kat situ, harga dia mungkin murah cket kot. 

Besar jugak la kawasan dia. Kat sini juga ada jual semua barang kemas and kita boleh tengok sendiri macam mana orang buat jewelery tu. Sapa yang ada duit lebih boleh lah beli barang kemas kat sini.


Then, around 5 pm lebih kitorang gerak untuk shopping kat MBK Avenue. 




Dari MBK terus ke Suan Lum Night Bazar atau bagi aku RUDE-seller-bazar. Macam pasar malam biasa-biasa je, takbest lah tempat ni. Barang-barang dah la mahal pastu penjual nya plak main-main paksa beli.. Kesian zakir jadi mangsa .haha. i bought nothing pun situ, jalan-jalan je, Zaty beli lampu perhiasan bulat-bulat tu, cantik jugak. Then dari Suan Lam kitorang terus ke satu restoren ni untuk dinner. Kali ni satu meja with Ezzaty, Wani and Anis. Good to Wani, kali ni baru nak tambah nasi biasanya kalau dengan orang lain, esp lelaki la takde nya dia nak tambah-tambah, pemalu. Kalau aku takde nya nak malu-malu, nak tambah, tambah je buat muka tak malu.

Suam Lum night bazar, not recommended. Harga takde lah murah pon. Mahal jugak lepastu paksa-paksa kita suruh beli.

Menu makan malam. sedap!

Thursday, December 10, 2009

Bangkok part 2


Day 2. 

"Hello, good morning. Have you already wake up?"
" Oh haa yes yes"

Morning call seawal 5 am, dengan mamai mengantuknya lagi entah apa yang aku cakap. Malam tu dah lah susah nak terlelap, al-maklum lah tempat asing. Walaupon syok ada aircond tilam sedap. Lepas jawab call tu, aku sambung tidur balik. Tengok ezzaty seronok aje tidur. hihi. Second wake up call adalah pukul 7 am. Memasing bangun kelam kabut lah mandi solat semua.  Lepas dah siap, turun breakfast. Menu semua walaupun a bit pelik tapi semua sedap dan banyak pilihan. So pagi tu aku ambil nasi kukus + ayam amenda ntah, telur mata, sosej, roti bakar, fruits dan orange juice. 


Pukul 9 a.m, semua dah kumpul untuk briefing first activity. Aktiviti kitorang hari ni adalah trip ke Art of Kingdom & Thailand Science Part. Art of Kingdom tempat bersejarah jugak lah. Art of Kingdom ni dibuka untuk pameran pada December 2007, semua barang-barang kebesaran Raja Thai ada dipamerkan kat dalam AOK ni. Tapi nak masuk dalam ni, perempuan kena pakai skirt sebagai tanda menghormati dorang punya tempat. Skirt tu ada je jual kat kawasan situ, 40 baht untuk satu skirt, nasib baik murah je.

 
 
 






 
 

Then, kitorang ke Mak Yah restaurant untuk Lunch. Kat Bangkok ni restoren halal tak banyak sangat dan Mak Yah ni memang boleh di katakan popular among the muslim tourist. Makanan semua sedap.







Lepas perut kenyang kitorang ke Thailand Science Park. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam Technology Park Bukit Jalil lah kot. 


 
They welcomed us!

Boleh tahan lama menunggu orang penting nya sampai. Masing-masing muka dah bosan. Ketua pengarah dah pegang kepala. HAHA.
 
 

 
 
Group photo

Lepas dah habis academic visit hari tu, kitorang berlima ( aku ezzaty myra mut dan amel) pergi Platinum Shopping Mall untuk bershopping. Dekat aje, kitorang jalan kaki je. Mall dia boleh tahan besar lah, few hours jalan kat situ pon tak habis ronda satu aras. Macam-macam fesyen yang jumpa kat situ. Memang berbaloi-baloi sebab harganya pon boleh tahan murah. Aku sempat la beli selai dua baju kat sini.

Bila mall dah nak tutup baru kitorang balik. Mall ni memang tutup awal, lebih kurang 8 pm. Balik bilik then just lepaking kat bilik Myra, Amel and Mut, makan megi + main Uno beramai-ramai. bila mengantuk balik bilik tido. Tengok handphone ada misscalled dari Zul, dari jauh dia call ni mesti ada benda penting nak bagitahu.but then fikir-fikir mungkin dia ada call shaf kot, so sambung baca novel sekejap and tidooo.