Friday, December 18, 2015

Jakarta - Bandung short solo trip

Hello.


Ingatkan Korea last trip, tapi sebenarnya ada lagi trip selepasnya tuh. Hihi. Adhock trip. Kononnya stress terperap mengadap kerja kan. Choiii sangat, padahal baru baru dua bulan balik Korea. Kebetulan sebenarnya, memang stress dgn bebanan research lepastu terpandang email AirAsia, offer untuk Big point redeem. Redeem ke Jakarta dgn 500 point, dapat lah tiket KUL-CGK lebih kurang RM35 sajoo. Bayar tax je. Lepas tu check BDO - JHB dalam RM64 je, soo apalagi kan. Grab je lah. Tiket murah kot. 
Sebenarnya few days sebelum tu, kat group BBM (Backpackers Buddy Malaysia) tengah hot pasal tren trip ni. Ramai yang post gambar tren pergi memana lah. Pastu ada yang share pasal keretapi Argo Parahyangan ni. Jakarta to Bandung trip. Gambar dia pehh cantik gila, iols tergoda. HAHA. Terus set dalam kepala otak, okay one day nak try jugak naik keretapi ni. 

 Sumber : Google

Sumber : Google
Cantik kan? Sape yang tak tergoda tengok gambar macam tu. Hihi. 
Lepas tu, next few days tu dapat email AirAsia Big point redeem. Tanpa fikir panjang terus book tiket. Rezeki dapat tiket murah dari BDO-JHB tu, kalau ikotkan minggu ni beli tiket next weeknya tu terus pergi. Lepas book tiket flight, then book tiket tren Argo Parahyangan. Beli online je kat Tiket.com, lepas tu print e-ticket sampai sana tukar tiket betul. Harga Rp 80000 untuk Eksekutif. Duit Rp pon sehari sebelum bertolak baru tukar kat KL Sentral. Tukar 1 Juta Rupiah = RM320. Lepas tu activate kan debit card CIMB untuk oversea usage. Sampai Bandung aku withdraw lagi sejuta rupiah, RM311. Lagi jimat kot. Tapi kena guna ATM CIMBNiaga lah. Guna bank lain ada charge RM12 tiap kali withdraw.

 KLIA2. Flight KUL-CGK awal pagi, sempat tengok sunrise.

Bila dah landed, keluar airport ambik bas Damri ke Gambir. Bas ada depan sikit dari pintu keluar. Tiket Rp40000. Last stop bus di Stesen keretapi Gambir. Then boleh ambil teksi dari Gambir ke hotel, Rp 20k-30k. Lebih jimat. 
(Tips: Naik teksi Bluebird je, guna meter) 
 
 Hotel G7 Jakarta. Book hotel via Booking.com
Sampai hotel dalam pukul 2 ptg macam tu kot. Lepas tu mandi solat dan terus rehat tidur.
Sebab kepenatan yang amat sangat, penat mengemas lepas majlis kat rumah tak sempat rehat pon lagi (Kakak aku malam lepas majlis tu terus demam, penat punya psl). Sampai sini terus tidur tak sedarkan diri.  
Bangun-bangun je dah nak Maghrib. Bangun tidur rasa lapar, bersiap turun bawah jalan dekat area hotel macam takde tempat makan yg boleh dipercayai (haha). Nak pergi jauh sikit tak berani sebab dah gelap time tu. So balik makan kat hotel je lah. 

 Nasi goreng seafood Rp 55k kot, lupa dah.  Makan separuh tak habis. 
Biasa lah baru-baru sampai ni, aku punya selera tu lambat sikit nak adapt. Mana-mana pon aku pergi memang macam tu.

 Tugu Monas

Keesokannya, lepas breakfast dalam pukul 8.30 am aku check out, minta hotel call kan teksi untuk ke Stesen Gambir. Tren pukul 10.15. Tapi sebelum ke stesen, aku mintak teksi berhenti di kawasan Tugu Monas, nak bergambar dulu. Jalan-jalan area situ kejap. Lepas tu nak ke stesen Gambir tu, nak jalan kaki macam jauh je (walaupun seberang tu je pon), aku naik ojek (betol ke ojek?) Rp20k. Padahal dekat je pon Rp20k dia mintak. Takpe lah dapat gak rasa naik menda alah tu, kat Malaysia takdop. 

Dalam keretapi. Masa beli tiket boleh pilih seat. A B C D. Aku pilih 7D. Tapi for the better view, aku recommend kan pilih lah seat A.

Excited nak tengok view cantik. Tapi the first two hours tu view dia biasa je. Banyak macam rumah-rumah setinggan kawasan tu. Kebanyakannya rumah dorang tersangat lah dekat dgn landasan keretapi ni. Bukak pintu rumah selangkah dua dah sampai landasan, takde penghalang pape pon. Lepas tu aku fikir macam mana dgn budak-budak kecik, tak bahaya ke. Sepanjang 3 jam 20 minit dari Jakarta ke Bandung sikit pon tak tidur, leka tengok view luar. 
Bagi aku dalam sejam terakhir baru lah view dia superb. Tren dah mendaki kawasan tanah tinggi. 
 
Dun worry kalau lapar boleh beli makanan. Ada few choice of meals  Lupa dah berapa Rp40k kot. Dalam tren ni siap ada stewardess tau. 

  
 Terpegun iols tengok view cantik macam ni. 

 

 
Lepas 3 jam 20 minit sampai lah stesen Bandung. Keluar je dari tren tak tahu nak keluar belah mana, so keluar je la memana. Stesen Bandung ada dua pintu keluar; Selatan Utara. 
Masa awal-awal tu aku tersalah keluar pintu Utara. Then tanya kat tourist information macam mana nak ke hotel, sebab takde nampak teksi pon. Tunjuk alamat hotel kat staff tu then dia cakap aku tersalah pintu keluar, patutnya keluar pintu Selatan. So masuk balik dalam kawasan tren tu then keluar ke pintu Selatan. 

 
Keluar pintu then nampak kepala tren ni. Kalau hotel sekitar Pasar Baru, kena keluar pintu ni ye.
Bila keluar je, cari teksi takde. So tanya locals macam mana nak ke hotel, tunjuk alamat hotel. Then pakcik-pakcik kat situ bagitau boleh jalan kaki je, dekat. Dorang tunjuk jalan arah mana kena pergi. So aku jalan kaki, dah lah time ni hujan renyai-renyai. Nasib baik hotel memang betul-betul dekat ddgn stesen ni. Tapi nak kena lintas jalan, gerun betul. Lama jugak lah tercongok tepi jalan tu nak lintas tak berjaya. Lebih gerun dari lintas jalan kat Ho Chi Minh kot. Motor banyak lepas tu semua laju. Kat Bandung stay di Yokotel Bandung. Booked via Booking.com jugak. Petang tu keluar jenjalan di Pasar Baru. Dekat je dengan hotel ni. Jalan kaki dalam 5 minit. Dah masuk kawasan pasar baru tu lepas tu tak jumpa jalan keluar. Dua kali pusing tempat yg sama HAHA.

 
Jalan sengsorang time Maghrib cari makan 

 Balik hotel malam tu ada coklat ni kat atas meja, siap dgn note lagi. :)

Pagi esoknya tak tau nak kemana, takde plan pon. Bandung banyak tempat menarik sebenarnya macam kawah putih, tangkuban perahu, tempat-tempat shopping lain. Tapi fikir sebab jauh dan sorang-sorang, macam tak berbaloi nak hire supir kan. So aku pilih untuk jalan kawasan dekat-dekat je.

 
 Then, ada kawan Indonesia yg kenal kat Korea haritu recommend kan pergi area Alun-Alun, Masjid Raya. Dekat je dengan hotel, so boleh jalan kaki. 

 
Masjid Raya Bandung

 

  
 Hiks. 

 Jalan Asia Afrika


 
Dinner Dunkin Donuts. Lunch makan kat KFC depan Pasar Baru.  
Ada banyak je kedai-kedai makan tepi jalan area hotel tu tapi macam tak confident kehalalan dan kebersihannya.

 
Airport Bandung kecik je, ada satu gate je. Nasib lah kalau kapalterbang anda park hujung sana jenuh nak jalan pergi sana. HAHA. Nasib baik hari tu AirAsia ke JHB betul-betul depan gate je. AirAsia yg hujung sana tu ke SIN. 

Sepanjang kat Bandung, takde pon berjalan sampai sakit kaki. Sebab plannya nak rilex-rilex rehat tenangkan fikiran je. So secara keseluruhan suka je dgn Bandung. Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi, pergi tempat-tempat perlancongan plak. Boleh ni lenkali ajak mak pergi Bandung. Hihi. Alhamdulillah selamat je travel solo sengsorang kat sana. 

No comments: