Tuesday, February 25, 2014

Kota Kinabalu part 3

Part 3.
Lamanya nak sambung. Ai busy la sekarang, plus dh takde mood nak sambung sebenarnyaa. 

Pagi-pagi ni pon hujan.

Semua liat nak bangun paginya tu. Sejuk. Hujan pon kejap stop kejap hujan balik. Plan kitorang nak ke Ranau harini, Saidah ajak pergi tempat Spa Ikan. Kitorang follow je. Itenerary semua Saidah yang settle kan. Ini lah trip yang aku tak perlu nak fikir pape. Cuma bawak badan dan bawak duit sahaja. Haha. Saidah cakap better lunch kat Ranau je, so kitorang check out dari Kundasang Inn lebih kurang pukul 9 lebih. Beli kuih-kuih je buat alas perut. Kitorang singgah kat Kinabalu Pine Resort kejap sebab kitorang nak tengok Gunung Kinabalu. Kawasan situ cantik lah. Tapi malangnya time tu Gunung Kinabalu tak nampak pon sebab kabus tebal sangat. Kitorang just bergambar je kat situ. Takde rezeki nak tengok gunung. Pergi ladang lembu pon kitorang tangguhkan lepas balik dari Ranau dengan harapan tengahari nanti panas, tak hujan dah.

Kinabalu Pine Resort. Patutnya boleh nampak Gunung Kinabalu dari sini tapi dia segan plak nak menjelmakan dirinya.

With Akmar & Saidah. Bergambar dalam hujan sebenarnya ni.

See see?

Kundasang ke Ranau tak lah jauh sangat, dalam 45 minit camtu. Sampai Ranau okay je, tak hujan macam kat Kundasang. Tapi Fish Spa tu tak bukak sebab sungai banjir. Mungkin malam tadi hujan jugak kat Ranau. Takde rezeki lagi. Takpe. Lepas tu kitorang pergi Ladang Teh Sabah. Sebelah Fish Spa tu je. Nak naik atas tu boleh tahan mencabar. Jalan batu-batu, lecaknya lagi memang habis kotor lah keta Saidah. Spent masa kejap kat atas tu, tengok ladang dia beli teh semua. Aku beli 3 paket je. RM22 for 3. Lepas dah settle kitorang gerak ke Pekan Ranau. Lunch kat kedai melayu. Makanan okay je, tapi sayurnya sedap. Boleh rasa tu memang sayur fresh. Brokolli cauliflower memang sedap. Harga nasi standard lah. Tapi air teh o aisnya mahalnya lah. RM2.50! Milo ais teh o ais sama je harganya. Lepas makan kitorang gerak balik ke Kundasang dengan harapannya Kundasang tak hujan. Pekan Ranau tu elok je panas. Pekan Ranau besar cket lah dari Pekan Kundasang. Tapi sampai kt Kundasang, hujan jugak. Tapi kitorang pergi jugak kat cattle farm tu. Desa Cattle Farm. Nak masuk RM4 per person. Yang ni Saidah belanja tiket masuk. Kabus tebal, hujannya lagi so lembunya malas nak keluar. 


Dapat tengok lembu dari jauh je. Kabus pon tebal sangat timetu. Rasa lah jugak cket macam overthesea. HAHA. Bergambar kat situ dalam hujan pon sanggup. Kitorang pergi  tengok anak lembu dgn kambing, siap beli susu lagi nk bagikat anak lembu tu. Walaupon takut sebenarnya tapi its quite fun sebenarnya. Anak-anak lembu dgn anak kambing kat situ semua macam kelaparan. Aku beli susu botol RM1.50 Akmar beli rumput RM1. Bau kandang tu memang boleh buat kita rasa nak termuntah lah sebenarnya tapi tahan  aje lah sekejap. Fun kot bagi anak lembu susu. HAHA.

Mana lembunyaaa?

Anak lembu ni macam 10 hari tak minum susu je, rakus sungguh. Gerun aku.

Lepas dah settle ambil gambar kat situ, kitorang gerak ke kedai kat kawasan situ. Saidah and Akmar beli susu segar dengan dadih. Aku sorang je tak beli pape sebab aku tak minum susu dan segala species susu memang aku tak minum. Lepas dah settle semua kitorang singgah kat Pekan Kundasang, tempat jual sayur-sayur tu. Saidah shopping sayur sakan. Banyak tu. Geram jugak tu tengok sayur-sayur fresh tapi apakan daya, dorang cakap sayur tak boleh bawak naik kapal terbang. So memang tak beli lah sayur tu. Tangan gatal nak membeli jugak, so aku beli lah jugak beras bario. HAHA. 2 kilo RM20. Beli beras pon boleh.

Ada yang fresh, ada jugak yang dh rosak.


Lepas dah habis shopping, kitorang nak gerak balik KK dah. Tapi sebelum turun dari Kundasang, kitorang singgah lagi sekali kat Kinabalu Pine Resort sebab aku tak puas hati tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Nak tengok jugak, tapi memang takde rezeki lah kali ni. Memang tak nampak pon gunungnya. Sedih. Dalam pukul 2 lebih kitorang turun, gerak balik ke KK. Sampai KK terus ke One Borneo sebab nak check in kat Tune Hotel. Check in, solat then kitorang ke One Borneo kejap sebab aku nak beli bag.  Bagpack aku memang dah takde space langsung nak letak pape. Plannya nak beli luggage terus je. Tapi bila fikir-fikirkan balik luggage beratus tu. 2/3 ratus lebih. Haih membazir. Baik beli hand luggage je. Beli kat Parkson, RM50. Lepas beli beg kitorang terus gerak ke Pasar Philiphines untuk bershopping lagi. Kat sini banyak jugak lah berhabis. Dalam 3 ratus lebih. Beli ikan bilis, ikan masin, amplang semua. Aku beli bukan untuk rumah aku je, tapi untuk 3 buah rumah. Rumah kakak aku dgn rumah cousin aku yang sorang tu memang wajib masuk dalam list tiap kali aku pergi memana. Aku punya stail, kalau beli utk sorang maknanya aku kena beli untuk semua orang. Kalau tak beli untuk sorang maknanya tak beli untuk semua lah. Kejap je kat pasar pilipines tu. Akmar beli udang kering dgn gamat kering. Terkejut jugak tengok harga gamat kering tu, mahal gilos. Beratus-ratus! Lepas dah beli tu semua, kitorang terus gerak ke Pasar Kg Air. Kat sini beli gelang-gelang utk sevenier. Habis seratus lebih untuk gelang saja. Akmar dgn Saidah beli brooch. Murah je, satu papan tu RM33. Ada dalam 12 kalau tak silap. Aku memang tak beli brooch sebab dorang kat UTM tu pesan nak gelang, lagipon brooch Iffah dah bagi dari Korea. So beli aje lah gelang. Memang kitorang singgah satu kedai tu je. Saidah tahu tempat mana yang murah so kitorang memang aim gerai tu, pilih-pilih dan terus bayar then gerak lah. Aku terlupa Ema pesan nak FM. So kitorang pergi semula ke Pasar Pilipine, Saidah tunggu dalam keta aje aku dengan Akmar cepat-cepat pilih. Selain beli FM, sempat lagi aku beli baju selai untuk adik llaki aku. Kat sini mahal RM3 dari kat Pekan Nabalu. Harga memang fixed lah. Seringgit pon dorang tak bagi kurang. 

Last night dinner.

Lepas dah beli FM RM10, dapat 3, kitorang terus ke kedai makan sebab nak makan seafood. Memang totally depends pada Saidah mana nak bawak kitorang. Kitorang makan ikan tilapia sekor, udang sekilo, sotong yang besar tu sekor memang kenyang lah. Banyak kot makanan tu untuk 3 orang makan. Udang sekilo masak butter prawn. Last-last ratah macam tu je, nasi tak habis. Kenyang sangat. Total RM82 untuk semua tu. Teh O Ais sini pon RM2.50. HAHA. Eh aku pergi memana pong memang aku order Teh O Ais je lah. HAHA. Lepas dah kenyang makan, kitorang gerak balik hotel. Sampai bilik terus packing barang. Beg yang aku beli tu memang penuh lah, berat gila plak tu. Lepas dah settle kemas barang, mandi solat dan siap untuk tido. Tune Hotel Saidah ambil package aircond je, TV tak ambik. Tapi yang seksanya, kat situ bising gilaaa.. karoake lah lagu amenda lah, dah lewat pukul 12 lebih, 1 lebih pon masih lagi bising. Tune Hotel memang sekali dengan One Borneo Hypermall. Very not recommended lah Tune Hotel kat sini. Padahal aku yg suggest Tune Hotel ni kat Saidah, HAHA. Yaho Hotel is much much better. Dekat pon dekat dengan airport. One Borneo area Likas, sebelah UMS. Jauh cket lah dari airport sebab airport KK betul-betul tengah bandar KK. Biasanya airport2 lain jauh cket dari bandar cket. Tak tahu lah pukul berapa tertidur. 


LAST DAY.

Last day takde pergi memana dah sbb flight balik KL pukul 11 lebih, so dalam pukul 9 Saidah hantar ke airport. Tapi dalam 2 jam menunggu kat airport tu, dalam dua ratus lebih jugak lah habis bershopping kat airport tu. Ntah apa ntah yang aku beli HAHA. 


Fall in love with this place.

Sampai KLIA dalam pukul 2.30 pm macam tu then terus amik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Ain pick up kat TBS then malam tu terus balik Ganuu. Total cost habis kat KK more than RM1000. Aku budget dalam RM500 je sebenarnya, tapi dh terover shopping nak buat gane. Next time kalau ada rezeki nak pergi Kundasang lagi, frust tak dapat tengok gunung punya pasal. Insyaallah one day. 
Ok the end.
Next trip ke mana plak? HIHI. 
Tunggu lah next next ( tak tahu berapa kali next tu) month plak.

No comments: